"It's a quote that everyone try to understand..."

0 Ramadhan 1428H, Oct 5,2007

Friday, October 5, 2007
Lama betul tak menulis blog. Bila baca blog kawan kawan, terpikir balik pandai betul diorang ni mengarang..kadang-kadang boleh dikatakan diorang pandai buat komunikasi satu hala.Menulis dalam blog ni macam sembang sorang-sorang pasal apa yang berlaku dalam diri diorang tu.kenapa ada yang lebih suka meluahkan apa yang terpendam melalui tulisan daripada bercerita sesama insan? apa pun, itu terpulang pada tuan punya diri la kan.
apa kita nak pedulik.lebih baik kita buat apa cara yang kita senang daripada menyenangkan apa yang kita nak senangkan...hahaha, apa la ayat ni.merapu bila dah terlebih kenyang.
Hari ni satu hari yang penuh memenatkan. dari pagi sejak masuk pejabat sampai abis waktu pejabat, mata dengan kepala ni tak lekang dari menghadap skrin monitor ni.kalau la aku ni salah seorang ahli X-Men,mesti dah tembus monitor laptop ni aku tenungkan.tapi hari ni hari yang penuh dengan kepuasan. kerja-kerja paper work semua dah selesai dan menunggu hari esok untuk di hantar.harap-harap boleh dapat return back secepat mungkin.sebab aku dah buat yang terbaik dan aku mengharapkan pulangan yang baik jugak atas usaha aku yang extravaganze hari ni.......sekurang-kurangnya hari ni je aku dah clearkan 20 invoice utk dituntut.kerja gila jugak la kan.sebab bila nak anta invoice kena siap kan skali ngan report. kalau takde report tak bernilai la claim aku tu. so dari pagi, sampai ke petang, syukur la siap jugak 20 claims tu.cuma tinggal 2 claim je lagi nak disiapkan esok.pada aku sekarang ni, masa semakin mencemburui kita.kalau dibekalkan lagi tambahan 4 jam dalam sehari, aku panjat kan lagi rasa syukur aku kepadaNya kerana memberi peluang kepada ku untuk menambahkan lagi sedikit kederat......tapi mustahil.mana mungkin 24 jam sehari boleh menjadi 28 jam sehari.tak tau la kalau kalau dah di hujung zaman boleh berlaku perkara macam tu. kalau berlaku perkara macam tu, aku rasa semua manusia di muka bumi ini akan menambah amalan kepada yang Maha Esa sebab dah tau 'D-day' is coming....takutnye.

Kadang-kadang terpikir jugak macam mana nak uruskan masa yang diperuntukkan dengan lebih efisien.nak tak nak kena set priority. tapi bila dah set priority, mana yang lebih utama tu tetap tak dapat dilaksanakan jugak sebab tiba-tiba je ada perkara lain yang lebih tinggi priority nya daripada apa yang telah kita set kan permulaan tadi....jadi apa yang patut dilakukan. Karang bila dah nak dekat pukul 4 petang tapi kerja masih tak siap jugak, mula la tukar buat kerja lain pulak sebab bila dah nak sampai masa nak tutup pejabat ni, semua orang macam dah malas nak layan permintaan kita.jadi terpaksa la tunggu hari esok untuk menyambung business semula.apa boleh buat, masa sentiasa mencemburui kejayaan kita. ini apa yang berlaku pada aku la skrang ni.tak mungkin sama dengan apa yang berlaku pada orang lain di luar sana.

sekurang-kurangnya aku berjaya jugak siapkan kerja hampir 95% daripada apa yang aku rancangkan.dan aku gembira......hehehehe.biasanya hujung bulan bawak ke awal bulan la keadaa ni berlaku.tp kali ni istimewa sikit sebab ni dah nak dekat hujung bulan Ramadhan dan menghampiri bulan Syawal. Kene kerja kuat sikit nak cari duit raya.kang beraya takde duit kang parah pulak.Skarang dalam situasi ada keje ada makan.takde keje pun blh makan tapi makan angin je la.sebu satu badan tak pasal je bila terlebih angin kang.....hahhaaha.

Hari ni walaupun sibuk sempat jugak buat arrangement berbuka puasa dengan kawan-kawan ex-TIME dulu. Kitorang berbuka di Cerana Restaurant. Lama betul tak jumpa Amin dengan Ram.Ada je cerita cerita sensasi yang dibawa oleh Amin....mulut becok dia tak penah sepi dari seribu satu gossip dan strategi.....strategi menangani masalah lelaki yang menghadapi masalah putus cinta. Sebab nya dia ni blh dikatakan sebulan sekali akan putus cinta....wakakaka. kesian kawan sorang ni.umur dah lanjut tapi tak settle down lagi. Gilo apo sebulan skali putus cinta....kalau jadi player pun takkan ada rasa putus cinta kot sebab memang tuan punya badan yang tak serius....hahaha..minmin minmin, cepat cepat la ko kawin.air dah naik kepala sangat dah tu.....Si Ram pulak bukak cerita pasal kucing dia terjun dari tingkat 4 umah dia mlm tadi....tapi jangan risau, kucing tu hanya cedera ringan je. Ada luka sikit je kat hidung dia, mungkin salah landing kot.Tersalah setting kene batu jalan kat hidung dia.....hehehe.Panjang lagi umur kucing kawan aku tu. Ram nampak makin macho, tapi kasut Adidas berkarat tu jugak dia pakai dari zaman TIME sampai ke zaman SAPURA dia skang ni.Sayang betul kasut tu....Patut dah gantung kat pokok mangga kasut tu dah tapi masih melekat kat kaki dia.....kedekut betul member sorang ni....tapi kalau bab makan memang Ram tak kemut...ajak je gi makan kat mana, mesti dia ikut punye.Siap offer naik kereta dia lagi sebab nanti dia blh tunjuk skil ala-ala drift kampung kat aku.......uwekkkkk...

Alamak, dah sampai waktu tido la plak.Sambung nanti ahh....