Alhamdulilah 23 July 2009 yang lepas tepat jam 330am kapalterbang mula berangkat menuju ke Doha,Qatar untuk transit sebelum meneruskan penerbangan ke Jeddah,Makkah.
Dugaan pertama ketika transit selama 7 jam di Lapangan Terbang Doha.7 jam duduk dalam airport tak boleh nak ke mana-mana buat aku terpikir macam mana la boringnya bila stranded berhari-hari kat airport.Sempat jugak la aku tidur kat atas kerusi.Janji hilang ngantuk.
Selepas mendarat di Jeddah, rombongan umrah melalui 6 jam perjalanan lagi dengan bas menuju ke Madinah Munawarah.Perjalanan bermula pada jam 630 petang dan sampai di Madinah pada jam 1 paginya.Semua peserta rombongan yang kepenatan terus masuk bilik masing-masing dan tidur. Tapi kalau tidak silap terdapat juga beberapa orang jemaah yang beriktikaf di Masjid Nabawi pada malam tersebut.
Di depan Hotel Fairuz, hotel penginapan yang disediakan oleh agensi pelancongan ketika di Madinah.Boleh dikatakan keadaan di Madinah sedikit panas dari di Makkah. Suhu ketika itu dalam 39-40 darjah Celcius.Dikatakan juga cuaca di Madinah lebih panas berbanding di Makkah pada musim panas dan lebih sejuk dari Makkah pada musim sejuk. Itulah salah satu kelebihan Tanah Haram Madinah yang dikurniakan Allah ke atas Madinah.
Tiada hiruk pikuk bunyi kenderaan yang dipandu laju dan ganas, malahan tiada orang pun yang bercakap dengan suara yang tinggi di sini.Diceritakan kepada saya, semasa hayat Rasullah s.a.w, baginda tidak pernah meninggikan suara ketika bercakap dan ketawa Baginda adalah senyumannya. Disebabkan penduduk Madinah juga terdiri daripada kalangan orang-orang yang lemah-lembut, maka sebab itulah Rasullah s.a.w telah disuruh untuk berhijrah dari Kota Makkah yang amat disayangi oleh Baginda ke Madinah di mana beliau telah diterima dan ajaran Islam yang dibawanya juga diterima di Madinah.Oleh yang demikian, saya berpendapat masyarakat Arab Madinah ini merupakan suku kaum (lupa nama kaum ni) yang agak lembut sedikit dari kaum Arab yang ada di Kota Makkah.
TBC.....
0 comments:
Post a Comment