"It's a quote that everyone try to understand..."

Eksident....biasa la....

Sunday, April 18, 2010


Jika diikutkan perancangan kayuhan yang asal, minggu ini Bukit Broga akan dilawati. Disebabkan tiada di kalangan rider yang tau detail trail Broga, maka plan asal terpaksa ditukar. Kata sepakat memutuskan untuk kayuh santai dan mengusha trail FRIM dilakukan memandangkan kayuhan 25 tahun FRIM akan diadakan pada 6.6.2010 nanti. SMS dihantar dan berbalas. Ada yang tak dapat join sebab outstation, ada yang nak kayuh road, ada yang pergi hash di Rawang dan ada jugak yang kene banned dengan B1N1....ape ape je lah.Siapa yang nak join kayuh kita kayuh sama-sama. Sapa yang pancit tak akan ditinggalkan. Sapa kayuh laju dia kena tinggal.

Pukul 630 pagi aku dah terjaga sebab sakit perut. Menung kejap kat tandas,mandi manda, pakai kain sarung..oppsss bukan nak tido balik tapi nak mengadap Dia waktu subuh ni....cium baby Sofea then amik basikal.....aku shoot terus ke FRIM. Berapa rider yang join pagi ni tak tau lagi sebab takde yg reply mesej semlm. Mungkin yang pegi takkan reply kot sbb yg reply semuanya tak pegi..... Pukul 745 pagi aku dah check-in kat pondok entrance FRIM ni menghala terus ke parking air terjun mencari nasi lemak yang along kata 'power'. Order nasi lemak sepinggan ngan teh O secawan, Haitsan muncul dengan Dawg atas bumbung Saga hitam kesayangan dia...orait, minum pagi ada geng. Kemudian Firdaus DUKE pun sampai diikuti Muz dan kawan Firdaus (tak ingat nama tapi komando). Nampak pulak geng Langat Abg Omar, Abg Rosli, Syam dengan Abg Nizam ....eh ramai jugak yang ada pagi ni. Kemudian Hirman sampai dicucuk belakang Along,Z dan Fat....kire kire ada la 14 orang rider pagi ni. Okla tu, meriah jugak pagi Ahad yang mendung kat dalam hutan FRIM tu karang. Last but not least, Dom pun ada (member Z).Org baru yg bersemangat kental ikut kitorang kayuh.

Aku nyer nasik lemak ada telur mata, Haitsan pun sama. Muz siap ada kerang manakala Z paling melampau, ayam masak merah. Mamat ni karang ada ayam keluar ikut hidung masa daki Steroid ni kang....belasah makan tak ingat pulak pagi-pagi ni. Sebelum Along sampai, saje aku call Along mengusik dia...Aku cakap nasi lemak akak dah nak abis...."Ko biar betul, takkan dah nak abih pagi lagi ni...."kata Along panik takut tak dapat mencekik nasik lemak. Macam mana pun, aku rasa ok jugak la nasi lemak ni.Boleh tahan sedapnya...yang buat lagi sedap bila air dari pokok yang melindungi meja kitorang makan ni masuk dalam pinggan ngan cawan....pelaris semulajadi.

Jam Blackberry aku dah tunjuk 838am. Masuk toilet dulu kasi ringan kan badan sikit. Prepare basikal dan apa yang patut.Adjust skit stem sebab dah longgar skrunya, refill air dalam water bladder, kunci pintu kereta dan tunggu yang lain selesai.


Semua rider ready, pukul 9 lebih kurang pengembaraan bermula. Hala tuju pertama ke laluan biasa, Dream Trail di kepalai oleh Haitsan yang menunggang Dawg berbuai nya....hahaha.Semua rider tegar memecut ke trail head. Kelihatan Hirman yang telah 2 bulan  tidak kayuh basikal pancit dan kepenatan. Begitu juga dengan Haitsan yang sedikit lama jugak tidak kayuh sebab baru dapat baby 'pelomba' baru.



Penerokaan single trail hari ini agak mencabar dan merbahaya kerana keadaan trail yang basah dan lembap. Akar kayu yang tertonjol keluar dari tanah menambahkan kesengsaraan rider melepasi trail ini. Satu insiden/stunt telah berlaku di laluan berbatu di mana kebanyakkan rider perlu menolak basikal melepasi batu di kawasan yang agak mendaki. Abg Rosli yang telah menarik lever brek belakang tidak dapat kawal Jamisnya apabila Jamis yang telah berhenti wheelie dan menghumban Abg Rosli ke dlm gaung. Aku yang tengah ambik gambar dari atas bukit tidak mampu nak buat apa-apa melainkan terus memetik button kamera merakamkan moment yang jarang dapat disaksikan live ........nasib juga Abg Rosli tak injured.


Selepas memastikan keadaan rider dan basikalnya okey, kayuhan diteruskan menghala ke downhill yang dinantikan.Aku hampir hampir tersembam bila turun dari switchback pertama tayar depan Epic tidak dapat mengelak akar pokok di trail menyebabkan Epic hampir terbabas. Tindakan pantas menurunkan kaki kiri menyelamatkan keadaan daripada menjadi perkara yang tidak diingini.




Memasuki Rover Trail, semua rider memecut ke penghujung Rover sebelum memulakan kayuhan ke Steroid Hill.





Seterusnya pendaki yang memerlukan tenaga batin yang kuat sebelum dapat inzal yang sepenuhnya....Steroid Hill.


Kenikmatan kayuhan dirasai apabila mula descending dari Steroid Hill menuju terus ke kantin untuk mengisi semula tenaga dan air yang dah banyak digunakan. Lebih kurang pukul 12 lebih kayuhan FRIM pada minggu ini tamat.


2 comments:

Haitsan Says:
19/4/10 23:14

seronok juga pemandangan dari atas steroid kan? hahaa.. dari bawah lagi seronok...

Shahrul Kaylah Says:
20/4/10 08:00

Apa barang tak cungap duduk kat bawah.....

Post a Comment