Semuanya bermula pada Jumaat 2 April 2010 my birth date seawal jam 8 pagi apabila SMS telefon aku berbunyi....mesej dari Along Daud mengatakan kayuhan hujung minggu ini ialah di trail Nuang, Hulu Langat.Aku takde masalah....sebab dalam kepala dah terbayang jugak trail Kemensah Dam yang kalau mengikut kata himat Ken trailnya boleh dikayuh meleset. Tengaharinya Along Daud call pulak, katanye Nuang trail ditunda ke satu tarikh yang sesuai memandangkan dia telah diracun dengan racun Roundup supaya join ke Kemensah Dam.
Trail Kemensah menjadi trail perasmian Cobalt untuk memuaskan pemilik barunya. Pukul 3 pagi aku dah terjaga dari tidur sebab anak aku merengek ditambah pulak dengan suhu yang agak panas menyebabkan aku tak boleh lena semula. Dalam kepala dah terbayang trail Sofea Jane yang pernah aku masuk lapan bulan dulu, banyak pendakian di laluan yang berbatu dan terdapat lopak laluan air yang menyebabkan trailnya agak sukar untuk didaki tapi tiada masalah takut untuk dituruni.....
Disebabkan aku terlena pukul 530 pagi, nyaris aku terlepas perkosa trail Kemensah ni sebab terjaga pukul 710 pagi. Pukul 8 semua rider dah takung di Shell Station di MRR2. Tepat jam 846pagi tayar mula bergolek. Along Daud, Mus, Bro Lok dan Bro Wan Ganu menunggu rombongan Cik Kiah ni di chalet Jinbara. Rider yang berkumpul di Shell ada dalam 22 orang. Ada yang aku kenal, ada yang baru kenal dan ada yang tak kenal.Kemeriahan kayuhan pagi Ahad ni agak ketara kerana pelbagai kumpulan dan kelab akan berkayuh bersama memperkosa trail Kemensah Dam...
Permulaan trail sudah menjanjikan penat apabila offroad dimulakan dengan pendakian yang mencabar. Disebabkan aku baru menukar tayar ke spesis TT Larsen 2.0 untuk tujuan trail kering dan sedikit basah, kayuhan mendaki di laluan bukit berpasir menyebabkan tayar aku over-spinned. Mungkin juga tenaga berlebihan digunakan semasa mengayuh atau kayuhan aku makin mantap,yang menyebabkan akhirnya aku menolak jugak di bukit permulaan ini....Bro Lok pulak awal2 lagi sudah wheelie di bukit pertama pendakian ini disebabkan Specialized S-Works XTR nya yang terlalu ringan menyebabkan Bro Lok tak mampu mengawal jentera ringannya itu lantas wheelie ala-ala nangka busuk...hehhehe....gurau je Latok Lok...
CP1 dinobatkan di kawasan kolam ikan yang menyajikan suasana tenang dan damai selepas penat mendaki.Semua rider kelihatan duduk bersembang sambil bergurau manja dengan lawak-lawak hutan ketika aksi pra-pemanasan (warm up) sebelum menerjah bukit yang lebih tinggi dan tidak larat hendak didaki.
Ramai rider yang tewas di laluan downhill ini kerana keadaan trail yang sedikit lembab dan berlecah ditambah pulak dengan halangan semulajadi dari akar pokok yang tersembul keluar dari tanah melengkapkan lagi pengalaman teknikal rider rider pagi ini. Ada yang terjatuh cara terhormat dan ada juga yang jatuh himpap dahan pokok....patah dahan pokok tu katanya.....

Sampai hujung trail ni, aku pun melepak lagi menghilangkan penat downhill celah akar pokok getah. Penat mengelak akar pokok yg tertonjol keluar dari tanah. Dalam kepala aku, melepak tepi sungai ni boleh la keluarkan biskut cokelat aku sambil minum Revive dalam water bladder aku ni. Baru tengah gelak-gelak bercerite dengan Along Daud aku tengok sorang sorang dah mula mendaki tebing sebelah tempat melepak ni..Eh apahal ni, takkan laju sangat macam nak kejar cut-off time je...rileks la, bukan leisure trip ke ni....atau mmg yang lain sumer power giler, dan aku yang dibelakang just a trip spoiler.....so tak jadi la nak menikmati kesejukan air sungai ni.mungkin minggu depan kene turun Nuang jugak sebab dah gian nak main air sungai...adoooaaiiii....jang oh jang...apo kono eh jang.

Aku taknak kayuh menyeksa badan. Jadi kayuhan aku mengikut rentak aku tersendiri.Yang kuat akan di depan dan yang maintain slow tetap di belakang.Still sweating jugak...abis kayuh,mendaki pulak, tak larat mendaki aku tolak.Nak tolak pun tak larat aku berhenti ambil angin kendian sambung kayuh....hahaha.Kayuh kayuh kayuh sampai la satu bukit yang keliling banyak lalang, ada sebatang pokok rendang, dibawahnya kelihatan seorang pengayuh pancit memakai baju merah sambil memegang kamera. Satu persatu rider yang melintas akan di snap gambar. Banyak jasa pengayuh panncit ini. Bersempena itu, check point keramat ini diberi nama CP Pancit...(wakakaka)....dari aku yg mula2 lepak ngan Achik sampai la last rider, sume kitorang psycho supaya joint kitorang lepak skali....sambil-sambil tu ada yg keluarkan 'power stick' memasing, ada yg offer air, ada yang nak bagi 'teh o panas'...(you're jerk)....dan aku membuka biskut cokelat aku....perghhh....heaven rasanya melepak kat sini....rasa nak tido pun ada....
Tak jauh dari CP Pancit ni,dengan pendakian yang santai, sampai jugak aku di last CP. Second peak, port yang ada kerusi panjang bersalut kulit dan bendera negara terchenta. Ramai sudah yang menunggu di sini.Apa nak buat geng, ada yang dah terlampau penat.Kena temankan jugak. Salah satu sebab aku tunggu jugak member yang kepenatan ni ialah kerana pengalaman masa lampau yang mengajar aku semangat setiakawan. Apabila member dah kepenatan, rider lain sume dah jauh ke depan, ride sorang-sorang akan menyebabkan member yang penat ni hilang semua semangat yang ada. Teringat aku masa mula-mula kayuh dulu, nasib baik ada Ken yang sentiasa menemani aku walaupun aku tau dia tension sbb kene tunggu. Tapi skang Ken dah tak blh tunggu sebab dia makin laju dan aku tetap slow....hehehe...sebab aku malas nak kayuh selalu.... tapi aku tak nak la member ni ingat dia jadi spoiler pada hari tersebut, tetapi aku nak dia tau kitorang takkan tinggalkan mana2 rider yg tak larat sorang2 dalam hutan ni....member ni managed to finish, tahniah bro.walaupun dia selalu main roadie jer, tapi penangan offroad lagi menggila......keep work out and practise, lu mesti success!
0 comments:
Post a Comment