"It's a quote that everyone try to understand..."

Who's who Bali?

Sunday, October 17, 2010
Bali

Apa yang menarik di Bali?  Pada saya Bali hanya sebuah pulau yang hanya mempunyai pantai2 yang indah. Pantai di sini indah kerana dipelihara sebaiknya oleh orang2 Bali. Memang pantainya bersih dan cantik ditambah pula dengan suasana sunset yang indah di tepi pantai. Untuk jejaka yang romantik, mungkin saat sunset bersama pasangan akan menjadi saat yang tidak akan dilupakan sambil menabur janji janji manis. Ketika inilah lembut gigi dari lidahnya...mintak lah apa sahaja wahai perempuan, pasti berjanji akan ditunaikan. Tapi bila dah dapat, selamat tinggal lah janji janji manis di Bali. Untuk lelaki hardcore dan free n easy type like me, spa di sini dikatakan antara yang terbaik. Urutannya mungkin mampu menghilangkan penat badan setelah sehari berjalan ataupun membeli belah. Ceweknya biasa biasa sahaja, not up to my expectation. (this statement will cheer up my wife maybe....hehe)...





Saya ada 5 hari di sini. Hari pertama sampai sudah malam dan tidak dapat berjalan ke mana mana. Hari kedua dan ketiga penuh dengan aktiviti di conference. Dua hari yang tidak produktif kerana hanya duduk mendengar persembahan paper drpd beberapa orang pakar dan profesor. Hari keempat telah dirancang sebaik mungkin utk menjelajah pulau sehingga ke Gunung Ubud melihat kesan letusan gunung berapi. Sebelum smp ke Gunung Ubud, kami melewati beberapa kawasan industri Bali. Industri desa di sini agak unik kerana ianya berbeza mengikut kawasan dan kepakaran orang di kawasan tersebut. Contohnya di kawasan perkampungan kedua yang dilalui, di sepanjang jalan tersebut penuh dengan peniaga-peniaga ukiran kayu sahaja. Di sepanjang jalan terdpt kedai yang menjual hasil ukiran dari sekecil bangku untuk baby sehinggalah ke blok ukiran kayu setinggi 5 meter yang sarat dengan ukiran.

Di satu kawasan perkampingan yang lain pula, di kiri dan kanan jalannya penuh dengan hasil lukisan yang cantik cantik tetapi tidak begitu halus. Saya berjaya mendapatkan satu lukisan yang saya minati dengan harga Rp$800,000.00. Misi saya setiap kali ke tempat orang ialah membawa pulang satu lukisan sebagai tanda kenangan yang saya pernah sampai. Lagipun mudah untuk membawa lukisan ke dalam kapal terbang kerana ia boleh digulung. Apabila sampai di KL barulah lukisan yang dibeli dihantar ke kedai bingkai untuk dibingkaikan sebelum digantung di dinding. Bagi yang sukakan perabot jati dan gaya Bali, di sini terdapat banyak kedai perabot jati yang sedia menerima tempahan mengikut kehendak pelanggan dan sedia untuk dihantar menggukan kontena hingga ke depan pintu rumah. Insyalah kalau aea rezeki lebih saya pun nak tempah perabot dari Bali kerana hasil pertukangannya halus dan berseni.

Makan malam hari keempat kami di Jimbaram. Letaknya di tepi pantai bersebelahan dengan lapangan terbang Denpasar. Suasana makan di sini umpama sedang berpesta. Di sepanjang pantai penuh dengan restoran seafood dan pengunjung menikmati makan malam sambil melihat sunset di atas pasir pantai. Memang sangat cantik pemandangan disini. Jika berpeluang untuk ke mari lagi, saya pasti tidak akan melepaskan peluang untuk makan malam di sini lagi. 

Saya juga sempat melawat temple di Tanah Lot. Di sini terdapat satu kuil Hindu yang dibina pada sebuah pulau. Kuil ini boleh di akses apabila air laut surut dan beting pasir kelihatan. Pemandangan di sini juga cantik dan kawasan ini dipenuhi dengan ribuan pelancong asing. Boleh dikatakan kedatangan pelancong ke pulau ini tidak pernah putus kerana setiap hari ada sahaja pelancong yang datang. Penerbangan di airport denpasar agak sibuk dengan kadar pendaratan dan pelepasan pada setiap 5-10 minit. Semalam dan hari ini ada upacara sembahyang khas untuk memperingati beratus orang yang mati dalam kejadian letupan bom di Kuta pada tahun 2002. Keadaan jalan sangat sesak bukan sahaja di Kuta malahan kawasan sekitar juga turut tersangkut. Journey schedule saya yang sepatutnya mahu menonton tarian kecak tidak kesampaian kerana tersangkut dalam jam. Dan perancangan mahu melihat sunset di Dreamland juga tidak kesampaian! Ini semua yang akan menjadi sebab saya terbang semula ke sini nanti.....

Hari ke 5, penerbangan balik pada pukul 235pm dan saya sempat ke kawasan membeli belah berhampiran hotel iaitu Bali Collection. di sini juga terdapat pelbagai kedai menjual barangan dan cenderamata... Even Sogo pun ada di sini. sempatlah saya membeli belah sedikit dan mencari ole ole untuk dibawa pulang ke KL.

Dan catatan ini dibuat semasa dalam penerbangan pulang ke KL dengan penerbangan AK363.

0 comments:

Post a Comment