"It's a quote that everyone try to understand..."

Fallin' Day at FRIM

Monday, November 16, 2009
Apalah nasib, orang pakai klip masa kayuh basikal, aku pun nak pakai jugak.Bila orang kayuh laju pakai klip, aku pun blh cucuk belakang derang jugak.Maknanye bagus la pakai klip.Boleh bantu kuatkan momentum kayuhan. Tapi yang kontra nye bila pakai klip ni, kalau terlupa yang kaki tu melekat kat pedal, punah dan haru biru jadinya. Boleh jatuh gaya baby baru belajar bertatih.....eeeeekkkkkk boommmm.Dah terbaring kat tanah sambil kene himpap ngan basikal......adui la haiiiii...klip klip.....Semalam masa kayuh kat FRIM, belum masuk trail lagi aku dah jatuh dengan penuh hormat...nasib baik bukan kat area public...kalau tak  buat tebal muka. Lepas tu masa dah naik Steroid Hill, nak masuk corner belah kanan, jatuh lagi skali. Tapi jatuhan kedua tu dah agak berhati hati sebab klip kaki kiri dah released.Budget kalau nak berenti nanti turun kaki kiri dulu....skali dia nak jatuh belah kanan daaa......berdarah lagi lutut aku ni.

Overall kayuhan di FRIM:





1] Trek offroad yang mantap....agar sukar tapi masih boleh dikayuh lagi. Memerlukan stamina yang so-so.....sesuai untuk beginner practise.



          


                                      



2]Laluan awal kayuhan lebih kepada santai dengan keadaan single track di tepi gaung. Perlu berhati-hati kerana akar pokok timbul berselirat di atas track. 











3] Di mana ada kemahuan,, di situ ada jalan.....jalan dah tutup camni, angkat la basikal masing-masing. Laluan rover dengan keadaan jalan gravel menambah lagi seri track FRIM ni. Kalau kederat ada, boleh kayuh laju-laju....

4] Mula masuki laluan trail seterusnya menuju ke kedai kopi dekat Hospital Kusta Sg Buloh untuk pekena teh misai kucing yang sangat diminati Khairul Yeti. Laluan gravel telah bertukar menjadi laluan tanah merah. Kepastian yang pasti ialah basikal anda akan bertukar warna.







5] Sebelum meneruskan perjalanan ke kedai kopi, singgah dulu di Steroid Hill. Pendakian yang tak seberapa tinggi tetapi laluan yang menjulur panjang memeritkan paru-paru mengepam oksigen ke otak. Mental kene kuat baru lepas kayuh. Aku menolak 1/4 bukit ni tapi berupaya juga kayuh sampai ke hill top untuk meneruskan agenda downhill yang dinanti nantikan oleh setiap rider.MANTAP........ Cotodor Sharin sempat membuat aksi superman depan aku ketika hampir sampai ke  
penamat......nasib baik ko tak injured Bro!


6] Selesai enjoy di Steroid Hill, proceed to Sg Buloh. Layan downhill lagi tapi kali ni keadaan track basah. Terdapat laluan air di tengan trail yang memerlukan rider lebih berwaspada tambahan pula daun kering berlonggok di tengah trail melembapkan lagi keadaan jalan. Apakan daya, walaupun telah 99% berwaspada, Khairul Yeti telah menjadi mangsa lubang ajaib laluan air. Masalah nya hari ni rider yang jatuh teruk semuanya jatuh depan aku.......WTF man.......nasib baik Deore 2010 aku memberikan respons unggul dengan cengkaman ala-ala ABS.Kalau tak dengan aku skali bikin rim 8.




7] So kayuhan ke kedai teh misai kucing dibatalkan. Perjalanan ke kedai mamak di FRIM diteruskan untuk mengisi perut yang sedang kebuluruan. Perjalanan balik melalui trail apa aku tak hingat, pun layan. Sehingga sampai ke tarmac seterusnya, kami layan downhill lagi. Kelajuan yang direkodkan mencecah 47km/h. Laju siot.....XCR aku memainkan peranannya di sini.....






8] Destinasi penamat-----------------------------> waterfall.......body massage.Ride tamat lebih kurang pukul 1 petang.












0 comments:

Post a Comment