Tidak puas menyeksakan diri setiap hujung minggu di trail FRIM, Kemensah,PCP ataupun trail-trail yang biasa ditakluki, kayuhan offroad pada Ahad lalu memilih trail Gunung Nuang sebagai sasaran untuk melempiaskan nafsu dan ketagihan offroad yang telah dipendam sejak seminggu yang lalu. Pemilihan laluan kali ini telah di setkan sejak dua minggu yang lalu oleh Along tetapi disebabkan ingin menikmati kehijauan Kemensah pada minggu lalu, trail ke Nuang ditangguh ke minggu hadapannya.
6 orang pengayuh 'pancit' yang selalu kayuh bersama sama ada dalam suka atau duka..
Aku suka trip macam ni! Ini yang aku buat sejak dari tingkatan 2. Sentiasa ingin menikmati 'hijau yang asli'....sentiasa dekat dengan sungai, dengar bunyi unggas, tenang dan damai....sehingga last skali aku tracking dalam hutan, kalau tak silap masa tahun 3 di UTM berkelah di Air Terjun Berkelah, Pahang..lepas tu, commitment untuk berkhemah dan melayan tracking hutan semakin pudar dan hilang apabila komitment kerja dan kerja dan keluarga mengambil alih masa dan ruang tracking. Ditambah pula dengan kesibukan dan tiada lagi rakan2 tracking yang berminat untuk meneruskan aktiviti ini sehingga aku ditemukan dengan MTB. MTB membawa diri aku balik kepada nature yang sentiasa mendamaikan.........bengang aku kalau masuk trail ada sungai dan tak mandi kat sungai tu....dah la skali skala je jumpa sungai yg masih dara, takkan nak lepaskan peluang yang jarang dapat, dah tu takde orang plak kat tempat tu....adoiiii ruginye...!
Kayuhan naik ke Nuang mula pukul 930 pagi. Mendaftar nama kat ranger yang menunggu di pondok ranger dan bayar seringgit, kami dibenarkan kayuh ke atas. Mengikut firasat sesat Along, trail Nuang yang boleh dikayuh ada dalam 6km+-. Permulaan kayuhan sehingga ke 5 kilometer terakhir semuanya disajikan dengan pendakian yang agak curam dan seram ditambah penyedap perisa mendaki di kawasan rock garden.Peluh mencurah memang dahsyat...air dalam water bladder cuma 1.5 liter saje.Berjimat cermat la minum air Revive ni kalau tak sampai atas kang dehydrated.Buat masalah jer kat kawan-kawan.Muz, Ab Zam, Payed dan Along dah laju ke depan merogol bukit bukit yang seksi..aku tak larat nak jadi perogol macam derang sebab aku tgk bukit bukit sangat seksa...korang kayuh la dulu....pelan pelan aku ngan Ken kayuh kejar derang ikut pace aku sendiri.
First CP Second CP
1st checkpoint, 2nd checkpoint, 3rd check point, 4th checkpoint sumer dah lemau...last 1 km disajikan dengan downhill sedikit sebelum climb bukit pacak...tewas! berhenti ambik angin kat bawah pokok buluh...zasss zasss zasss....siot betul, satu group rider tengah layan turun downhill...bapak laju giler...mungkin diorang lupa kat bawah tu ada rock garden yg agak bahaya...salah lipat memang terjungkang....aku yang telah climbing ni beriya ria kayuh dalam gear paling ringan berbulu je tgk derang dah turun..takpe, kejap lagi turn aku pulak..kejap lagi tau la aku camne rasa pukulan downhill ni....nampak teruja sebab aku nak climb ni pun separuh giler mental aku......nasib baik dari bawah sampai ler ke checkpoint ke 5 semua kanopi. Redup je berkayuh. So rintangan panas mentari dah dikurangkan.Menghadapi rintangan berbukit ni jer yang perlu diselesaikan.....
Cantik dan redup
Alhamdulilah...selepas sejam setengah berkayuh, 4 checkpoint dan yang kelima klimaksnya, sampai juga di kawasan sungai. Tak buang masa, tak banyak cakap, buka baju, buka seluar, buka kasut....kecebussssss...masuk dalam air dulu...buat kuak lentang 2 round, terjun tiruk 1 kali then buka mee hoon goreng....marvelloussssssssss.....satu quote pernah aku dengar dulu, "dalam hutan takde benda yang tak sedap, bagi la apa makanan pun akan jadi sedap". Aku sokong quote ni sbb aku dah masuk hutan byk kali dan terbukti kalau makan nasik jelatah dengar bawang goreng letak kicap pun SODAPPP....no doubt!
Tepat jam 1215tghari, pakai baju,seluar ngan kasut balik. Ready untuk layan downhill pulak...memasing dah tak sabar je nak turun.....Payed kene hati-hati sebab dia tertinggal helmetnya. Mungkin takut terlewat dan kalut mencari barang MTB sampai terlupa helmetnya....janji ko pandai pandai dah la bro. Tu dia, turun downhill masing2 berdesup laju. Yang pakai fulsus semua pakai fulsus kecuali Muz tak hengat dunia turun macam torpedo lajunye...adussss layan nyeeeee.....aku terbayang jap...........sampai pondok, kami berhenti tunggu yang lain.Brek Payed pulak buat hal.Brek belakang lansung tak lekat...sudah! Depan ni ada lagi downhill yang seksi yang terpaksa dirogol lagi..tak blh tak, mesti 'rogol' jugak...hehehe.Takpe aku ride belakang Payed, dia kata dia ride slow ja, tu pasal aku pun ingat nak ride slow sebab sloop kat bawah tu agak curam, laluan berpasir kendian ada switchback lagi....bahaya tu..Skali cucuk punya cucuk Payed, laju cam harem mamat ni turun.Siot je. Nasib selamat sampai bawah tanpa ada kecelakaan.....
Kesimpulannya, trail Nuang mmg bagus untuk senaman jantung. Downhill nye pun agak ekstrem.Keseluruhan kayuhan redup dan boleh dikayuh kecuali di satu atau dua tempat yang tak blh dikayuh sebab terlalu banyak batu yang longgar. Suasana damai air terjun yang pasti memberikan kepuasan kepada rider yang kepenatan selepas melakukan pendakian.
So, take the opportunity, bring your bike and cadence here. Dont forget some snack before you take off from 7 Eleven.Enjoy the climb and so do the downhill.Short trail, about 14km returned.
1 comments:
15/4/10 19:05
6 Jahanam! muahahaaa
Post a Comment