----------------------------------------------------------------------------------------------
Penat nook kayuh Epic kat atas jalan....
Untuk sesi keliwon nite ride yang dikepalai oleh Abg Mat Merida semlm, aku berkayuh menggunakan Epic merah, satu satu nye basikal yang ready to go memandangkan frame Gergasi Putih belum siap di customkan...(duit tak cukup nak lengkapkan lagi basikal tu)...dengan keadaan basikal yang aku rasa dah agak sempurna, telah dibasuh selepas kayuhan di PCP pada Selasa lepas, minyak rantai semua cukup, tetapi malangnya angin tayar telah dikurangkan sedikit untuk kesesuaian melayan trail PCP yg liar.
Sangkaan aku keadaan basikal ini cukup sempurna untuk kayuh berkayuh santai meleset 100%. Permulaan kayuhan bermula dengan pendakian jalan Putrajaya menghala ke Kajang melalui laluan berbukit Kg Tengah Sg Merab dan Kg Sg Merab. Pendakian yang biasanya boleh dikayuh santai sebelum ini menjadi satu medan membunuh diri akibat keadaan tayar basikal yang dikatakan oleh rakan-rakan terlampau melekat di jalan. Bunyi deruman Kenda umpama Land Rover Angkatan Tentera Malaysia dipacu laju di lebuhraya....nasib baik rakan-rakan basikal berhenti di depan Coffee Village sementara menunggu rakan kayuhan dari Ulu Langat sampai untuk berkayuh bersama.
Laluan mendaki dan munurun bukit masih jauh terbentang di hadapan. Penulis sedikit demoralise dengan keadaan Epic ini. Mungkinkah frame gemetry Epic tidak sesuai untuk dibawa atas jalan tar? Aku tertanya-tanye....atau mungkinkah disebabkan penggunaan tayar yang tidak sesuai menyebabkan kayuhan aku spoiled......adussssss......
Sampai di laluan Teras Jernang, rakan-rakan kayuhan Along, GT Nik dan Haitsan SPM Holder sudi menemani aku sehingga ke Shell di Seksyen 5 selepas melalui laluan lama Bangi ke UKM. Semua rakan kayuhan sudah jauh memacu gerek masing-masing di hadapan meninggalkan kami jauh di belakang. Keadaan basikal yang agak berat menyebabkan aku cuba berkayuh dengan lebih laju supaya dapat bersama kelompok dihadapan. Akibatnya, paha aku hampir kejang yang memaksa rakan kayuhan berehat seketika di depan stesyen bas Kajang buat sementara sehingga aku rasa paha aku sedikit lega. Kayuhan diteruskan sehingga ke Shell Seksyen 5 sebelum berkumpul dan bergambar beramai-ramai. Sorry nook's spoiled korang nye rythem......
Dari Shell ini, kayuhan diteruskan menghala ke UNITEN sebelum masuk ke Kg Datok Abu Bakar Baginda. Dr Shell ini, Haitsan yang kasihan melihat aku kayuh Epic mempelawa aku kayuh fixie nya.....mmg macam harem, rileks gila menunggang fixie.....lansung tak berpeluh. Sampai di depan UNITEN, ku lihat Haitsan telah bermandi peluh gila babi.....mencurah curah......aku yang sedikit alpa meninggalkan Haitsan di belakang membawa bersama air di basikalnya.....kesian Haitsan kayuh takde air......Di kawasan Pusat Latihan Public Bank Haitsan semakin tidak bermaya mengayuh Epic lalu bertukar kepada Along yang sememangnya power. Naik Fraser Hill boleh pakai full-sus....respect....sehingga la ke tempat RV, aku masih lagi santai dengan fixie Haitsan, Haitsan santai dengan Fuji Along dan Along 'santai' dengan Epic aku......
Akibat daripada over propel Epic ni, malam tadi aku makan sepinggan nasi goreng cendawan, setin Revive,secawan Nescafe tarik dan seset roti bakar.....kering terus tenaga aku....Next ride, aku kayuh offroad je sampai la ada modal nak setup balik Giant kepada rodie spec...
*pic courtesy from haitsanspmholder.blogspot.com
1 comments:
16/3/10 22:25
mula2 bwk tunjuk macho.... lama2 aku bawak makin hancur.... muahahahaaa... brek sudah ok kah?
Post a Comment