"It's a quote that everyone try to understand..."

0 Pengalaman Yang Tidak Dapat Dilupakan - Mati Hidup Semula

Friday, September 25, 2009
Seperti biasa setiap tahun apabila datangnya Syawal yang mulia kami sekeluarga akan menziarahi saudara mara samada yang dekat atau yang jauh.Tidak terkecuali pada tahun ini 1430H aktiviti beraya ini masih diteruskan untuk mengeratkan tali silaturahim yang sediada, bertanya khabar dan kunjung mengunjung.Tapi timbul idea untuk menulias pengalaman yang didengar dari salah seorang datuk saudara yang umurnya sudah menjangkau 100 tahun, kelihatannya agak uzur, badannya bongkok, berjalan pun tidak berdaya tetapi yang menarik ialah pengalaman beliau tempuhi semasa di zaman Jepun menjajah Malaya kira-kira 50++ tahun dahulu menarik minat aku untuk dikongsi di blog ini.


So the story start like .......kitorang pergi beraya rumah abang kepada nenek aku di Parit Baru, Sabak Bernam, Selangor pada hari raya  ketiga yang lalu. Sampai di rumah embah (panggilan orang Jawa utk datuk) ni dalam pukul 8 malam. Nama embah ni ialah Manap Bin Shukri.Maknanye Shukri tu ialah moyang aku la....Suasana raya di rumah embah Manap tahun ni agak ceria dari tahun-tahun yang sebelumnya. Laman rumah dihiasi dengan pelita menerangi suasana malam yang gelap gelita. Kawasan rumah embah Manap gelap wooo....keliling ladang kelapa......lampu jalan sekilo satu....hahaha...Bukan setakat pelita yang ada, mentol letrik warna kuning seakan akan warna pelita tu pun anak cucu embah Manap pasang sekali.Tu pasal la terang kot...


Ok, aku dah start nonsense....back to the story.....Setiap tahun cerite yang sama akan Embah Manap cerite kan.Dengan cakap Jawa nye yang pekat, made me struggle to understand every single word came out from his mouth. Everytime he speaks, that means I have to best the marvellous listener. Ni sebab cakap embah tadi tu dah tak clear. Bapak aku je yang paham cakap tok sedara aku ni. Aku pun kalau nak betul-betul paham kene double check ngan bapak aku balik apa yang embah Manap cerite.....hahaha....rugi la tak dapat belajar cakap Jawa ni.Kalau tidak aku dah ada kelebihan satu bahasa.Tapi aku ni tak la teruk sangat sebab kalau orang cakap Jawa aku boleh faham lagi apa yang dicakapkan.Cuma mulut berat je nak bercakap dalam bahasa yang sama.Mungkin satu hari nanti, tak pun tahun depan ke aku dah boleh 'ngomong jowo temen'.....


Ceritenye macam ni, satu masa dulu, (cerite ni diceritekan semula oleh  nenek aku), tahun berapa nenek aku tak cakap, Embah Manap sedang berusaha untuk membina rumah untuk isteri dan anak nya. Pada waktu tu, kalau nak bina rumah, tuan rumah la kene cari kayu sendiri, ketam, naikkan kayu dibuat tiang sendiri, boleh kata semuanya kene buat sendiri.Pada  waktu tu nenek aku berumur dalam lingkungan 13 tahun, pun turut menolong Embah Manap mendirikan rumah ini.Jadi pada satu hari, embah manap cakap kat nenek aku, "Robit, esok kamu tak payah datang tolong abang.Abang nak masuk ke hutan cari kayu". Jadi esoknya nenek aku pun tak datang la.Tapi bila tiba waktu petang,(rumah moyang aku dekat dengan kuala sungai), nenek aku dengar bunyi sampan kotak (sampan berenjin yang digunakan Jepun menyusur sungai) dan terus teringat kepada Embah Manap yang sedang mencari kayu dalam hutan. Nenek aku cakap, kalau Jepun jumpa orang kat hutan, Jepun akan tangkap orang tersebut sebab dianggap komunis.Dan komunis akan dibunuh oleh Jepun.


Maka sangkaan nenek aku pun terjadi betul. Embah Manap yang berada dalam hutan telah dikejar oleh askar Jepun dan ditangkap.Masa ditangkap Embah Manap telah disiksa oleh Jepun. Selama ni aku selalu mendengar dari mulut ke mulut sahaja bagaimana kejamnya askar Jepun menyiksa orang orang di Tanah Melayu tanpa memberi sedikit pun impak dan kesan ke dalam diri aku. Tapi kali ni bila aku dengar sendiri dari mangsa kekejaman Jepun, kene pulak orang tu ialah saudara ku sendiri, maka aku bersyukur Tanah Melayu telah MERDEKA.Bebas dari penjajah dan bebas dari kekejaman. Jadi Embah Manap telah ditangkap bersama kawannya yang juga membantu beliau mencari kayu.


Seksaan Jepun kenakan kepada Embah Manap sangat dahsyat. Embah Manap telah dibaringkan, diberi minum air sabun sehingga kembung perut nya. Kemudian askar Jepun pijak perut beliau sehingga air sabun tadi keluar melalui semua lubang yang ada di badan beliau. Dari lubang hidung, mulut, telinga, dubur.....subhanaallah....sakitnya.Ada juga mangsa kekejaman yang diseterika belakang badan mereka, ada yang ditoreh kulit dan ditabur garam di bahagian yang luka.....ishhh macam macam la seksaan yang askar Jepun kenakan kepada tahanan mereka. Semua seksaan yang dikenakan itu tujuan nya hanyalah satu iaitu untuk memaksa tahanan tahanan yang telah  ditangkap mengaku anggota KOMUNIS. Manakan mau datuk saudara ku yang bukan komunis mengaku sebagai komunis.


Setelah diseksa, dipijak diterajang dan dicederakan oleh askar Jepun, Embah Manap digantung (macam hukuman gantung sampai mati sekarang ini) pula.Walaupun bukan anggota Komunis, tetapi Jepun bersikap tidak adil dan tidak berperikemanusiaan, mereka tetap mahu membunuh tahanan yang telah diseksa tadi.Kalau mengikut cerita Embah Manap, lelaki yang menggantung beliau ialah seorang polis Melayu ( I can say this fellure is the barua) bernama Basirun. Basirun lah yang telah menamatkan riwayat Embah Manap. Setelah menjalani hukuman gantung, mayat mangsa Jepun dicampak dalam lubang.


Moyang aku, Hj Shukri berasa tidak sedap hati lalu mencari Embah Manap (he already expacted his son died) dan menemui mayat Embah Manap.Dibawa pulang jenazah tersebut untuk dimandi dan dikapankan dan disemadikan. Setelah dimandikan jenazah Embah Manap, sedang dikapankan, tiba-tiba jari jemari kaki Embah Manap bergerak.Beliau sedar! Tapi masih berada dalam kesakitan. Seorang 'kiai' yang turut sama mengkapankan jenazah tadi meminta orang kampung mencari telur ayam yang kembar (nenek aku cakap telur yang ada 2 kuningnya.I still wonder how to see or feel two yolk in shell.Maybe old people know) dan  diberikan kepada Embah Manap untuk mengubati luka dalaman beliau akibat dipijak oleh askar Jepun.


Walaupun Embah Manap hidup kembali, tetapi beliau mengambil masa kira kira 6 bulan untuk sembuh sepenuhnya dari kecederaan dalaman yang dihidapi.Dalam tempoh 6 bulan, beliau tidak mampu untuk berbuat apa- apa melainkan terbaring sahaja.Pada aku itu satu pengalaman yang kalau berlaku ke atas diriku sendiri, memang tidak akan dapat dilupakan sehingga ke akhir hayat.Jadi itu kisah Embah Manap yang boleh aku katakan mati hidup semula.(kalau difikirkan kan la, dah la kene minum air sabun sampai kembung, kemudian dipijak sampai berlaku pendarahan dalaman, kemudian digantung lagi....takkan la pengsan je kan?)


Sekarang kita ke kisah Basirun, anggota polis yang menghukum gantung kaum sendiri sebab fikir Jepun boleh tolong dia sekeluarga.Alkisah satu hari lepas Embah Manap sembuh sepenuhnya dari kecederaan yang dialami, datang seorang kawan Cinanya dan mengajak Embah Manap ke kedai gunting.Jadi Embah Manap yang kehairanan bertanya kepada Cina tu kenapa beria ria sangat mengajak beliau ke kedai gunting rambut tu padahal Embah Manap bukannya nak potong rambut lagi. Lalu Cina tadi pun bagi tau yang Basirun dah mati dibunuh dalam kedai gunting rambut. Perutnya telah dikelar lalu terburailah segala isi perut yang ada.Tamatlah riwayat Basirun dalam kedai gunting.Selama ni kejenye membunuh kaum sendiri, tapi petang tersebut dia pula mati dibunuh.


Well,I think that is a bit of experienced been through by our folks before Merdeka.Much more tender and sour rather than sweet memories they had pass before this.As a lucky grandson and thankful to be a son after merdeka, myself would like to say syukur alhamdulillah for what I have nowadays and keep pray Allah bless Malaysia. For those Malaysian, who always think they are brilliant to bring Malaysia a new Malaysia, I would like to say think before you do anything.Do not let our motherland loss to other people who always wish to extract our 'gold' without bother Malaysian culture and tradition that has been inherit to us a long  long time ago by our ancestor.Just imagine how bad our datuk and nenek 50-60 years back, where to find roti canai and teh tarik, where you can get nasi beriani with ayam masala, where you can have nice chat at Kopitiam. No such kedai kopi when we in invade.If u have rice, thats seem u have gold.Japanese army robbed all your food.Left you in hunger. And in that time most of our people will be grateful if they have tapioca.


Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin.