Seruan Haji
“Panggilan haji,
Telahpun bermula,
Menunaikan ibadah,
Ke Baitullah”.
Itulah di antara bait-bait lagu seruan haji yang didendangkan oleh kumpulan Rabbani ( tak silap saya). Pada masa ini, musim haji untuk tahun 1430 sudah hampir untuk bermula. Terasa keseronokan, ketenangan dan kedamaian ketika berada di Tanah Haram yang lalu menjelma semula. Ketika melaungkan talbiah mengikut siaran televisyen, hati terasa sangat sedih. Tiba-tiba perasaan sebak mula meruntum dalam dada. Mungkin keberkatan dan kebesaran Ilahi membuatkan hamba-Nya dahagakan ketenangan yang hanya boleh diperolehi di rumah-Nya, Masjidil Haram. Ya Allah, jemputlah aku lagi ke Masjidil Haram Mu.Amin.
Alhamdulillah, kedua ibu bapaku selamat mendarat di Jeddah pada Isnin, jam 8++ malam ( waktu Malaysia ). Mereka juga telah selesai mengerjakan umrah dan sedang menanti bermula nya musim haji yang akan datang dalam masa lebih kurang 2 minggu sahaja lagi. Didoakan semoga ibadah haji yang bakal mereka laksanakan akan berjalan lancar, kedua mereka diberikan kesihatan yang bagus, diduga dengan minimum dan memperoleh haji yang mabrur.....insyallah.
Laibai kallah humma labbaik, laibbaikala sharikalakala baik, innal hamda, wannikmata,
lakawal mulk, la syarikala'............
0 comments:
Post a Comment