"It's a quote that everyone try to understand..."

1 Melayu me la yu

Wednesday, November 24, 2010
Leka rebut kuasa hingga lupa tingkat ekonomi bangsa akibatnya agihan kekayaan tak sekata.

KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008 membuktikan dengan jelas perbezaan sistem nilai antara bangsa Melayu dengan kaum lain. Walaupun kedua-dua bangsa mendominasi kedua-dua pihak Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat ia menterjemahkan sistem nilai yang berbeza.

Bangsa Melayu sinonim dengan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan tradisi muafakat sejak berkurun. Bangsa Cina pula sentiasa berusaha dan tekun untuk membangunkan ekonomi dan menggunakan kuasa politik untuk kepentingan perusahaan.

Melayu dalam UMNO, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diyakini masih tebal dengan jiwa tradisional walaupun terpaksa bertindak untuk melegakan perasaan rakan mereka dalam gabungan siasah. Jika adapun Melayu yang sanggup menuturkan sembah derhaka, tindakan mereka sekadar melunaskan kemarahan peribadi apabila hajat siasah tergendala.

Ada juga Melayu yang memegang kuasa sanggup meleburkan bahasa dan adat resam sendiri kerana memikirkan rakan gabungan yang sentiasa mengharapkan sikap terbuka sebelah pihak, sedangkan pihak lain begitu rakus memainkan isu perkauman. Keterbukaan Melayu ada masanya merugikan bangsa sendiri.

Kelemahan ketara bangsa Melayu adalah terlalu ghairah mengumpul pengikut, sedangkan pihak lain bertindak mengambil kesempatan siasah untuk mencipta peluang perniagaan dan perdagangan. Keghairahan mengumpul pengikut juga menjadi dorongan seseorang Melayu untuk kekal berkuasa, mencari pengaruh dan mengumpul penyokong yang kian bertambah.

Pada masa sama mereka lupa untuk membantu pengikutnya mempunyai nilai ekonomi, menyebabkan agihan kekayaan bangsa Melayu tidak merata. Hanya segelintir Melayu berjaya dan yang terbanyak adalah Melayu yang masih mengharapkan subsidi dan naungan pemerintah untuk berjaya dalam sesuatu bidang. Kesannya, lahirlah Melayu yang berfikiran jumud, taklid dan pengikut pendapat lain tanpa sebarang pertimbangan akal.

Kesibukan mengumpul pengikut juga mendorong Melayu bergeser sesama sendiri kerana menggunakan formula siasah untuk berkuasa atau mengekalkan kekuasaan. Pergeseran sesama Melayu mendorong pihak lain mengambil kesempatan seperti berlaku pada pilihan raya umum lalu.

Sejak Parameswara membangunkan kesultanan Melayu Melaka pada 1403, tradisi mencipta pengikut dan pengaruh begitu tebal dalam sejarah Melayu. Pihak istana mendapat laba daripada kesetiaan rakyat. Raja dibantu Bendahara dan Temenggong menguruskan pentadbiran. Rakyat yang setia sentiasa tidak mampu berfikir dan mendapat peluang ekonomi. Kesannya, segelintir mencapai kejayaan dan terbanyak menerima kegagalan hidup.

Berbeza kaum Cina tidak kira MCA, GERAKAN, DAP sistem naungan ekonomi berpaksi sejak abad ke-19 ketika penjajah British membawa mereka ke kawasan perlombongan di Tanah Melayu. Pendatang dari selatan China diarah bekerja di kawasan lombong dan bijak mempelajari nilai tempatan menyebabkan mereka selesa untuk terus tinggal di negara ini walaupun penjajah kembali ke British menjelang 1957. Keturunan mereka bijak memanfaatkan kesempatan daripada golongan pekerja kepada pencipta pekerjaan.

Kejayaan mempelajari dan menerima nilai tempatan serta diadunkan dengan cara hidup positif, membantu bangsa Cina membina sistem kongsi yang mengutamakan kepentingan kecinaan sehingga kini.

Mereka mungkin bergaduh dan bergasak mengenai ideologi politik, namun mustahil untuk mereka meninggalkan perusahaan dan mencipta peluang ekonomi untuk kaum sendiri. Isu pendidikan dan peluang ekonomi sentiasa mendominasi pemikiran kaum Cina kerana mereka sedar kedua-duanya mempunyai paksi untuk menaungi siasah pada masa panjang.

Kita jarang menemui kaum Cina yang kandas perniagaan kerana sukar menyediakan modal. Sistem kongsi memberi peluang sesiapa saja mencipta kekayaan asalkan rajin berusaha dan tidak segan menerima strategi pengurusan perniagaan yang berjaya.

Berbeza dengan Melayu, isu politik sering menjadi kerenah yang merenggangkan, subsidi baja padi menjadi duri dalam daging di kawasan pertanian. Bantuan mangsa banjir dinafikan kerana perbezaan fahaman. Pentadbir negeri berbeza dengan Pusat menimbulkan kekalutan sesama sendiri. Isu pengaruh dan kekuasaan peribadi sentiasa menjadi belenggu yang melelahkan. Melayu bergaduh sesama sendiri, hatta di dalam sesebuah pertubuhan pun mereka tidak sekata dan melompat parti.

Perseteruan demi perseteruan sesama Melayu menjadi opera lunak yang dipertontonkan pihak lain. Melayu bergelut mencari pengaruh dan pengikut, Pihak lain lenang mengaut laba ekonomi kerana kebersamaan berfikir dan bertindak.

Imlan Adabi
imlanadabi@nstp.com.my

0 Winter In Beijing 2010

Monday, November 22, 2010
Penutup tahun 2010, destinasi pilihan untuk dilawati kemungkinan negara China atau lebih spesifik, kami akan bercuti di Beijing, China. Di sini terletaknya Forbidden City, sebuah kota agung di zaman Dinasti Ming yang masih kukuh berdiri sehingga ke hari ini untuk dipertontonkan kepada generasi akhir zaman bagaimana hebatnya orang zaman dahulu mampu mengilhamkan dan merealisasikan sebuah binaan yang besar dan terancang kira kira 600 tahun dahulu. Satu lagi tujuan kami, sebenarnya aku nak ikut pergi ke China ni ialah kerana aku nak tengok salah satu keajaiban binaan manusia daripada jumlah keseluruhan 7 yang terdapat di dunia ini. Dan ini bermakna ada lagi 6 wonders of the world yang akan aku lawati sebelum umur aku mencecah 35...hehehe...(objektif+melancong).


Pakej yang kami ambil ni ialah pakej Muslim selama 6 malam 5 hari. Alhamdulilah, restoran yang dibawa kami untuk menikmati hidangan semuanya restoran Muslim tapi tak dikategorikan halal kalau di Malaysia sebab di restoran ini juga ada dijual beer. Tapi makanan yang dimasak semuanya halal lah pada perkiraan aku yang tak banyak sangat songeh bab makanan ni. Kalau di zaman pemerintahan Lady Dragon, salah seorang daripada 2 permaisuri yang pernah memerintah China di zaman dahulu, sebanyak 182 jenis hidangan akan disediakan oleh tukang masak istana kepada Baginda Permaisuri. Dan daripada sejumlah makanan yang disediakan, kemungkinan cuma 2-3 makanan sahaja yang akan dijamah oleh permaisuri pelahap tersebut mengikut taste dan rasa anak tekak baginda. Yang lain tu tidak dibenarkan di makan oleh tukang masak mahupun gundik-gundik kerana makanan tersebut merupakan makanan di raja yang hanya boleh di makan oleh raja yang memerintah sahaja.


Kembali ke meja makan kami, ada lebih kurang 10 jenis hidangan yang disajikan setiap kali kami menjamu selera.Satu mangkuk sup tawar besar,satu pinggan daging ikan fillet yang digoreng rangup-->sedap, kobis masak sos tiram, capsicum dengan daging, entah apa ke jenis sayur lagi lah yang dihidangan, tapi mostly banyak sayur atas meja makan. Dan setiap masakan tu ada yang tawar, masin, manis, masam......semua rasa ada secara unik pada setiap satu masakan. Ini lah yang membezakan masakan orang Cina dengan orang kita. Tiada masakan lemak, tiada masakan yang manis dan masin pada setiap pinggan hidangan. Pada aku mungkin ini yang dikatakan diet seimbang dalam menu makanan sehari harian. Dari hari kedua aku di sana, aku cuma meratah sayur dan lauk yang disediakan. Tidak lah terlampau tipikal sangat hendak menikmati nasi setiap kali sampai masa makan asalkan perut beralas sudah memadai untuk mengelakkan cuaca sejuk di sana. Ada seorang makcik dan anak lelakinya dari Alor Star yang mengikut sama rombongan kami ini yang agak fussy bila tiba waktu makan. Dari makanan yang dibekalkan di dalam kapal terbang sehinggalah ke hidangan menu harian yang disediakan di restoran, makcik ni langsung tidak akan menjamah makanan tersebut. Atas prinsip apa makanan ini tidak disantap tidak lah aku ketahui tapi mereka dua beranak cuma akan menjamah nasi yang disediakan sahaja bersama serunding daging yang dibawa dari rumah.


Kalau aku, agak menjengkelkan apabila melawat ke sesebuah negara tetapi tidak merasa masakan tempatan yang halal di tempat tersebut kerana salah satu pengalaman yang akan kita perolehi apabila melawat ke negara orang ialah citarasa masakan dan makanan rakyat tempatan tersebut. Tidak la balik balik dengan masak lomak cili api.......


Sekarang musim sejuk di Beijing. Suhu yang diberitakan adalah sekitar -2 - 12 darjah Celcius. Tiupan angin pada waktu siang agak kuat menambahkan lagi kesejukan yang dah sedia sejuk ke keadaan beku.Sofea dipakaikan dengan 3 helai baju dan 2 helai baju sejuk tapi itu pun masih menggigil sejuk. Kesian dia, sejuk sangat sampai terketar ketar gigi. Kalau dulu masa di Philips Island, Melbourne, aku masukkan Sofea dalam baju sejuk, tapi kali ni aku sendiri pun tak blh tahan sejuk walaupun dah pakai 3 helai baju. Suhu tak la sampai ke takat beku tapi dek kerana angin yang sentiasa bertiup membuatkan keadaan menjadi seronok. Puas nya hati bila dapat balik ke bilik hotel sebab suhu bilik dah disetkan ke 28 darjah celcius. Baru lah lega boleh bukak baju sejuk yang berlapis lapis tu dan Sofea baru la dapat bertenang dari angin sejuk.


Hari ketiga kami melawat The Great Wall Of China.......memang sangat hebat. Binaan yang telah terbina sejak beribu ribu tahun dahulu sebahagian nya masih kukuh berdiri menunjukkan kehebatan binaan masa silam. Binaan yang memakan masa selama seribu tahun ini dan menganjur dari Barat ke Timur China sebagai benteng pertahanan daripada serangan tentera Kubhlai Khan dari Mongolia dibina sejauh kira kira 50km dari Forbidden City. Tujuan utamanya ialah untuk mengelakkan serangan secara terus tentera Kubhlai Khan ke atas Maharaja China ketika itu yang bersinggahsana di Kota Larangan. Aku cuma mendaki anak-anak tangga menuju ke Tower 6 yang terletak paling atas tapi tak berdaya lah....Anak tangganya ada yang tinggi, ada yang rendah, ada yang mendatar, ritma langkah mendaki ke atas seringkali terpesong apabila ketinggian anak tangga tidak sekata. Sesekali melihat ke bawah setelah tinggi mendaki terasa agak sayup kerana tangga -tangga yang dibina sangat curam mengikut kontur bukit di situ. Sakit peha mendaki anak tangga The Great Wall masih terasa sehingga kembali semula ke Malaysia. Kayuh basikal naik bukit Steroid pun tak azab naik tangga nih.....cissss.


Masa perjalanan banyak terbuang di dalam traffic jam di bandar Beijing. Beijing sebuah bandar yang sedang pesat membangun.Rapid development. Nilai hartanah di sini sangat tinggi. Harga tanah bagi keluasan 1m persegi ada yang mencecah sehingga 40,000 Yuen atau RM20,000. Dan ada rumah apartment yang harganya mencecah 4 juta Yuen atau RM2 juta. Gila mahai.....pada aku harga ini memang mahal sebab kalau di Malaysia, 2 juta dah boleh dapat banglo dengan keluasan yang tak terhingga tapi di sini cuma dapat apartment yang kecik saja. Jalan-jalan jangan dibandingkan dengan Malaysia kerana tidak terdapat jalan 2 lorong atau 3 lorong di sana. Kesemua jalan di sana aku kategorikan hiway 4 lorong, besar dan luas dan yang paling best sepanjang perjalanan aku di sana, samada melalui bandar atau pun lorong kecil, tidak ada satu pun jalan yang berlubang. Tak percaya, sila lawati Beijing jika anda tak percaya. Kalau pakai motosikal dengan fork rigid pun tak jadi masalah sebab jalanraya di sana tidak ada lubang.Jalannya diturap dengan cantik dan kemasan hitam pada jalan pun tidak pudar. Aku tak menolak kemungkinan faktor taburan hujan yang tinggi di negara khatulistiwa sebagai salah satu punca kerosakan jalanraya, tapi kalau di KL, mana ada tepi jalan yang tiada saluran air ataupun longkang. Seolah menunjukkan pihak yang bertanggungjawab tidak tahu menjaga kualiti kerja yang dipertanggungjawabkan kepada mereka...cukup 3-4 tahun kene tukar absorber kereta sebab dah tak sedap.


Dalam hati terasa jugak nak main snowball dengan Sofea tapi tak dapek doh, salju turun bulan dopan. Kalau salji dah turun bermakna tak blh dah nak berjalan sakan macam sekarang ni.Sejuk lagi menggila.


15 November, return flight dari Tianjin, yang terletak lebih kurang 2 jam perjalanan dari Beijing kerana kami menaiki AirAsia yang cuma mampu membayar tax airport Tianjin Binhai International Airport.

0 ECC 2010

Tuesday, November 2, 2010
ECC Melaka 2010

Kami kelihatan bersih dan kemas sebelum jamboree bermula

Lagi beberapa hari jamboree ECC akan bermula di Dataran Ayer Keroh, Melaka. Persediaan dan logistik masih belum lengkap. Training pun buat seminggu lalu sahaja. Kelengkapan untuk ride malam lansung tak disediakan. Lampu suluh tambahan, lampu headlamp dan apa jua barang tidak disediakan lagi. Mungkin sibuk dengan urusan kerja membuatkan aku kurang ambil pedulik keperluan untuk jamboree kali ini. Jauh dalam hati aku, aku cuma berharap perjalanan dan matlamat untuk mengutip semua sticker di semua checkpoint berjaya harapnya. Jamboree ECC pada tahun lalu tidak dapat disertai sebab bertindih dengan tarikh pertunangan adik aku. Adik aku pun satu, last minit baru bg tau nak bertunang....bertepek pulak kat tarikh aku nak pegi jamboree...adik punya pasal aku kutip no plat je lah.....




Sabtu pagi, 30102010 lebih kurang pukul 10 pagi, aku bertolak ke rumah Z di Bangi. Memang kami dah pakat nak pegi bersama ke Melaka. Along pergi dengan Muz, Abg Lan dengan Abg Zam (geng orang tuaz), Dom, Sivan, Cupin dan saudara Zul masing-masing dengan kenderaan sendri termasuklah Haizan yang datang memeriahkan jamboree bersama keluarga mentuanya.

Nombor keramat 0054...

Lepas ambil goodies di Dataran Ayer Keroh, kami check-in di homestay yg telah ditempah oleh Z di Taman Bukit Katil Jaya. Nasib baik aku dah makan nasik di RnR Seremban td, kalau tak kebuluran menunggu Abg Lan bersiap nak pegi ke Dataran Ayer Keroh. Semua peserta dikehendaki sign-in pada pukul 6 sebelum kayuhan dilepaskan pada pukul 830 malam. Nasib baik jugak Z ada lampu headlamp extra utk aku pakai. Rupanya lampu suluh aku tetinggal di KL. Aku cuma ada satu lampu yg tinggal, kalau tak menolak la aku sepenuhnya dalam hutan tuh.... Pasal tak ready dr awal la yg sebabkan semua barang tertinggal mcm ni. Muz pulak sblm kayuh dah jadi hal.. Kunci bike rack dia tertinggal kat umah...dah smp starting point baru sedar kunci tertinggal.... Ambik ko, tak sampai 30 minit dah muncul balik kat dataran sambil tersenyum sampai ke telinga...

Tepat jam 830 mlm, semua peserta dilepaskan. Kayuhan tarmac sejauh 7 km bermula menuju ke trailhead yg terletak di dalam kawasan UTeM. Belom cukup panas dan berpeluh, tiba- tiba ambulan st john sampai di trailhead. Seorang rider wanita dah cedera, patah tangan sebab terjatuh masa menolak basikal. Trailhead conjested, semua rider terpaksa menolak basikal menuruni bukit yang sebenarnya boleh ride..... Aku pun mula terpisah dengan geng lain.... Yang penting kayuh je la.... Tak jauh kayuh, trail dah jadi lembik. 5 petang td hujan lebat mencurah di tanah Ayer Keroh. Abis trail tanah merah jadi lembik. Tayar macam donut dow.... tambah gula dan masuk minyak panas, topping dengan coklat then dah boleh duduk dlm showcase BigApple. 



Punya la teruk dan penat nak mengayuh. Aku rasa tenaga aku 3 kali ganda digunakan untuk mengayuh dalam tanah lembik ni.....gampang betul. Penat tok sah ceriter lah, sebab dah kayuh dalam hutan sorang diri sapa nak tunggu kan... kayuh je la. Target smp check point 1 baru berenti amik angin. Ok CP 1 clear, sambung ke CP 2 yang terletak 6 km di depan. OK clear CP 2. Proceed to CP 3 letaknya di atas bukit....lg 1km nak smp CP 4, masalah sudah dikesan! 

Aku tak blh nak kayuh....sudahhhh,ada  kemungkinan sebab casette body dalam hub pecah. Condition di mana casette berpusing tp tayar tak pusing sama..... Aaahhhh tidak, nampaknya aku tak dpt smp CP 5 lah mcm ni.... Jadi dengan rasa kecewa, aku bg tau Haitsan yang berkayuh dengan aku supaya jalan dulu lah. Aku kene balik naik lori jugak sebab dah tak blh kayuh. Aku menolak basikal 200m dr CP4 menuju ke tepi jalan besar dan menunggu lari sampai. 




Pengajaran dari kayuhan kali ni, rim dan hub mahal tak menjanjikan kayuhan hingga ke garis penamat! Semangat dan kecekalan yg jitu mampu menerangi kegelapan!

Berlemuih...

Esok aku tukar rim lah.... Banned CB rim.

0 Who's who Bali?

Sunday, October 17, 2010
Bali

Apa yang menarik di Bali?  Pada saya Bali hanya sebuah pulau yang hanya mempunyai pantai2 yang indah. Pantai di sini indah kerana dipelihara sebaiknya oleh orang2 Bali. Memang pantainya bersih dan cantik ditambah pula dengan suasana sunset yang indah di tepi pantai. Untuk jejaka yang romantik, mungkin saat sunset bersama pasangan akan menjadi saat yang tidak akan dilupakan sambil menabur janji janji manis. Ketika inilah lembut gigi dari lidahnya...mintak lah apa sahaja wahai perempuan, pasti berjanji akan ditunaikan. Tapi bila dah dapat, selamat tinggal lah janji janji manis di Bali. Untuk lelaki hardcore dan free n easy type like me, spa di sini dikatakan antara yang terbaik. Urutannya mungkin mampu menghilangkan penat badan setelah sehari berjalan ataupun membeli belah. Ceweknya biasa biasa sahaja, not up to my expectation. (this statement will cheer up my wife maybe....hehe)...





Saya ada 5 hari di sini. Hari pertama sampai sudah malam dan tidak dapat berjalan ke mana mana. Hari kedua dan ketiga penuh dengan aktiviti di conference. Dua hari yang tidak produktif kerana hanya duduk mendengar persembahan paper drpd beberapa orang pakar dan profesor. Hari keempat telah dirancang sebaik mungkin utk menjelajah pulau sehingga ke Gunung Ubud melihat kesan letusan gunung berapi. Sebelum smp ke Gunung Ubud, kami melewati beberapa kawasan industri Bali. Industri desa di sini agak unik kerana ianya berbeza mengikut kawasan dan kepakaran orang di kawasan tersebut. Contohnya di kawasan perkampungan kedua yang dilalui, di sepanjang jalan tersebut penuh dengan peniaga-peniaga ukiran kayu sahaja. Di sepanjang jalan terdpt kedai yang menjual hasil ukiran dari sekecil bangku untuk baby sehinggalah ke blok ukiran kayu setinggi 5 meter yang sarat dengan ukiran.

Di satu kawasan perkampingan yang lain pula, di kiri dan kanan jalannya penuh dengan hasil lukisan yang cantik cantik tetapi tidak begitu halus. Saya berjaya mendapatkan satu lukisan yang saya minati dengan harga Rp$800,000.00. Misi saya setiap kali ke tempat orang ialah membawa pulang satu lukisan sebagai tanda kenangan yang saya pernah sampai. Lagipun mudah untuk membawa lukisan ke dalam kapal terbang kerana ia boleh digulung. Apabila sampai di KL barulah lukisan yang dibeli dihantar ke kedai bingkai untuk dibingkaikan sebelum digantung di dinding. Bagi yang sukakan perabot jati dan gaya Bali, di sini terdapat banyak kedai perabot jati yang sedia menerima tempahan mengikut kehendak pelanggan dan sedia untuk dihantar menggukan kontena hingga ke depan pintu rumah. Insyalah kalau aea rezeki lebih saya pun nak tempah perabot dari Bali kerana hasil pertukangannya halus dan berseni.

Makan malam hari keempat kami di Jimbaram. Letaknya di tepi pantai bersebelahan dengan lapangan terbang Denpasar. Suasana makan di sini umpama sedang berpesta. Di sepanjang pantai penuh dengan restoran seafood dan pengunjung menikmati makan malam sambil melihat sunset di atas pasir pantai. Memang sangat cantik pemandangan disini. Jika berpeluang untuk ke mari lagi, saya pasti tidak akan melepaskan peluang untuk makan malam di sini lagi. 

Saya juga sempat melawat temple di Tanah Lot. Di sini terdapat satu kuil Hindu yang dibina pada sebuah pulau. Kuil ini boleh di akses apabila air laut surut dan beting pasir kelihatan. Pemandangan di sini juga cantik dan kawasan ini dipenuhi dengan ribuan pelancong asing. Boleh dikatakan kedatangan pelancong ke pulau ini tidak pernah putus kerana setiap hari ada sahaja pelancong yang datang. Penerbangan di airport denpasar agak sibuk dengan kadar pendaratan dan pelepasan pada setiap 5-10 minit. Semalam dan hari ini ada upacara sembahyang khas untuk memperingati beratus orang yang mati dalam kejadian letupan bom di Kuta pada tahun 2002. Keadaan jalan sangat sesak bukan sahaja di Kuta malahan kawasan sekitar juga turut tersangkut. Journey schedule saya yang sepatutnya mahu menonton tarian kecak tidak kesampaian kerana tersangkut dalam jam. Dan perancangan mahu melihat sunset di Dreamland juga tidak kesampaian! Ini semua yang akan menjadi sebab saya terbang semula ke sini nanti.....

Hari ke 5, penerbangan balik pada pukul 235pm dan saya sempat ke kawasan membeli belah berhampiran hotel iaitu Bali Collection. di sini juga terdapat pelbagai kedai menjual barangan dan cenderamata... Even Sogo pun ada di sini. sempatlah saya membeli belah sedikit dan mencari ole ole untuk dibawa pulang ke KL.

Dan catatan ini dibuat semasa dalam penerbangan pulang ke KL dengan penerbangan AK363.

0 Dulu lain, sekarang lain

Flight MH 363 ke Perth akan berlepas sedikit masa lagi. Kelihatan berduyun duyun manusia sedang duduk menunggu di departure hall menunggu kebenaran dr ground crew untuk masuk ke pesawat. Semua penumpang segak dengan lelakinya memakai kemeja dan berseluar slack persis gaya ahli perniagaan. Tidak ketinggalan ada juga yang bergaya dengan tali leher dan bush jacket gaya menteri yang akan ke mesyuarat negara negara Komanwel. Si perempuan tidak ketinggalan ingin kelihatan cantik dan bergaya apabila menaiki kapal terbang. Hiasan di leher sarat dengan rantai emas dan ditambah pula dengan handbag jenama terkenal bling bling lagi. Semua orang yang hendak menaiki pesawat tersebut tidak sabar sabar hendak berlepas setelah semua orang bergaya sakan dan penuh berkeyakinan kerana julung julung kali berpeluang untuk menaiki pesawat udara.

Tetapi itu semua senario yang berlaku lebih 10 tahun lalu. Zaman sebelum kebangkitan gergasi merah hitam yang dinamakan AirAsia muncul sebagai peneraju penerbangan tambang murah dengan slogan 'Everyone Can Fly'. Sekarang apa yang boleh kita lihat, semua orang sudah berkemampuan untuk terbang ke kuar negara. Samada terbang atas urusan perniagaan, bercuti ataupun bekerja, yang pasti semua peringkat sudah mampu terbang dengan burung besi. Kalau dulu hendak naik pesawat merupakan satu perkara yang susah kerana tambangnya mahal, dan hanya orang kaya dan bos bos sahaja yang mampu terbang dan orang yg hendak terbang akan bergaya sakan, tp sekarang orang naik pesawat pakai selipar jepun dan bersahaja. Orang sekarang menaiki pesawat pakainya celana pendek, tshirt nipis, berselipar dan hanya membawa satu beg kecil. Malahan saya sendiri lebih suka berfesyen santai apabila menaiki pesawat kerana memudahkan pergerakan. Almaklumlah, pesawat ini tambangnya murah, sudah pasti mereka mahu membawa seramai mungkin penumpang untuk mendapatkan untung maksima. Dan keluasan tempat duduk penumpang yang dikorbankan untuk anugerah 'The Best Low Cost Carrier'.

Tidak kisah apa jua anugerah yang diterima tapi hari ini, semua orang sudah mampu bercuti ke luar negara. Ada yang balik kampung halaman pun naik kapal terbang. Ini menunjukkan betala mewah dan senang rakyat Malaysia. Yang pasti, jika penerbangan saya memakan masa lebih dari 4 jam, saya akan berseluar panjang kerana suhunya sejuk!

0 Hay-wire moment

Hay-wire Moment

Percaya atau tidak,bila saya kata dalam kehidupan berumahtangga akan sampai satu masa dan ketikanya, rumahtangga yang dibina atas dasar kasih sayang antara suami isteri dan anak anak akan diuji dengan satu cubaan yang berat. Dan dalam pada menghadapi dugaan Allah yang sedang berlaku, diri si isteri akan berada dalam keadaan marah dan kusut memikirkan si suaminya sudah ada perempuan lain. Di saat itulah, si tanduk yang tidak kelihatan, setan dan iblis, berada dekat di telinga dan hati si isteri membisikkan kata kata 'hikmahnya' yang pastinya akan menjurus ke arah keruntuhan masjid yang sedang tersergam indah.

Pernah satu ketika dulu, saya yang ketika itu masih mentah tentang alam perkahwinan, didatangi oleh seorang wanita kaya yang telah berumur menceritakan serba sedikit mengenai masalah rumahtangganya yang sedang haru biru gara-gara suaminya mahu berkahwin lagi. Dan sebelum saya mendengar cerita wanita ini, telah berlaku perbincangan mengenai hay-wire yang pasti akan menimpa semua keluarga sekurang-kurangnya sekali seumur hidup di tempat kerja sewaktu acara hisap rokok beramai ramai berlaku di tangki air bomba. Hasil perbincangan tersebut saya gunakan untuk menasihati wanita tadi agar bersabar kerana dugaan hebat ini pasti akan datang padanya dan dia perlulah redha menghadapi ujian Allah. Ternyata jika dia tidak sabar, dan si suaminya juga tidak tahan dengan perangainya yang suka memaki hamun dan sentiasa berprasangka buruk akan menjadikan wanita tadi sebagai janda tua. Alhamdulillah penceraian bukan jalan penyelesaian yang digunakan...cara apa yang digunakan tidaklah diketahui tp yang pasti mereka hidup aman dan damai semula.

Hay-wire merupakan perkara yang sinonim dalam alam rumahtangga. Bergantung kepada sikap masing2 samada baik atau buruk, dan niat samada mahukan rumahtangga yang dibina kekal utuh hingga ke akhir hayat atau hendak dirobohkan sahaja, tapi tetapkan iman dan ingatlah rezeki Allah yg paling besar telah dikurniakan, anak2 ( jika ada anak) agar menjadi tali penyatuan yang akan dikekalkan hingga ke akhir hayat.

0 During airborne to Bali...

Old memories during primary school time freshly playing in my mind during my journey from KL to Bali. During the first hour after departed LCCT, I read the Travel 3 Sixty magazine provided onboard to past every minute statue style seat in this aircraft. 
The 'Abovegroundlevel Kuala Lumpur' section attract my attention as its show a few activities tourist can do during their visit to KL. Those activities are like canopy walk at Taman Pertanian Malaysia,orbing at Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS) Serdang, (orbing - get yourself into a  transparency big ball and rolling down a hill.Do not wear short skirt for ladies if you want a smooth ride....your skirt will cover up your faces though......haha).it would cost around RM35 per person. But still the best part to enjoy and surely i wil do is 'Flight of your life'. 
As i wrote earlier on the first paragraph, my ambition when class teacher asked was pilot. Maybe my SPM result not qualified enough for me or i am not keen or eager to fulfill my first ambition to be a commercial pilot make me what am i doing right now for survive. But still i am thankful to the Almighty Allah swt because i still enjoying my life and i can do what i want to do. the opportunity for me to fly a Cessna or any other 'mosquito' plane widely open now. For those who is highly adrenalin pumping person like me, we can go to Subang Airport Terminal 3 and make a reservation. A short course will be conducted and briefing on the flight safety will be taken care by the experienced instructor. The contact no is +6 03 9200 2998, email:info@klhunter.com.
The fee is about RM500.00 per person.Wow its quite pricy but still i am very keen to fly the plane. Reservation also can be made via airasiago.com.

For me, even previously I had an ambition to be a pilot, but i turned to be a businesssman, there is still opportunity to be a pilot....one day. ... Insyallah.

2 While I'm away...

Monday, October 11, 2010
Jam lagi dua minit menunjukkan pukul 3 petang.ada lagi 52 minit sebelum flight ke Denpasar bermula dan ketika ini sedang menunggu di depan pintu T5 sambil 'belayar' menggunakan iPod.

Apa yang berlaku semalam penuh dengan hikmah apabila rancangan untuk melawat makcik di Gemencheh dibatalkan kerana minyak hitam kereta kecilku bocor.kebocoran pada sump plug baru aku tau pada hari Sabtu lalu ketika berkunjung ke rumah sepupu di Klang.Tiba tiba aku nampak setompok minyak menitik tak berhenti dr bawah enjin.Panik kejap sebab baru je servis kereta tu tiba tiba ada pulak masalah.Bila check minyak hitam tengok makin berkurang tp tak la teruk sangat.Masih boleh berjalan tapi perlahan lahan.Dalam kepala dah fikir yang bukan bukan sampai parts tak terlibat pun masuk dalam kotak pikiran aku.....

Pagi Isnin, pagi tadi lah, tak berlengah lagi jam di tengah KL ni diredah jugak menuju ke Segambut.Cari member kasi repair bocor sump plug.Nasib baik la perasan bocor tu.Kalau tak pening la nak tukar enjin.Alhamdulilah Allah sayang dan yaknak susahkan akau sekeluarga.

Berikutan Program ke Gemencheh dibatalkan semalam,rupanya besar lagi hikmahnya Allah nak tunjukkan bila berita pagi ini melaporkan satu kemalangan ngeei berlaku di persimpang Tampin/Alor Gajah.Laluan tulah yang akan aku guna kalau nak ke rmah makcik aku.Kalau lah aku pergi semalam,aku rasa mesti dah terbakar enjin kereta dan anak aku mengamuk gila dalam kereta sebab kesesakan dilaporkan sehingga 4 jam.
Buat anggota keliatga mangsa yang cedeea dan terkorban diucapkan takziah dan bersabar dengan dugan yang menimpa.

0 Tribute

Tuesday, October 5, 2010
Tribute to a friend...... a lost relation.


Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
  Hingga engkau pergi
Tinggalkanku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
  Hinggaku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

0 Artikel dari Laman blog Tan Sri Ali Hashim

Friday, September 17, 2010

MINDA BISTARI #55 - KEMBALI KEPADA KEKUATAN FITRAH

Posted On September 17, 2010
(Artikel ini diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 16 September 2010)
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin! Setelah menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadan al mubarak, kini Syawal menjelma dan umat Islam seluruh dunia merayakan kemenangan dan kembalinya kita semua kepada fitrah hidup seperti biasa. Pengajaran daripada menahan hawa nafsu sambil beribadah kepada Allah SWT, beramal dan bersedakah diikuti dengan berzakat fitrah telah mendekatkan kita semua kepada kesedaran mencari pengertian sebenar hidup ini.
Ramadan sesungguhnya mengingatkan kita bahawa tiada kemenangan dan kejayaan sempurna tanpa pengorbanan dan kesabaran. Demikian juga dalam perjalanan membina kejayaan bangsa, agama dan negara.  Di bidang ekonomi, khasnya dalam usaha membina kejayaan bisnes, pengorbanan dan kesabaran juga sangat diperlukan. 
Bagi peniaga, usahawan dan ahli bisnes. Mereka perlu memiliki daya kesabaran dan pengorbanan yang tinggi sebelum boleh berjaya. Melabur dalam sesuatu bisnes itu sendiri menuntut pengorbanan sumber modal, tenaga dan usia untuk manfaat lebih besar pada jangka panjang. Wang yang digunakan sebagai modal, misalnya, tidak diguna atau dibelanja mengikut selera untuk manfaat segera. Malah, seseorang pelabur dengan penuh sabar sengaja mengenepikan keinginan berbelanja hari ini untuk meraih pendapatan dan pulangan yang lebih besar hari esok.
Saya percaya ramai Melayu tidak berjaya dalam bisnes bukan sahaja kerana ketiadaan modal dalam bentuk wang tetapi kerana tiadanya kesanggupan berkorban masa dan usia untuk membina modal insan atau modal diri. Ramai yang tidak sanggup mengorbankan minat bersantai, keinginan berseronok dan berhibur serta kegemaran bersembang kosong. Sikap dan tabiat seperti ini tidak membina modal diri dan jelas anti-bisnes.
Dalam beberapa rencana lalu saya telah menegaskan betapa Melayu-Muslim perlu mengikis sikap anti-bisnes dan berusaha untuk mengubah minda, fahaman dan persepsi terhadap bisnes. Langkah pertama ialah menanam kesanggupan tinggi berkorban dan bersabar sambil menimba ilmu pengetahuan serta pengalaman bisnes. Ia perlu dilaksanakan andainya kita ingin melihat perubahan dalam pencapaian dan kedudukan Melayu-Muslim serta mengelak daripada terus ketinggalan dalam persaingan kehidupan yang semakin mencabar.
Dalam konteks bisnes hari ini, bangsa yang lebih maju ke depan adalah bangsa yang sanggup mengutamakan kepentingan jangka panjang, mengorbankan kemahuan dan kehendak hati semasa, untuk manfaat kemudian hari. Demikian juga, mereka yang berjaya adalah yang tinggi daya kesabaran yang dilengkapkan dengan minda dan pandangan hidup yang lebih mengutamakan kepentingan generasi mendatang. 
Justeru, mereka lebih gemar melihat kejayan bisnes dalam konteks organisasi, dan bangsa serta negara paling maju ke depan adalah yang paling teguh dan perkasa organisasi bisnes mereka. Dalam kata lain, mereka juga telah melabur tenaga, usia, modal insan dan modal wang untuk membina organisasi besar-besaran menjangkau masa beratus tahun lamanya. Hasilnya hari ini negara maju menguasai banyak syarikat gergasi multinasional (MNC) yang mendominasi ekonomi global.
Di Malaysia, Melayu-Muslim yang menjadi majoriti penduduk negara ini dilihat masih lagi jauh ketinggalan. Sebahagian besar daripada kita masih memilih jalan mudah dan selesa, memilih kerjaya selamat (misalnya cuma mengharapkan pencen kerajaan) serta tidak sanggup berkorban jiwa raga memburu rezeki yang lebih mewah dengan mengambil risiko besar.  Justeru, majoriti mengenepikan bisnes dan yang berbisnes pula ramai yang leka dan mudah berpuas hati dengan pencapaian ala kadar.
Beberapa persoalan seringkali bermain di kotak minda kita. Antaranya, bangsa dan negara lain telah pun lama maju, adakah setelah jauh ketinggalan, Melayu-Muslim masih boleh menang dalam perlumbaan ini? Tidakkah kita telah pun terlewat dalam persaingan ini dan apakah yang dapat memberikan kita kekuatan serta semangat meneruskan perjuangan?
Tentu kita masih ingat cerita perlumbaan antara arnab dan kura-kura yang pernah kita baca ketika di bangku sekolah. Kesudahan cerita tersebut telah dijadikan pengajaran dan pedoman untuk kita semua agar tidak bongkak, takbur dan memperkecilkan keupayaan pihak lawan. Tidak kurang penting ialah agar kita tidak lalai dan selesa dengan pencapaian yang dimiliki sehingga tewas kemudian hari.
Ketika di garis mula, arnab melihat kura-kura bukanlah pesaingnya. Lihat saja bentuk fizikal dan sifat kura-kura. Lemah, terlalu perlahan dan mustahil untuk menewaskan arnab. Sementara arnab tahu akan kemampuannya yang tangkas berlari, merasakan dirinya bijak dan pantas maju ke depan. 
Setelah perlumbaan bermula, kura-kura mengatur langkah perlahan sementara arnab meluuru meninggalkan kura-kura jauh di belakang. Di pertengahan jalan, arnab yang selesa dengan kedudukannya, berhenti berlari, langsung tertidur nyenyak. Sementara itu, kura-kura meneruskan perjalanannya dengan sabar dan tabah biarpun dalam keadaan perlahan hingga akhirnya menang menewaskan arnab.
Dalam konteks persaingan bisnes hari ini, cerita ini sebenarnya membawa mesej yang lebih besar. Kura-kura, iaitu makhluk asli di nusantara boleh diibaratkan seperti Melayu-Muslim yang keciciran. Sementara arnab pula makhluk asing dan pendatang dari Barat yang berada jauh di depan.

Persoalannya, adakah kita sebagai ‘kura-kura’ kini berlumba dengan ‘arnab’ yang serupa?  Siapa sebenarnya yang mudah selesa, cepat berpuas hati dan lebih kuat tidur?  Kita atau pun mereka?  Persoalan lebih besar dan penting: Adakah kita masih boleh menang perlumbaan ini andainya ‘arnab’ tidak mudah selesa dan tidak tertidur (seperti bangsa lain yang lebih gigih, hebat dan gagah berusaha? Pasti ramai yang menjawab mustahil untuk kita menang biarpun pelbagai helah dan cara dibuat.
Apapun saya yakin kita boleh menang juga akhirnya insya Allah. Namun ia memerlukan pendekatan dan persepsi minda kita yang berbeza. Kura-kura boleh menang dalam persaingan ini jika ia sedar kelebihan asasi yang ada pada dirinya dan menggunakan kelebihan fitrahnya sebagai strategi persaingan. Tegasnya, kita perlu menukar strategi. Bagaimana?
Renungkan fakta ini: Secara purata, jangka hayat arnab hanyalah sekitar 10 hingga 15 tahun. Bagaimana dengan jangka hayat kura-kura? Menurut kajian, jangka hayat kura-kura jauh lebih panjang hingga  menjangkau 150 tahun. Malah dikatakan terdapat kura-kura yang mampu hidup sehingga lebih 200 tahun!
Pengajarannya, andainya kita lemah secara individu, kita perlu sepakat membina institusi yang berdaya tahan lama. Inilah strategi kemenangan, iaitu memanfaatkan longevity atau memanjangkan upaya kelangsungan sesuatu usaha, umpama panjangnya hayat kura-kura.
Justeru, mesti ada kesanggupan tinggi Melayu untuk berkorban kepentingan jangka pendek untuk manfaat jangka panjang yang lebih bermanfaat. Juga, tidak ada kejayaan tanpa kesabaran, iaitu selangkah demi selangkah membina keupayan selain menghimpun kekuatan daripada pencapaian sebelumnya, generasi demi generasi. Untuk itu kita perlu meletakkan urusan bisnes strategik kita pada organisasi, dan bukan kepada peribadi, supaya jangka hayatnya insya Allah akan bertahan lebih lama.
Lihat bagaimana syarikat multinasional (MNC) Jepun seperti Matsushita, Toyota, Mitsubishi dan Honda. Ada yang berusia ratusan tahun. Kepentingan majoriti dalam syarikat MNC Jepun umumnya tidak didominasi oleh individu atau keluarga, kerana ia rapuh dan mudah musnah apabila berlaku kematian usahawan terbabit.  Sebaliknya, ketahanan dan kelangsungan usaha dapat dikekalkan berkesinambungan apabila didokong oleh organisasi dan setelah hakmiliknya diinstitusikan. Waris keturunan pengasas Toyota, iaitu keluarga Toyoda, misalnya, kini hanya memiliki 2 peratus saham dalam syarikat terbabit.
Mesejnya jelas. Sekaya mana pun seorang jutawan, akhirnya akan mati juga. Usia kita sendiri pun paling lama boleh bertahan hanyalah sehingga 80 atau 90 tahun. Inilah kelemahan yang paling ketara andainya harta atau bisnes strategik terlalu bersandar kepada peribadi. Setelah mati, harta akan menjadi ‘sekangkang kera’ setelah mengecil sama ada melalui pembahagian pusaka atau akibat perebutan harta di kalangan waris.
Kesimpulannya, strategi paling ampuh untuk Melayu-Muslim menang bersaing perlu didasarkan kepada kekuatan fitrah diri yang ada pada kita, iaitu rangka pemikiran kita, nilai dan pegangan hidup kita, minda dan jiwa kita sebagai Muslim, serta corak masyarakat kita sebagai umat berjemaah. Dalam kata lain, strategi berkesan untuk Melayu menang bersaing mesti serasi dan selari sepenuhnya dengan fitrah diri dan masyarakat.  Kita tidak boleh menang selagi terdapat konflik daripada perspektif ini. 
Dalam hal ini strategi longevity kura-kura sangat tepat dan relevan. Kesanggupan berkorban kepentingan jangka pendek, dilengkapi dengan daya kesabaran boleh menjamin kelangsungan dan kesinambungan usaha.  Sebenarnya semua ini telah pun sedia diperuntukkan oleh Islam, iaitu menerusi institusi wakaf.  Sesungguhnya wakaf satu institusi fitrah dan definitif Islam kurniaan Allah SWT.
Justeru, panjangnya hayat kura-kura adalah umpama kekal dan kebalnya aset dan bisnes strategik yang diwakaf. Bisnes dan ekuiti boleh diwakafkan, seperti yang telah dilakukan oleh Johor Corporation menerusi Waqaf Korporat dan penubuhan Waqaf An-Nur Corporation Berhad.  Selagi diurus dengan baik, cekap dan berdaya saing, wakaf korporat memberi Melayu-Muslim keupayaan melangsungkan usia dan hayat bisnes mereka sehingga menjadi MNC Wakaf satu hari nanti untuk membawa manfaat berpanjangan kepada seluruh umat sampai kiamat, insya Allah!
Muhammad Ali Hashim
15 September, 2010

0 Hidup Dalam Bayangan Lampau

Tuesday, August 17, 2010
Kehidupan duniawi yang dinikmati oleh setiap insan perlulah dihargai dan dinikmati. Arakian setiap apa yang berlaku, itu telah dijanjikan sebagai ujian terhadap seseorang untuk menguji sejauh mana tahap keimanan dan ketaqwaan di dalam diri dan sanubari masing-masing terhadap Pencipta mereka. Ujian yang lalu, atau pengalaman lampau yang akan menjadikan diri seseorang semakin matang akan meningkatkan tahap kemuliaan dan statusnya di sisi-Nya. Adakah penyesalan yang tidak berkesudahan akan dikenang sampai bila-bila dan membuat pemikiran seseorang yang waras dan bijak ke arah kejumudan, yang setiap kali terkenang akan mempersalahkan detik dan pertemuan yang lalu? Di mana tanpa pertemuan atau satu titik permulaan, tiadalah pengajaran dan peningkatan darjat dalam hidup seseorang itu pada masa kini.

Bersyukurlah dengan apa yang dimiliki. Berdoalah agar sentiasa dilindungi dan berusahalah memperbaiki diri ke arah anjakan hidup dan paradigma yang lebih berkualiti. Apa guna hendak dipersalahkan pihak yang telah banyak membantu di kala kesusahan tatkala sudah senang dihina dan diketepikan. Apakah bidalan 'seperti melepaskan anjing tersepit' perlu dilabelkan pada pihak yang tidak pernah mensyukuri nikmat yang telah diberikan....

Entah apa yang dicoretkan, mungkin tiada yang faham tulisan bukan seniman jalanan......

2 Vito to go...




Almost two years served me and my family and took us where we wanted to go. The most important thing during Eidulfitri, the Vito vigorously took us from one house to another house from daylight until midnight.  Nice experienced and feeling whenever I can drive a star branded MPV, rarely on the road and with single seater for 6 passenger plus the driver.

On the highway, Vito will never been drived not less than 120km/j where sometimes, depend on how good and focused I am at that moment, the Vito would speeding up to 150km/j without any vibrations or unwanted sounds except the windy sound. Alhamdulillah most of the journey arrived safely. With the auto cruising mode plus brilliant cruising style that I love the most on this car, the traveling was completely rest assured.This was the moment when I can enjoy the scenic views during driving a high car.......

Two years occupying this vehicle, driving at least few thousand miles and mostly long distance and high speed driving, now its time to let it go. This is due to few circumstances apparently I believe will make myself in lost condition if I still put this car in my garage.

Firstly, this car is under usage. Its been used for quite a long haul only journey and sometimes three of us only rode on this mini bus. Too many spaces unoccupied at the back whereas I still paid the gas and toll charge the same.

My wife mumbling she does not sleep well and comfortably rest her head due to the single seater provided originally in this car. Eventhough its a good branded car but still the passenger seats at the back is not so comfortable. The situation got more terrible when my daughter sleep on my wife lap and in the long journey. I can consider 2 hours and above travel time is a long journey. Sometimes her lap will cramped and become angry to that condition. My daughter is not comfortable enough to let her sit in the baby chair. During our holiday in Melbourne previously, we had a headache to make her sit quietly in the baby seater. Luckily we didn't get any ticket for the fouls we made.

Third, the time has come. I drive a luxurious MPV without paying any profit to the financial institution, well maintained the car, had the experience driving high speed with the car [this is the most I like], never  signed ticket face to face with Mr. OnDuty but I had a few saman ekor which hope the government will abolish it by next year and last but not least this car benefited my family safely. Alhamdulilah.

So it has let go. I make a new move with the new wheel, its not new because I bought it as a second owner...and I hope the new wheel also can take me to anywhere I want to go safely.Asta Lavista la Vito..adios.

0 539-CCi_Team KNR

Monday, August 2, 2010
Thanks to Zaihasri for helping the Nibong Tebal Mountain Bike Jamboree a.k.a Gerek Gunung 2010 registration process. Without your assist, all of us will not enjoy the tremendous and marvelous trail all along the jamboree. Yesterday, is D-day. as early as 515 a.m, 12 of us woke up and get ourself prepared for the jamboree. Quick bath, performed the Subuh, ease ourself, put the bike on the roof and we headed to the Kampus Kejuruteraan USM where the event begin.

Suwey betul la, complete dah aku taip blog ni sekali tak blh upload, hilang semua story ......cis...takpe aku tulis balik.


Lebih kurang pukul 730 pagi, semua peserta dilepaskan dari garisan permulaan. Permulaan 5km pertama kami disajikan dengan tarmac melalui kawasan sekitar pekan Kerian [kalau tak salah] menuju ke trailhead. Peserta mula memperlahankan basikal di trailhead apabila berlaku sedikit kesesakan semasa hendak masuk. Aku dari awal jumpa mengikut rapat orang tua champion (Abg Zam la tu) supaya tak jauh tetinggal bila dalam trail nanti, tapi tiba-tiba hilang dah orang tua ni. Di garisan permulaan tadi, Haitsan, Abg Lan dan Z cuba mencari placing di podium dengan meletakkan basikal dan diri diorang di barisan pertama supaya dapat pecut dengan harapan naik podium....harapan je la....

Ucapan terima kasih dan tahniah patut diucapkan kepada penganjur NTMBA 2010 kerana berjaya menyajikan trail dan trek yang sangat seronok untuk dilayan. Trail yang dihidangkan tidaklah begitu teknikal mahupun terlampau downhill sangat tetapi mencakupi keseluruhan ruang lingkup bidang mountain biking. Pendakian bukit tebuan, bukit dua beradik dan bukit 300 memang menjerihkan sehingga aku pun dah tak sabar nak habiskan mendaki.

Seperti biasa, setiap kepayahan yang dilalui akan ada balasan yang setimpal menunggu di hadapan. Apatah lagi kali ini reward yang disediakan sangat teruja dan bolehlah aku labelkan downhill semalam sebagai downhill parkinson. Manakan tidak sebaik habis je downhill yang panjang, tangan terasa sangat sakit dan penat kerana memegang handlebar terlampau kuat...bukan apa, takut terlepas basikal sebab turun bukit laju sangat.....

Dan pada jamboree kali ini juga, kehebatan Epic dengan Brain nya berjaya memuaskan hati aku setelah lama mencari tempat paling sesuai untuk menterjemahkan kemampuan sebenar epic ini di medan perjuangan. Kemampuan Brain terbukti semasa memanjat bukit di mana tiada bobbing yang berlaku dan membenarkan aku mengayuh walaupun menggunakan soft tail. Kesinambungan Fox fork dan Brain menunjukkan kehebatan masing-masing semasa menuruni downhill apabila semua bump dan lopak air berjaya ditangkis dengan tenang walaupun penglihatan aku kabur.

Untuk jamboree kali ini juga, buat pertama kalinya aku decide hanya untuk pergi meramaikan majlis di sampaing memberi semangat kepada kawan2 berikutan seminggu sebelum ini mata keramat ni diserang sakit mata...merah menyala mata aku macam naga, vision clearence pun dalam 3 meter je, cammane nak kayuh. Lagi 2 hari nak ke Nibong Tebal, mata naga dah bertukar ke mata ikan merah je....masih sakit lagi tapi dah takde merah sangat....boleh la kot kalau nak kayuh suka-suka buat lepas gian. Lepas tu target kayuh first 12km je sebab nak chicken loop....tpi bila dah kayuh ramai-ramai, seronok pulak. The more the merrier. Aku pun tawakal je la kayuh kalau boleh sampai abis.....hehehe.Orang rabun kayuh basikal mesti la orang pikir haru biru, tapi bukan aku....dengan selamber aku tinggalkan Cito dengan Z masa downhill. Tu la,, awal2 aku dah suruh pakai soft tail masa turun bukit korang taknak......

And at last....I am at the FINISH LINE!

0 It's already a week

Sunday, July 25, 2010
Its already a week since the day PINKEYE virus transferred from Sofea to me. The sore getting worse as what I observed through what happen to Sofea, after a week infected by conjunctivitis, this is the critical time of the illness. My eyes getting really itchy, the burning and hot feels cant resist, the tears dropping critically then before and my vision blur badly...I cant stand in an open bare sunny area too long, I cant watch my Macbook monitor too long, I cant concentrate watching TV and feel the story and I also cant do any extreme physical activities for the time being. Brightness to high will make my tears dropped like being left away by my girlfriend. I hope this illness will cure in another fews days.Amin...

Its already a week and I can say its two weeks my cranks didn't work for me. Too long for me taking a break from cadence. I will have a Nibong Tebal Bike Jamboree on 1st August and my friends already doing their 'secret training' as a preparation to complete the jamboree. Placing is not the main reason we are joining this event but to participate as an enthusiast MTB rider is the most important. I have only 5 days left and I hope I can start training.

All the days with conjunctivitis is not good at all. My view blurry and sometimes it getting irritating. Piece of face tissue is my good accompany for these few days to wipe off the dropping tears. Somehow, I get my family quarantine at East Lake to ease the sore and I find it practical.

Sofea's conjunctivitis getting better since yesterday. No more red eyes on the eye ball but only a bit swollen on her upper eye lid. Alhamdulilah she getting better. What happen a week ago was, blood mix with her eye drop came out while she was sleeping. Luckily, the doctor at HUKM said is got nothing to worry about.

For the past 2-3 days, my conjunctivitis virus being spread and looking another victims. Those new victims are my wife,my mother and my sister. All of them being attack on one of the eyes and unlucky myself, I've been attacked on both my precious viewer......dugaan.....

0 Conjunctivitis

Wednesday, July 21, 2010
conjunctivitis |kənˌjə ng (k)təˈvītis|noun Medicineinflammation of the conjunctiva of the eye. Also called pinkeye .------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
I am having a PINKEYE right now which make me feels so irritating. My eyes sore, feel some sort like hot  and itchy, eyes ball feels like ping pong ball on my socket and my eyes lids always shutting down. I do not want to sleep but either watching tv or reading will make me feel uncomfortable. Huh, how long this pain will cure...hope as soon as possible. My daughter conjunctivitis problem entering 2 week time but the swollen eyes reduced. Just the red eye effect still notice. I might get this pain from my daughter as she got it from my younger brother two weeks ago.....
I am going to miss my cycling schedule this weekend again.....


0 Måple´ dan kedai makan 24 jam

Maple, mamak, sentil dan pelbagai lagi nama yang sinonim dengan kedai mamak menjadi lokasi pilihan untuk rakyat Malaysia menikmati makanan dan minuman pada masa kini. Menu yang disediakan merangkumi semua waktu makan.Tidak kira dari minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan juga supper sentiasa tersedia sebagai pilihan untuk pelanggan yang datang. Antara sebab kedai mamak mahupun kedai-kedai makan yang terdapat di pekan-pekan besar menjadi pilihan pelanggan ialah faktor operasinya yang kebiasaannya sepanjang 24 jam. Tidak pernah tutup kedai-kedai makan ini semata-mata untuk memenuhi selera dan nafsu orang ramai. Pengusaha kedai lah yang paling untung. Duduk di kaunter mengira bil pelanggan sambil menggoyangkan kaki mengenangkan apa yang nak dibeli bulan depan bila tabung dah penuh.

Arakian lambakan kedai makan yang beroperasi sepanjang malam tumbuh bagai cendawan dewasa ini, maka semakin ramai juga pelanggan yang akan keluar rumah menghabiskan sisa-sisa 24 jam yang tinggal untuk melepak di kedai makan. Ada yang hanya ingin menikmati secawan teh sambil menonton tv (ada yang tengok gusti jugak), ada yang bertemu rakan untuk berbualkan hal apa yang berlaku dalam hari tersebut, ada yang berurusniaga untuk tambah pendapatan dan pelbagai lagi sebab yang membenarkan kaki melangkah keluar rumah pada waktu malam. Tidak kurang juga anak-anak dan remaja yang masih bersekolah turut menghabiskan waktu malam mereka di kedai-kedai makan ini walhal tanggungjawab yang sedang digalas tidak dilaksanakan sepenuhnya lagi.

Mungkinkah juga dengan adanya kedai-kedai makan yang beroperasi sehingga larut malam menjadi penyebab kepada peningkatan masalah sosial yang berlaku di Malaysia kini?

Betul, jika tiada kedai makan sampai lewat malam ni pun masih berlaku kejadian pecah rumah, penagihan dadah, rogol dan pelbagai lagi kejadian jenayah. Tetapi indeks jenayah tersebut semakin meningkat. Jumlah pesalah semakin bertambah. Kes sosial yang baru juga bertambah, seperti masalah merempit yang sehingga kini masih tidak dapat diatasi sepenuhnya. Memang ada mat rempit yang telah ditangkap, didakwa dan dihukum tetapi adakah dengan cara tersebut dapat memberi kesedaran kepada anak muda yang masih merempit di luar agar sedar akan kesalahan yang dilakukan. Mungkin sesiapa yang terang hatinya akan cepat tersedar dengan kesalahan yang dilakukan tetapi jika tertutup hati mereka untuk menerima nasihat dan keinsafan, pelapis baru golongan ini akan tumbuh pula.

Malang sungguh permasalahan yang berlaku ini terjadi kepada golongan muda yang semangat dan kederat mereka sangat diperlukan untuk pembangunan umat. Golongan ini terlupa untuk memikirkan apa yang patut dilakukan pada masa muda ini sebagai bekalan di hari tua mereka nanti.Mereka terlupa hidup ini memerlukan kerja keras dan pengorbanan yang menuntut mereka berusaha untuk membangunkan agama, bangsa dan negara.

Perkaitan permasalahan ini dengan kedai makan yang beroperasi 24 jam atau sehingga lewat malam ada hubung kaitnya. Mungkin segala perancangan bermula dari satu pertemuan. Dan pertemuan tersebut ada kemungkinan ketika sedang makan atau minum yang sekadar untuk membasahkan tekak.

Cadangan saya agar kedai makan tidak dilanjutkan melebihi jam 12 malam pasti tidak akan disokong oleh sesiapa pun. Malah tindakan ini pasti akan memberi impak yang lebih mendalam apabila pendapatan pengusaha kedai makan ini dihalang. Oleh itu, adalah lebih baik bersama dengan keluarga di waktu malam mengimarah dan mengharmonikan institusi keluarga yang ada.

0 Oz Adventure - Part III

Tuesday, July 20, 2010
Huh....lama sungguh nak siapkan cerite perjalanan kat Melbourne ni.Padahal bukan nye banyak sangat tempat yang kami singgah. Yang banyak perjalanannya jer...Ok, since dah masuk hari yang kelima rasanya kami di Oz, hari ni kalau mengikut perancangannya kami akan berjalan ke Great Ocean Road yang akan mengambil masa selama 4 jam dari bandar Melbourne. Huhu....jauh perjalanan tu. Macam mana la ragam Sofea duduk dalam baby seat ni.Mesti dia menangis kuat-kuat sambil baling apa jugak barang yang ada depan dia.Aku tak dapat bayangkan keadaannya nanti, biarkan masa menjadi penentu segala...

Kami bertolak dari rumah Kak Ina dalam pukul 10a.m menghala terus ke Apollo Bay. Perjalanan bermula dari kawasan pekan, perlahan-lahan memasuki kawasan suburb dan kawasan pedalaman. Di tepi freeway dapatlah kami tengok kilang yang buat jentera berat macam John Deer, trademark calournye hijau dan kuning. Disepanjang perjalanan juga yang membuatkan aku tak penat memandu ialah kecantikan rupabumi di tanah Wallabe ni.....sejauh saujana mata memandang, itulah terbentangnya ladang ternakan yang teramat besar di kiri dan kanan jalan. Puas mata memandang kehijauan alam di tanah 'migrate' ini....subhanallah.

Setelah memandu dalam 3-4 jam, kami singgah untuk lunch di Apollo Bay sementelahan Sofea pun dah memerut yang menyebabkan satu kereta pening dengan bau poo dia. Mama Sofea get rid of her while I am waiting outside taking a nice beach windy breeze......heaven. I love the moment and the environment. Definitely i'll come again to adore the beauty of this place the the white gull.....selalu nak curik makanan kitorang...


Selepas kenyang mengisi perut dengan fish and chips, ada bekal yang Kak Ina masakkan untuk kitorang sebelum jalan tadi, junks foods dengan fresh orange, the journey at Great Ocean Road begin. Antara tempat yang sempat kami lawati ialah The London Bridge, Grotto, The Twelve Apostle and last but not least the Castle Cove. Bila sampai di Castle Cove ni pun hari sudah gelap. Jam 530p.m matahari sudah tenggelam di sini. Kami kene bergerak balik secepat mungkin kerana keadaan jalan yang gelap gelita dan suasana pemanduan yang agak merbahaya apabila melalui jalan yang bengkang bengkok ditambah pula jalannya ditepian cliff yang curam.....nasib baik dah gelap, so kurang sikit nervous dan gayat bila tengok tebing tinggi di tepi jalan. Lebih kurang jam 10p.m kami pun sampai dengan selamat di rumah.

0 Oz Adventure - Part II

Saturday, June 12, 2010

 2 Jun 2010 - Perancangan hari ini untuk melawat City Melbourne, bandar kedua Aussie selepas Sydney. Aku anak beranak siap awal. Lepas breakfast ala kadar di rumah Kak Ina, dia pun menghantar aku ke stesen tram somewhere dekat perkuburan di Preston. Keadaan masih awal pagi. Murid-murid sekolah baru masuk sekolah. Cuaca dingin pagi ini.Kak Ina membelikan tiket Metlink, untuk aku dengan amy untuk full day pass. So dengan satu tiket ni aku dapat naik semua public transport yang ada dalam Melbourne ni. Menunggu tram lebih kurang 15 minit, then kami pun berangkat tuju ke Smith St. lebih kurang dalam 25minit perjalanan dari Reservoir.


Di Smith St. byk terdapat kedai kedai yang menjual barangan direct dari kilang dengan harga yang jauh lebih murah dari barang-barang atas rak di pusat membeli belah  yang terdapat di city. Terdapat butik adidas, nike, timberland, pumpkin patch,converse, fila, etc. Macam2 branded outlet ada kat situ. Kami spent dalam sejam berjalan dari kedai ke kedai mencari harga yg berpatutan dengan barang yang dijual. Malangnya semua harga yang dikatakan murah ini lebih kurang sama dengan harga barang yang dijual di Tanah Melayu. Malas la nak beli. Cuma belikan Sofea sepasang sandal Adidas yang berharga 15AUD, lebih kurang RM40....



 

What so happen here,its a normal routine of myself. Perut aku sakit masa tengah berjalan jalan di Smith  St.Alamak....mana pulak nak cari public toilet ni. Aku pun tanya la mana toilet dekat counter kedai Roxy..dia cakap two block away from here. Beside Converse store.....aku pun apalagas, berjalan dengan langkah seribu (macam orang nampak hantu) ke toilet.....ni semua gara-gara makan bbq malam tadi kot. Ada skit pedas dalam marinate nya. Aku pun korek poket seluar, cari berapa coin yang ada.Manalah tau kot kot kene bayar pulak cam masuk public toilet kat Tanah Melayu.Sekali masuk terus daaa...tak yah bayar pun....hehehe. Aku tersenyum. Hajat dapat dilunaskan.Tengah sedap termenung dalam bilik kecik tu, aku terbaca satu notis yang ditampal.....'You only allow to spend 10 minutes in this toilet for other people convenience. Door will open automatically after 10 minutes'.....cuba korang bayangkan apa perasaan korang....ni tengah buat kek besar ni. Hikmat teran peringkat dewa pun digunapakai sebab takut pintu toilet tu terbukak sendri.....kalau dah selesai sume takpe la dia nak terbuka....kalau tengah menyelet, cam mano?....hahaha.The lesson is, dont waste your time in this magical chamber....buduh....

Kemudian kami amik balik tram heading to City Centre. Turun di Burke St.kawasan membeli belah....kereta dan moto tak dibenarkan melalui kawasan ni....Cuma tram je yang boleh lalu kat sini. Kendian kami bergambar di legal graffiti alley sebab design graffiti di sini agak cantik.....



Dari Burke St. heading to Elizebeth St. menuju ke Queen Victoria Market. Ada la jalan dalam 8-9 blok bangunan.Sampai di QVM, kitorang beli la serba sedikit buahtangan dan cenderamata utk dibawa balik nanti. I bought a piece of aborigin painting, a kangaroo painted using some sort like dotted line....sedar tak sedar asyik jer berjalan, jam dah pukul 3 petang.Kitorang pun proceed nak layan Yarra River Cruise pulak.It just 3 blocks away from Burke St. We decided to walk there. Unlucky for us, the last boat was at 330pm. Melepas nak layan scenario di Yarra River. Sudahnye kitorang minum di Gloria Jeans Coffee sebelum ambil train di Findelton Station....heading to Eeping and stop at Reservoir Station. Ooooo...penat wooo jalan arini....

Apa yang bagus di QVM ni, ia merupakan sebuah pasar.Pasar basah, pasar kering dan ala Pasar Seni macam kat KL. Yang bestnya ialah di pasar basah yang menjual ikan, daging, keju and what so ever, pasar tu tak basah, tak busuk  dan takde lalat pun. Kita boleh buat window shopping lagi dalam pasar basah tu....so nice....

     

3rd June 2010 - kitorang masih tak bergerak jauh dari area Reservoir sebab takde kenderaan. Tak boleh jadi macam ni.Takkan dah terbang beribu batu, beribu ringgit pun terbang takat nak duduk rumah jer. So aku rent MPV dari Avis car Rental, amik kat Tullamarine Airport dengan sepupu aku.Yes, kitorang dah ada Estima untuk kemudahan kitorang menjelajah Victoria....so pukul 12 pegi amik kereta...lepak-lepak kejap kat rumah. Lepas makan lunch, aku decide pegi ke DFO (Direct Factory Outlet) about 20 minutes away from home at Essendon.Kat sini ialah tempat shopping yang terkenal di kalangan tourist dari Malaysia.Tempat nye sangat luas, ada pelbagai kedai yang branded dan design lawa-lawa.......dan kitorang spend about 2 hours here before 5pm....