"It's a quote that everyone try to understand..."

Winter In Beijing 2010

Monday, November 22, 2010
Penutup tahun 2010, destinasi pilihan untuk dilawati kemungkinan negara China atau lebih spesifik, kami akan bercuti di Beijing, China. Di sini terletaknya Forbidden City, sebuah kota agung di zaman Dinasti Ming yang masih kukuh berdiri sehingga ke hari ini untuk dipertontonkan kepada generasi akhir zaman bagaimana hebatnya orang zaman dahulu mampu mengilhamkan dan merealisasikan sebuah binaan yang besar dan terancang kira kira 600 tahun dahulu. Satu lagi tujuan kami, sebenarnya aku nak ikut pergi ke China ni ialah kerana aku nak tengok salah satu keajaiban binaan manusia daripada jumlah keseluruhan 7 yang terdapat di dunia ini. Dan ini bermakna ada lagi 6 wonders of the world yang akan aku lawati sebelum umur aku mencecah 35...hehehe...(objektif+melancong).


Pakej yang kami ambil ni ialah pakej Muslim selama 6 malam 5 hari. Alhamdulilah, restoran yang dibawa kami untuk menikmati hidangan semuanya restoran Muslim tapi tak dikategorikan halal kalau di Malaysia sebab di restoran ini juga ada dijual beer. Tapi makanan yang dimasak semuanya halal lah pada perkiraan aku yang tak banyak sangat songeh bab makanan ni. Kalau di zaman pemerintahan Lady Dragon, salah seorang daripada 2 permaisuri yang pernah memerintah China di zaman dahulu, sebanyak 182 jenis hidangan akan disediakan oleh tukang masak istana kepada Baginda Permaisuri. Dan daripada sejumlah makanan yang disediakan, kemungkinan cuma 2-3 makanan sahaja yang akan dijamah oleh permaisuri pelahap tersebut mengikut taste dan rasa anak tekak baginda. Yang lain tu tidak dibenarkan di makan oleh tukang masak mahupun gundik-gundik kerana makanan tersebut merupakan makanan di raja yang hanya boleh di makan oleh raja yang memerintah sahaja.


Kembali ke meja makan kami, ada lebih kurang 10 jenis hidangan yang disajikan setiap kali kami menjamu selera.Satu mangkuk sup tawar besar,satu pinggan daging ikan fillet yang digoreng rangup-->sedap, kobis masak sos tiram, capsicum dengan daging, entah apa ke jenis sayur lagi lah yang dihidangan, tapi mostly banyak sayur atas meja makan. Dan setiap masakan tu ada yang tawar, masin, manis, masam......semua rasa ada secara unik pada setiap satu masakan. Ini lah yang membezakan masakan orang Cina dengan orang kita. Tiada masakan lemak, tiada masakan yang manis dan masin pada setiap pinggan hidangan. Pada aku mungkin ini yang dikatakan diet seimbang dalam menu makanan sehari harian. Dari hari kedua aku di sana, aku cuma meratah sayur dan lauk yang disediakan. Tidak lah terlampau tipikal sangat hendak menikmati nasi setiap kali sampai masa makan asalkan perut beralas sudah memadai untuk mengelakkan cuaca sejuk di sana. Ada seorang makcik dan anak lelakinya dari Alor Star yang mengikut sama rombongan kami ini yang agak fussy bila tiba waktu makan. Dari makanan yang dibekalkan di dalam kapal terbang sehinggalah ke hidangan menu harian yang disediakan di restoran, makcik ni langsung tidak akan menjamah makanan tersebut. Atas prinsip apa makanan ini tidak disantap tidak lah aku ketahui tapi mereka dua beranak cuma akan menjamah nasi yang disediakan sahaja bersama serunding daging yang dibawa dari rumah.


Kalau aku, agak menjengkelkan apabila melawat ke sesebuah negara tetapi tidak merasa masakan tempatan yang halal di tempat tersebut kerana salah satu pengalaman yang akan kita perolehi apabila melawat ke negara orang ialah citarasa masakan dan makanan rakyat tempatan tersebut. Tidak la balik balik dengan masak lomak cili api.......


Sekarang musim sejuk di Beijing. Suhu yang diberitakan adalah sekitar -2 - 12 darjah Celcius. Tiupan angin pada waktu siang agak kuat menambahkan lagi kesejukan yang dah sedia sejuk ke keadaan beku.Sofea dipakaikan dengan 3 helai baju dan 2 helai baju sejuk tapi itu pun masih menggigil sejuk. Kesian dia, sejuk sangat sampai terketar ketar gigi. Kalau dulu masa di Philips Island, Melbourne, aku masukkan Sofea dalam baju sejuk, tapi kali ni aku sendiri pun tak blh tahan sejuk walaupun dah pakai 3 helai baju. Suhu tak la sampai ke takat beku tapi dek kerana angin yang sentiasa bertiup membuatkan keadaan menjadi seronok. Puas nya hati bila dapat balik ke bilik hotel sebab suhu bilik dah disetkan ke 28 darjah celcius. Baru lah lega boleh bukak baju sejuk yang berlapis lapis tu dan Sofea baru la dapat bertenang dari angin sejuk.


Hari ketiga kami melawat The Great Wall Of China.......memang sangat hebat. Binaan yang telah terbina sejak beribu ribu tahun dahulu sebahagian nya masih kukuh berdiri menunjukkan kehebatan binaan masa silam. Binaan yang memakan masa selama seribu tahun ini dan menganjur dari Barat ke Timur China sebagai benteng pertahanan daripada serangan tentera Kubhlai Khan dari Mongolia dibina sejauh kira kira 50km dari Forbidden City. Tujuan utamanya ialah untuk mengelakkan serangan secara terus tentera Kubhlai Khan ke atas Maharaja China ketika itu yang bersinggahsana di Kota Larangan. Aku cuma mendaki anak-anak tangga menuju ke Tower 6 yang terletak paling atas tapi tak berdaya lah....Anak tangganya ada yang tinggi, ada yang rendah, ada yang mendatar, ritma langkah mendaki ke atas seringkali terpesong apabila ketinggian anak tangga tidak sekata. Sesekali melihat ke bawah setelah tinggi mendaki terasa agak sayup kerana tangga -tangga yang dibina sangat curam mengikut kontur bukit di situ. Sakit peha mendaki anak tangga The Great Wall masih terasa sehingga kembali semula ke Malaysia. Kayuh basikal naik bukit Steroid pun tak azab naik tangga nih.....cissss.


Masa perjalanan banyak terbuang di dalam traffic jam di bandar Beijing. Beijing sebuah bandar yang sedang pesat membangun.Rapid development. Nilai hartanah di sini sangat tinggi. Harga tanah bagi keluasan 1m persegi ada yang mencecah sehingga 40,000 Yuen atau RM20,000. Dan ada rumah apartment yang harganya mencecah 4 juta Yuen atau RM2 juta. Gila mahai.....pada aku harga ini memang mahal sebab kalau di Malaysia, 2 juta dah boleh dapat banglo dengan keluasan yang tak terhingga tapi di sini cuma dapat apartment yang kecik saja. Jalan-jalan jangan dibandingkan dengan Malaysia kerana tidak terdapat jalan 2 lorong atau 3 lorong di sana. Kesemua jalan di sana aku kategorikan hiway 4 lorong, besar dan luas dan yang paling best sepanjang perjalanan aku di sana, samada melalui bandar atau pun lorong kecil, tidak ada satu pun jalan yang berlubang. Tak percaya, sila lawati Beijing jika anda tak percaya. Kalau pakai motosikal dengan fork rigid pun tak jadi masalah sebab jalanraya di sana tidak ada lubang.Jalannya diturap dengan cantik dan kemasan hitam pada jalan pun tidak pudar. Aku tak menolak kemungkinan faktor taburan hujan yang tinggi di negara khatulistiwa sebagai salah satu punca kerosakan jalanraya, tapi kalau di KL, mana ada tepi jalan yang tiada saluran air ataupun longkang. Seolah menunjukkan pihak yang bertanggungjawab tidak tahu menjaga kualiti kerja yang dipertanggungjawabkan kepada mereka...cukup 3-4 tahun kene tukar absorber kereta sebab dah tak sedap.


Dalam hati terasa jugak nak main snowball dengan Sofea tapi tak dapek doh, salju turun bulan dopan. Kalau salji dah turun bermakna tak blh dah nak berjalan sakan macam sekarang ni.Sejuk lagi menggila.


15 November, return flight dari Tianjin, yang terletak lebih kurang 2 jam perjalanan dari Beijing kerana kami menaiki AirAsia yang cuma mampu membayar tax airport Tianjin Binhai International Airport.

0 comments:

Post a Comment