"It's a quote that everyone try to understand..."

'Gergasi' XTC 2009

Saturday, April 10, 2010




Setup Mr Giant kali cukup memuaskan hati apabila memberikan persembahan yang terbaik sejak memilikinya pada bulan Ogos 2009 yang lalu.Malam 9hb Apr 2010 merupakan malam acara kayuhan Keliwon Nite Ride yang diadakan di Presint Diplomatik Putrajaya untuk mengumpul peminat tegar basikal dalam acara kayuhan beramai-ramai. Laluan pilihan kali ini ialah Presint Diplomatik menghala ke Kg Limau Manis seterusnya menuju ke arah UKM melalui jalan Bangi Lama. Dari pintu masuk UKM menghala ke arah Seksyen 1 B.B.Bangi dan berhenti rehat sambil mengisi bekalan air di Shell Seksyen 1. Dari sini kayuhan bersambung ke arah Putrajaya mengikuti laluan Kg Datuk Abu Bakar Baginda, Bangi dan sampai di Presint Diplomatik semula.

Apa yang ingin dikongsi bersama pembaca blog ini (ada pembaca ke blog ni) ialah kadar kayuhan prestasi yang semakin memberansangkan samada dari sudut penunggang basikal dan juga spesifikasi basikal yang digunakan. Aku masih teruja dengan setup Giant ini kerana pada peringkat permulaan kayuh selepas disetup semula, aku merasakan basikal Giant ini sudah tidak mampu menepati piawaian standard aku untuk mengayuhnya. Jika sebelum ini perlu dirasakan untuk menukar saddle dan seatpost beserta stem, hajat aku tu terkandas. Terkandas kerana sebelum kayuhan Keliwon bermula, aku telah membetulkan kedudukan saddle dan tahap ketinggian seatpost agar bersesuaian dengan fizikal diri sendiri. 
Jika sebelum ni Giant dirasakan seperti banyak benda yang perlu ditambahbaik, tetapi terbukti pada malam ini sangkaan dan bisikan syaitan yang direjam itu meleset. Kayuhan masih dapat diteruskan dengan kedudukan punggong terasa selesa dengan saddle yang di 'swap' dari basikal Epic. Begitu juga handlebar dan grip baru telah diganti untuk menambahkan lagi keselesaan penulis 'enjoy' sukan MTB ini.Begitu juga dengan tayar, daripada KENDA---whatsoever called---dengan tayar berat yang selalu mendatangkan masalah kepada penulis telah ditukarganti dengan Kenda Kozmik Lite II seberat 309g sahaja.


Lain-lain part yang telah ditukar ialah seperti crank menggunakan XT,RD menggunakan XT, casette XT,rantai XT dan shifter XT. Brek, fork dan frame masih menggunakan set yang lama pada basikal ini yang telah dipasang sebelumnya.
Kayuhan pada malam ini secara peribadi dirasakan satu kayuhan yang enjoy. Ini kerana penulis berjaya mengemudi dan mengendalikan Giant dengan berkesan walaupun telah meninggalkan arena roadie untuk jangkamasa 2 bulan jika tak silap. Dalam masa 2 bulan tu aku cuma kayuh offroad hujung minggu saja.Laluan berbukit yang satu ketika dulu menjadi penghalang kepada rentak kayuhan sebelum ini dalam keadaan malang apabila aku berjaya memperkosanya sambil berdiri...(kene ada skill dan pendedahan baru tak penat daki bukit tu).Penulis sangka cuma satu atau dua bukit di permulaan kayuhan sahaja yang dapat diperkosa dengan rakus (awal kayuhan angin banyak lagi) tapi boleh dikatakan semua bukit dikayuh dengan gembira......



[Semua ini bersebab dan sebab utamanya ialah semangat, keazaman mental yang kukuh danperasaan 'mahu' membuat menjadikan penulis semakin berani menentang cabaran yang telah tersedia] - ayat ni aku tulis dalam keadaan separuh sedar sebab jam pada waktu ni pukul 4.03 pagi. Ayat skema orang mengantuk tapi tersalah tarik komputer, patut tarik bantal.------

Antara setting yang aku telah buat ialah:



1-Seatpost level diadjust ke paras yang bersesuai.
2-Jarak antara saddle dan handlebar diadjust ke kedudukan yang selesa dengan fizikal     
   dan geometri rider
3-Lock fork.
4-Gear usage yang bersesuaian
5-Basikal yang semakin ringan-----bonus!
6-Terserah kepada kudrat rider masing-masing.

Jadi, kesimpulannya ada kemajuan dalam kayuhan dan skil kayuhan hasil dari membaca buku mountain bike.



0 comments:

Post a Comment