Percaya atau tidak,bila saya kata dalam kehidupan berumahtangga akan sampai satu masa dan ketikanya, rumahtangga yang dibina atas dasar kasih sayang antara suami isteri dan anak anak akan diuji dengan satu cubaan yang berat. Dan dalam pada menghadapi dugaan Allah yang sedang berlaku, diri si isteri akan berada dalam keadaan marah dan kusut memikirkan si suaminya sudah ada perempuan lain. Di saat itulah, si tanduk yang tidak kelihatan, setan dan iblis, berada dekat di telinga dan hati si isteri membisikkan kata kata 'hikmahnya' yang pastinya akan menjurus ke arah keruntuhan masjid yang sedang tersergam indah.
Pernah satu ketika dulu, saya yang ketika itu masih mentah tentang alam perkahwinan, didatangi oleh seorang wanita kaya yang telah berumur menceritakan serba sedikit mengenai masalah rumahtangganya yang sedang haru biru gara-gara suaminya mahu berkahwin lagi. Dan sebelum saya mendengar cerita wanita ini, telah berlaku perbincangan mengenai hay-wire yang pasti akan menimpa semua keluarga sekurang-kurangnya sekali seumur hidup di tempat kerja sewaktu acara hisap rokok beramai ramai berlaku di tangki air bomba. Hasil perbincangan tersebut saya gunakan untuk menasihati wanita tadi agar bersabar kerana dugaan hebat ini pasti akan datang padanya dan dia perlulah redha menghadapi ujian Allah. Ternyata jika dia tidak sabar, dan si suaminya juga tidak tahan dengan perangainya yang suka memaki hamun dan sentiasa berprasangka buruk akan menjadikan wanita tadi sebagai janda tua. Alhamdulillah penceraian bukan jalan penyelesaian yang digunakan...cara apa yang digunakan tidaklah diketahui tp yang pasti mereka hidup aman dan damai semula.
Hay-wire merupakan perkara yang sinonim dalam alam rumahtangga. Bergantung kepada sikap masing2 samada baik atau buruk, dan niat samada mahukan rumahtangga yang dibina kekal utuh hingga ke akhir hayat atau hendak dirobohkan sahaja, tapi tetapkan iman dan ingatlah rezeki Allah yg paling besar telah dikurniakan, anak2 ( jika ada anak) agar menjadi tali penyatuan yang akan dikekalkan hingga ke akhir hayat.
0 comments:
Post a Comment