"It's a quote that everyone try to understand..."

0 Bukit Jalil-KLCC nite ride

Tuesday, November 17, 2009



Planning to tour Kuala Lumpur City Centre by nite executed on last Wednesday 11 Nov. A group of 7 riders; Nik, Yeti, Chief, David, Rostan, Shahrin and myself were the participant for this week. Pedalling commenced from Bukit Jalil junction into MEX Highway proceed to Jalan Tun Razak exit with road elevation between 20-45meter. Its quite exciting and boosting tour because MEX Hiway elevation made my heart pumping crazily due to the tyre that I am using. Currently I am using the Kenda 2.1 offroad tyre while cycling on the road. But due to this reason, I can say I'm satisfied with my performance as this tyre helped to improve my cadence.





From Jln Tun Razak, we enter Jalan Bukit  Bintang straight to The Pavillion. Chief tyre puntured somewhere in Jalan Tun Razak and made the changes here while being watched by the road users cought in traffic jam. Its fascinating when you can ride in the middle of Golden Triangle by bicycle and do cilok between cars cought in traffic jam.....walllaaa adios amigos braders......









After that, we proceed to Jalan Sultan Ismail heading to steambot hawker in front of Zouk. We had a break. Some of us having the steambot while 2 of us skodeng gals going in and coming out from the club...nice view!












From Zouk, we proceed our journey back to Bukit Jalil via Dataran Merdeka, head up to Jalan Bangsar toward Jalan Klang Lama and reached Bukit Jalil back. Total distance we got that nite was 33.37km. Our ride complete at 1230am.




0 Re: test lagi

Monday, November 16, 2009
This summary is not available. Please click here to view the post.

0 Fallin' Day at FRIM

Apalah nasib, orang pakai klip masa kayuh basikal, aku pun nak pakai jugak.Bila orang kayuh laju pakai klip, aku pun blh cucuk belakang derang jugak.Maknanye bagus la pakai klip.Boleh bantu kuatkan momentum kayuhan. Tapi yang kontra nye bila pakai klip ni, kalau terlupa yang kaki tu melekat kat pedal, punah dan haru biru jadinya. Boleh jatuh gaya baby baru belajar bertatih.....eeeeekkkkkk boommmm.Dah terbaring kat tanah sambil kene himpap ngan basikal......adui la haiiiii...klip klip.....Semalam masa kayuh kat FRIM, belum masuk trail lagi aku dah jatuh dengan penuh hormat...nasib baik bukan kat area public...kalau tak  buat tebal muka. Lepas tu masa dah naik Steroid Hill, nak masuk corner belah kanan, jatuh lagi skali. Tapi jatuhan kedua tu dah agak berhati hati sebab klip kaki kiri dah released.Budget kalau nak berenti nanti turun kaki kiri dulu....skali dia nak jatuh belah kanan daaa......berdarah lagi lutut aku ni.

Overall kayuhan di FRIM:





1] Trek offroad yang mantap....agar sukar tapi masih boleh dikayuh lagi. Memerlukan stamina yang so-so.....sesuai untuk beginner practise.



          


                                      



2]Laluan awal kayuhan lebih kepada santai dengan keadaan single track di tepi gaung. Perlu berhati-hati kerana akar pokok timbul berselirat di atas track. 











3] Di mana ada kemahuan,, di situ ada jalan.....jalan dah tutup camni, angkat la basikal masing-masing. Laluan rover dengan keadaan jalan gravel menambah lagi seri track FRIM ni. Kalau kederat ada, boleh kayuh laju-laju....

4] Mula masuki laluan trail seterusnya menuju ke kedai kopi dekat Hospital Kusta Sg Buloh untuk pekena teh misai kucing yang sangat diminati Khairul Yeti. Laluan gravel telah bertukar menjadi laluan tanah merah. Kepastian yang pasti ialah basikal anda akan bertukar warna.







5] Sebelum meneruskan perjalanan ke kedai kopi, singgah dulu di Steroid Hill. Pendakian yang tak seberapa tinggi tetapi laluan yang menjulur panjang memeritkan paru-paru mengepam oksigen ke otak. Mental kene kuat baru lepas kayuh. Aku menolak 1/4 bukit ni tapi berupaya juga kayuh sampai ke hill top untuk meneruskan agenda downhill yang dinanti nantikan oleh setiap rider.MANTAP........ Cotodor Sharin sempat membuat aksi superman depan aku ketika hampir sampai ke  
penamat......nasib baik ko tak injured Bro!


6] Selesai enjoy di Steroid Hill, proceed to Sg Buloh. Layan downhill lagi tapi kali ni keadaan track basah. Terdapat laluan air di tengan trail yang memerlukan rider lebih berwaspada tambahan pula daun kering berlonggok di tengah trail melembapkan lagi keadaan jalan. Apakan daya, walaupun telah 99% berwaspada, Khairul Yeti telah menjadi mangsa lubang ajaib laluan air. Masalah nya hari ni rider yang jatuh teruk semuanya jatuh depan aku.......WTF man.......nasib baik Deore 2010 aku memberikan respons unggul dengan cengkaman ala-ala ABS.Kalau tak dengan aku skali bikin rim 8.




7] So kayuhan ke kedai teh misai kucing dibatalkan. Perjalanan ke kedai mamak di FRIM diteruskan untuk mengisi perut yang sedang kebuluruan. Perjalanan balik melalui trail apa aku tak hingat, pun layan. Sehingga sampai ke tarmac seterusnya, kami layan downhill lagi. Kelajuan yang direkodkan mencecah 47km/h. Laju siot.....XCR aku memainkan peranannya di sini.....






8] Destinasi penamat-----------------------------> waterfall.......body massage.Ride tamat lebih kurang pukul 1 petang.












0 1 2 4 TriAL

Friday, November 13, 2009
I am trying to fuck around with this new template but its kind a stubborn things to follow my order. do excuse me a while until I get the solution. I thought I already lost my programming skills using my 10 magic fingers but that is not true.....I still understood the parameter. But this XML really make me tired....I got to leave it as it is now because this fuckong sentences make me feel like I am doing my final semester tesis.....I hate it!

0 Memancing Di Kelong Paradise,BNO


When the sun set, the stars shower start.

Setiap minggu jantung aku ni bekerja keras pam darah seluruh badan bila kayuh basikal. Kekadang terasa penat pulak nak berkayuh, tapi tak dinafikan gian kayuh akan muncul bila dah lama tak kayuh. Kali ni gian mancing pulak datang. Minggu ni aku dengan sepupu aku pergi melepaskan gian di Kelong Paradise, Sabak Bernam. Perancangan dah diatur rapi sebulan yang lalu dengan geng-geng sekolah sepupu aku ni.

Actually geng sekolah sepupu aku ni pun geng sekolah aku jugak. Semua old boys teknik Ipoh tahun 87-88. Aku pulak old boys tahun 97-98. Gap umur aku dengan sepupu aku ni 10 tahun. So kirenye aku pergi mancing kali ni dengan super duper senior aku la.Gambar sebelah ni  la Old Boys SMT Persiaran Brash, Ipoh. Yang baju biru Kamal, sepupu aku, baju putih aku tak ingat namanye...officer di MBSA,baju hijo  Yusli, kontraktor, baju hitam tu pun aku tak ingat namanye, last but not least, yang pakai topi koboi dok tengah laut, Aku...panaih gila tu pasai suka pakai topi koboi bila pi mancing.






Hehehe......wak misai dah naik.Tangkapan pertama naik dengan berat dalam 900gram. Takde hal, sembilang pun sembilang la.Buat kari pun sodap......







Kamal, bersyukur la dengan rezeki yang ko dpt kali ni. Ni kalau kene goreng ni dah tinggal besar kuku je ni....hahahaha.Takpe, masuk kan je dalam ice chest...bawak balik tunjuk kat anak.






Ingat bila mlm ada la jenahak sambar mata kail aku, rupanye wak misai jugak yg nak makan...takpe,aku masukkan jugak dalam ice chest.Biar Sofea tengok ikan yang bapak dia tangkap.




Penat ah tunggu ikan tak nak mkn, aku pun pegi  makan...pastu tido. Sedap betul tido tengah laut ni.Sejuk sampai ke tulang sum-sum. Kene pulak angin sepoi-sepoi tiup ke muka....adusssss....pastu mimpi antu air kacau.....awakaka padan muka aku. Pastu aku masuk dlm tido kat depan tv sebab ari ujan.


Masa tengah tunggu bot nak balik, baru la air cantik sampai. Time ni la pulak ikan bawal pisang ni main kat depan kitorang.Kamal pun tak blh tahan. Joran yang dah dibungkus rapi dibuka semula semata-mata nak tackle bawal ni. Alhamdulillah dapat jugak sekor. Aku tumpang bergambor je.....Credit to Kamal.Sebelum balik ice chest ada banyak air 100Plus daripada ikan.Sampi rumah ice chest penuh dengan sotong, ketam dan  udang......hehehe.....terror tak aku gi mancing.

0 Seruan Haji


Seruan Haji


“Panggilan haji,
Telahpun bermula,
Menunaikan ibadah,
Ke Baitullah”.

                                             
Itulah di antara bait-bait lagu seruan haji yang didendangkan oleh kumpulan Rabbani ( tak silap saya). Pada masa ini, musim haji untuk tahun 1430 sudah hampir untuk bermula. Terasa keseronokan, ketenangan dan kedamaian ketika berada di Tanah Haram yang lalu menjelma semula. Ketika melaungkan talbiah mengikut siaran televisyen, hati terasa sangat sedih. Tiba-tiba perasaan sebak mula meruntum dalam dada. Mungkin keberkatan dan kebesaran Ilahi membuatkan hamba-Nya dahagakan ketenangan yang hanya boleh diperolehi di rumah-Nya, Masjidil Haram. Ya Allah, jemputlah aku lagi ke Masjidil Haram Mu.Amin.
                
Ahad lalu, 8 Nov 09, lebih kurang jam 11 malam , kedua ibu dan bapa yang tersayang telah diiring ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya untuk menunggu penerbangan ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan rukun Islan yang kelima. Alhamdulillah, antara doa yang dipanjatkan di depan Multazam semasa mengerjakan umrah dahulu didengar dan dimakbulkan Allah s.w.t. Walaupun surat pengesahan daripada Tabung Haji sampai 3 hari sebelum penerbangan,, Alhamdulillah persiapan awal kedua ibu bapaku mengurangkan tekanan untuk berangkat ke Tanah Suci. Itulah antara dugaan awal yang perlu dihadapi oleh hamba-Nya sebelum berangkat ke Tanah Suci. Jika dari awal umat-Nya gagal menghayati dan menghadapi dengan sabar dugaan yang diturunkan, apalah agaknya yang akan terjadi kepada diri mereka apabila tiba di Tanah Haram kelak. Seribu satu dugaan yang kekadang tidak dapat diatasi oleh logic akal boleh berlaku dengan kehendak-Nya. Oleh itu, sentiasa bersabar, bertaubat dan berzikir untuk membersihkan jiwa yang penuh dengan dosa ini.
                                    
Alhamdulillah, kedua ibu bapaku selamat mendarat di Jeddah pada Isnin, jam 8++ malam ( waktu Malaysia). Mereka juga telah selesai mengerjakan umrah dan sedang menanti bermula nya musim haji yang akan datang dalam masa lebih kurang 2 minggu sahaja lagi.  Didoakan semoga ibadah haji yang bakal mereka laksanakan akan berjalan lancar, kedua mereka diberikan kesihatan yang bagus, diduga dengan minimum dan memperoleh haji yang mabrur.....insyallah.



Laibai kallah humma labbaik, laibbaikala sharikalakala baik, innal hamda, wannikmata,
lakawal mulk, la syarikala'............

0 Pengalaman Yang Tidak Dapat Dilupakan - Mati Hidup Semula

Friday, September 25, 2009
Seperti biasa setiap tahun apabila datangnya Syawal yang mulia kami sekeluarga akan menziarahi saudara mara samada yang dekat atau yang jauh.Tidak terkecuali pada tahun ini 1430H aktiviti beraya ini masih diteruskan untuk mengeratkan tali silaturahim yang sediada, bertanya khabar dan kunjung mengunjung.Tapi timbul idea untuk menulias pengalaman yang didengar dari salah seorang datuk saudara yang umurnya sudah menjangkau 100 tahun, kelihatannya agak uzur, badannya bongkok, berjalan pun tidak berdaya tetapi yang menarik ialah pengalaman beliau tempuhi semasa di zaman Jepun menjajah Malaya kira-kira 50++ tahun dahulu menarik minat aku untuk dikongsi di blog ini.


So the story start like .......kitorang pergi beraya rumah abang kepada nenek aku di Parit Baru, Sabak Bernam, Selangor pada hari raya  ketiga yang lalu. Sampai di rumah embah (panggilan orang Jawa utk datuk) ni dalam pukul 8 malam. Nama embah ni ialah Manap Bin Shukri.Maknanye Shukri tu ialah moyang aku la....Suasana raya di rumah embah Manap tahun ni agak ceria dari tahun-tahun yang sebelumnya. Laman rumah dihiasi dengan pelita menerangi suasana malam yang gelap gelita. Kawasan rumah embah Manap gelap wooo....keliling ladang kelapa......lampu jalan sekilo satu....hahaha...Bukan setakat pelita yang ada, mentol letrik warna kuning seakan akan warna pelita tu pun anak cucu embah Manap pasang sekali.Tu pasal la terang kot...


Ok, aku dah start nonsense....back to the story.....Setiap tahun cerite yang sama akan Embah Manap cerite kan.Dengan cakap Jawa nye yang pekat, made me struggle to understand every single word came out from his mouth. Everytime he speaks, that means I have to best the marvellous listener. Ni sebab cakap embah tadi tu dah tak clear. Bapak aku je yang paham cakap tok sedara aku ni. Aku pun kalau nak betul-betul paham kene double check ngan bapak aku balik apa yang embah Manap cerite.....hahaha....rugi la tak dapat belajar cakap Jawa ni.Kalau tidak aku dah ada kelebihan satu bahasa.Tapi aku ni tak la teruk sangat sebab kalau orang cakap Jawa aku boleh faham lagi apa yang dicakapkan.Cuma mulut berat je nak bercakap dalam bahasa yang sama.Mungkin satu hari nanti, tak pun tahun depan ke aku dah boleh 'ngomong jowo temen'.....


Ceritenye macam ni, satu masa dulu, (cerite ni diceritekan semula oleh  nenek aku), tahun berapa nenek aku tak cakap, Embah Manap sedang berusaha untuk membina rumah untuk isteri dan anak nya. Pada waktu tu, kalau nak bina rumah, tuan rumah la kene cari kayu sendiri, ketam, naikkan kayu dibuat tiang sendiri, boleh kata semuanya kene buat sendiri.Pada  waktu tu nenek aku berumur dalam lingkungan 13 tahun, pun turut menolong Embah Manap mendirikan rumah ini.Jadi pada satu hari, embah manap cakap kat nenek aku, "Robit, esok kamu tak payah datang tolong abang.Abang nak masuk ke hutan cari kayu". Jadi esoknya nenek aku pun tak datang la.Tapi bila tiba waktu petang,(rumah moyang aku dekat dengan kuala sungai), nenek aku dengar bunyi sampan kotak (sampan berenjin yang digunakan Jepun menyusur sungai) dan terus teringat kepada Embah Manap yang sedang mencari kayu dalam hutan. Nenek aku cakap, kalau Jepun jumpa orang kat hutan, Jepun akan tangkap orang tersebut sebab dianggap komunis.Dan komunis akan dibunuh oleh Jepun.


Maka sangkaan nenek aku pun terjadi betul. Embah Manap yang berada dalam hutan telah dikejar oleh askar Jepun dan ditangkap.Masa ditangkap Embah Manap telah disiksa oleh Jepun. Selama ni aku selalu mendengar dari mulut ke mulut sahaja bagaimana kejamnya askar Jepun menyiksa orang orang di Tanah Melayu tanpa memberi sedikit pun impak dan kesan ke dalam diri aku. Tapi kali ni bila aku dengar sendiri dari mangsa kekejaman Jepun, kene pulak orang tu ialah saudara ku sendiri, maka aku bersyukur Tanah Melayu telah MERDEKA.Bebas dari penjajah dan bebas dari kekejaman. Jadi Embah Manap telah ditangkap bersama kawannya yang juga membantu beliau mencari kayu.


Seksaan Jepun kenakan kepada Embah Manap sangat dahsyat. Embah Manap telah dibaringkan, diberi minum air sabun sehingga kembung perut nya. Kemudian askar Jepun pijak perut beliau sehingga air sabun tadi keluar melalui semua lubang yang ada di badan beliau. Dari lubang hidung, mulut, telinga, dubur.....subhanaallah....sakitnya.Ada juga mangsa kekejaman yang diseterika belakang badan mereka, ada yang ditoreh kulit dan ditabur garam di bahagian yang luka.....ishhh macam macam la seksaan yang askar Jepun kenakan kepada tahanan mereka. Semua seksaan yang dikenakan itu tujuan nya hanyalah satu iaitu untuk memaksa tahanan tahanan yang telah  ditangkap mengaku anggota KOMUNIS. Manakan mau datuk saudara ku yang bukan komunis mengaku sebagai komunis.


Setelah diseksa, dipijak diterajang dan dicederakan oleh askar Jepun, Embah Manap digantung (macam hukuman gantung sampai mati sekarang ini) pula.Walaupun bukan anggota Komunis, tetapi Jepun bersikap tidak adil dan tidak berperikemanusiaan, mereka tetap mahu membunuh tahanan yang telah diseksa tadi.Kalau mengikut cerita Embah Manap, lelaki yang menggantung beliau ialah seorang polis Melayu ( I can say this fellure is the barua) bernama Basirun. Basirun lah yang telah menamatkan riwayat Embah Manap. Setelah menjalani hukuman gantung, mayat mangsa Jepun dicampak dalam lubang.


Moyang aku, Hj Shukri berasa tidak sedap hati lalu mencari Embah Manap (he already expacted his son died) dan menemui mayat Embah Manap.Dibawa pulang jenazah tersebut untuk dimandi dan dikapankan dan disemadikan. Setelah dimandikan jenazah Embah Manap, sedang dikapankan, tiba-tiba jari jemari kaki Embah Manap bergerak.Beliau sedar! Tapi masih berada dalam kesakitan. Seorang 'kiai' yang turut sama mengkapankan jenazah tadi meminta orang kampung mencari telur ayam yang kembar (nenek aku cakap telur yang ada 2 kuningnya.I still wonder how to see or feel two yolk in shell.Maybe old people know) dan  diberikan kepada Embah Manap untuk mengubati luka dalaman beliau akibat dipijak oleh askar Jepun.


Walaupun Embah Manap hidup kembali, tetapi beliau mengambil masa kira kira 6 bulan untuk sembuh sepenuhnya dari kecederaan dalaman yang dihidapi.Dalam tempoh 6 bulan, beliau tidak mampu untuk berbuat apa- apa melainkan terbaring sahaja.Pada aku itu satu pengalaman yang kalau berlaku ke atas diriku sendiri, memang tidak akan dapat dilupakan sehingga ke akhir hayat.Jadi itu kisah Embah Manap yang boleh aku katakan mati hidup semula.(kalau difikirkan kan la, dah la kene minum air sabun sampai kembung, kemudian dipijak sampai berlaku pendarahan dalaman, kemudian digantung lagi....takkan la pengsan je kan?)


Sekarang kita ke kisah Basirun, anggota polis yang menghukum gantung kaum sendiri sebab fikir Jepun boleh tolong dia sekeluarga.Alkisah satu hari lepas Embah Manap sembuh sepenuhnya dari kecederaan yang dialami, datang seorang kawan Cinanya dan mengajak Embah Manap ke kedai gunting.Jadi Embah Manap yang kehairanan bertanya kepada Cina tu kenapa beria ria sangat mengajak beliau ke kedai gunting rambut tu padahal Embah Manap bukannya nak potong rambut lagi. Lalu Cina tadi pun bagi tau yang Basirun dah mati dibunuh dalam kedai gunting rambut. Perutnya telah dikelar lalu terburailah segala isi perut yang ada.Tamatlah riwayat Basirun dalam kedai gunting.Selama ni kejenye membunuh kaum sendiri, tapi petang tersebut dia pula mati dibunuh.


Well,I think that is a bit of experienced been through by our folks before Merdeka.Much more tender and sour rather than sweet memories they had pass before this.As a lucky grandson and thankful to be a son after merdeka, myself would like to say syukur alhamdulillah for what I have nowadays and keep pray Allah bless Malaysia. For those Malaysian, who always think they are brilliant to bring Malaysia a new Malaysia, I would like to say think before you do anything.Do not let our motherland loss to other people who always wish to extract our 'gold' without bother Malaysian culture and tradition that has been inherit to us a long  long time ago by our ancestor.Just imagine how bad our datuk and nenek 50-60 years back, where to find roti canai and teh tarik, where you can get nasi beriani with ayam masala, where you can have nice chat at Kopitiam. No such kedai kopi when we in invade.If u have rice, thats seem u have gold.Japanese army robbed all your food.Left you in hunger. And in that time most of our people will be grateful if they have tapioca.


Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin.

2 Giant XTC team

Monday, August 10, 2009
This is the new bicycle bought on August 2009 for the sake to satisfy and cycling more frequent. Last but not least to feel the extra dollar accessories rather than the cheapskate product.....hehehe. I bought this customised bicycle from Sam's Serdang bicycle shop which the tauke already gave kaw kaw discount.

   As long as I remember, my first bike has been used not less than 2 month.But I do not know why should I invest more dollar to this bicycle....hahaha.I am not alone actually.In this bicycle clang, induce each other among cyclist is not forbidden or haram...every time we meet up, new things, new news on bicycle products or anything about cycling product from small to big, from cheap to really expensive accessories will on air.So whoever with low faith plus satanic verse will eager to spend ....hahaha.

  Latest news I heard, Adi already achieved his needs to own full-sups.If I am not mistaken, Giant Anthem X3 (correct me if I'm worng)...what a nice bike.That is my dream bicycle before I got this XTC Team. Congrats to Adi.

   Back to my Giant XTC Team spec:
1) Giant XTC Team 2009 frame
2)Shimano XT crank
3)Shimano Deore 2010 groupset +FD+RD
4)Ritchey WCS carbon fibre handle bar
5)Shimano Deore 2010 hydrolic brake
6)KCNC Stem
7)KCNC seatpost
8)Mavvic CrossRide rim
9)Kenda 2.1 tyre
10) Fizik Gobi seat
11)Shimano Dual pedal
(as far as I can remember this is the spec.)

Now I am ready to slide........

0 Makkah Al Mukarramah & Madinah al Munawwarah



 



Alhamdulilah 23 July 2009 yang lepas tepat jam 330am kapalterbang mula berangkat menuju ke Doha,Qatar untuk transit sebelum meneruskan penerbangan ke Jeddah,Makkah.














Dugaan pertama ketika transit selama 7 jam di Lapangan Terbang Doha.7 jam duduk dalam airport tak boleh nak ke mana-mana buat aku terpikir macam mana la boringnya bila stranded berhari-hari kat airport.Sempat jugak la aku tidur kat atas kerusi.Janji hilang ngantuk.


















Selepas mendarat di Jeddah, rombongan umrah melalui 6 jam perjalanan lagi dengan bas menuju ke Madinah Munawarah.Perjalanan bermula pada jam 630 petang dan sampai di Madinah pada jam 1 paginya.Semua peserta rombongan yang kepenatan terus masuk bilik masing-masing dan tidur. Tapi kalau tidak silap terdapat juga beberapa orang jemaah yang beriktikaf di Masjid Nabawi pada malam tersebut.




Di depan Hotel Fairuz, hotel penginapan yang disediakan oleh agensi pelancongan ketika di Madinah.Boleh dikatakan keadaan di Madinah sedikit panas dari di Makkah. Suhu ketika itu dalam 39-40 darjah Celcius.Dikatakan juga cuaca di Madinah lebih panas berbanding di Makkah pada musim panas dan lebih sejuk dari Makkah pada musim sejuk. Itulah salah satu kelebihan Tanah Haram Madinah yang dikurniakan Allah ke atas Madinah.

Keadaan sosial di Madinah dan suasana sekeliling yang dapat diperhatikan adalah Madinah merupakan satu tempat yang penuh dengan ketenangan. Bukan hanya ketenangan dari segi jiwa dan rohani ketika berada di rumah Rasullah s.a.w ini, malahan suasana sekelilingnya juga tenang dan senang. Walaupun keadaan sedikit panas, ia tidak lansung menjejaskan moral dan semangat jemaah umrah untuk beribadah.


Tiada hiruk pikuk bunyi kenderaan yang dipandu laju dan ganas, malahan tiada orang pun yang bercakap dengan suara yang tinggi di sini.Diceritakan kepada saya, semasa hayat Rasullah s.a.w, baginda tidak pernah meninggikan suara ketika bercakap dan ketawa Baginda adalah senyumannya. Disebabkan penduduk Madinah juga terdiri daripada kalangan orang-orang yang lemah-lembut, maka sebab itulah Rasullah s.a.w telah disuruh untuk berhijrah dari Kota Makkah yang amat disayangi oleh Baginda ke Madinah di mana beliau telah diterima dan ajaran Islam yang dibawanya juga diterima di Madinah.Oleh yang demikian, saya berpendapat masyarakat Arab Madinah ini merupakan suku kaum (lupa nama kaum ni) yang agak lembut sedikit dari kaum Arab yang ada di Kota Makkah.


TBC.....


0 Putrajaya Challenge Park

Sunday, July 12, 2009
We were on top of the hill......very very windy and cool

Myself with the Putrajaya background


Mr.Bakri from Sungai Besi.

The talkative Nicholas.......mr.superman.

Myself potraying own picture before enjoying mini downhill in palm trail.

The trail where you must be alert at all time.SAFETY FIRST!

1 Baby Sofea

After being request by few friends and Situt to upload my daughter pictures, here I am making their wishes granted. Tomorrow will be Sofea's 3rd month at this world. She's got very fast development. Nowadays become very choosy, sleeping too much, playing with her mother very often, when she's awake she wants to talk with people eventhough with the baby talk that only Sofea could understand and many more funny and fussy behaviours that will made her parents happy.


Hello world, here come new comers to this to this earth named Sofea. Little baby girl borned on 13th April 2009@1157pm. This cute little baby belong to happily married couple,kaylah with emelia. Sofea was borned at HUKM assisted by the very kind Prof. Jamil.

Sofea sleeping for 3 hours after being given sleeping medicine

So baba and mama took this opportunity to have a walk with Sofea to The Curve, Damansara. We had our lunch at Bubby Gump Restaurant and Sofea had a very enjoyful moment there.

1 My dreamz

Tuesday, June 30, 2009
Scott Spark 10

To buy or not to buy but........i really want it.

1 Goodies of the day

Canon IXUS 990 IS

Kali ni nak try pakai Canon punya produk pulak. Ini yang paling latest digicam dari Canon.HD camera. tengok dekat brochure nampak menarik tp real performance blom try lagi. Kalau selama ni dah pakai 3 model Kodak digicam yang telah memberikan banyak jasa kepada family gua dengan warna warna asli gambar yang diperolehi, kali ni nak tengok kehebatan Canon pulak.


JVC Share Station

Saje gatal tangan beli share station ni. Rasanye dapat mempercepatkan proses penghasilan DVD tanpa edit tiap kali nak clearkan memory vidoe camera.


JVC GZ-HD30AG

High defination video camcoder.Dibeli pada harga diskaun at clearence stock sale.Last 3 unit je yang tinggal....rezeki pagi pagi merayau kat Low Yatt Plaza. Kamera ni nak ganti kamera Sony yang guna DVD tu sebab dah mcm semak nak angkut dvd tiap kali nak gi amik gambar. Kamera ni ada 80Gb internal hard disk. Blh capture video 5 jam pada rating yang paling baik...
Garmin 255W

Benda ni akan memudahkan gua mencari lokasi atas muka bumi ni.So far pakai google maps dalam phone pun dah kire ok jugak tapi kalau dalam phone tu takde voice guide.So tak syok pulak rasanya.Setelah ada benda ni semua lokasi yang menarik akan ada dalam favourite listing gua...hehehe.