Nasi wonggey sebelah Balai Polis, Ipoh
Perjalanan ke Seri Iskandar pada 20-02-2010 bermula pada pukul 10.30 pagi. Bersarapan pagi bersama Zamri, Haitsan dan Payed di mamak Maulana Flat Bosnia seawal jam 930 pagi, semua rakan car pool menunggu di sana bersama gajet perang masing-masing. Zamri datang dengan anak dan isteri, Payed juga ditemani anak-anak dan isterinya, cuma isteri Haitsan menghantarnya melalui pandangan di balik cermin tingkap rumah....hahaha.
Lebih kurang jam 2 petang, kami sampai di pekan Ipoh dengan tujuan mencari nasi kandar@wonggey. Harapan yang tidak sia-sia apabila masih ada lagi peluang untuk kami menikmati hidangan tengahari di restoran wonggey....alhamdulilah....memang mantap. Semua makan dengan penuh berselera. Mus kata taste masih sama macam dulu....saya seperti biasa, kalau tak disebabkan wongget tu sedap, saya sendiri kelaparan....hahaha.Bekalan capati sekeping semasa breakfast tidak memadai dengan kadar metabolisme badan. Cepat je digestnya.....
Bersama- sama Anje, my old classmate, minum dulu. Terimas belanje geng saya minum cikgu.
Hari esoknya bermula pukul 6 pagi apabila Muz orang pertama masuk bilik air.Terpisat pisat saya bangun menahan sejuk dan air kencing yang dah dihujung tanduk untuk dikeluarkan.Kami 11 orang berkayuh dari homestay ke starting point yang berjarak lebih kurang 2km.Kayuh waktu pagi apadahal, sejuk je....lepas tu terpikir pulak waktu tengahati karang, kalau dibuatnya flat, cammane nak kayuh balik.
5km pertama selepas dilepaskan melalui tarmac menghala ke trail head yang menunggu. Kayuhan permulaan agak tenang apabila para riders still dalam mode warm up. Tapi ada juga yang terus pump sebab nak sampai awal ke trail head untuk elakkan kesesakan. Saya, Haitsan, Muz dan beberapa orang lagi bergerak bersama sehingga sampai di IKBN Seri Iskandar, saya kayuh agak laju bersama Muz. Haitsan masih maintain di belakang. At least saya tau ada orang di belakang apabila memerlukan.....ko jadi mangsa nook....hehehe
Masuk trail head dimulakan acara MTB (mari tolak basikal) mendaki bukit. Kayuh sedikit kemudian menolak semula sebab trail congest. Adat la tu bila berjamboree..orang terlampau ramai.Denai nan satu diperkosa.....kene tunggu turn la......adoiiii.....disajikan pula downhill yang best setelah penat menolak basikal. Di sini saya ternampak Assyri dari PujMac sedang dirawat. Dalam hati berkata, sikit je kot chif jatuh tu.Tapi rupenye dia tak dapat meneruskan kayuhan.....simpati kepada rakan saya,Assyri.Kalau tidak dia la hero downhill.Turun bukit tak pakai brek.
Tengah pelan-pelan kayuh tiba tiba satu suara menyapa dari tepi,'bro, ko sorang je ke?',....skali apabila ditoleh rupenye Cito. Cito pun tertinggal dr clan nya kerana dia kata geng lain semua pakai jantung kuda.Laju nak mampos derang kat depan. So saya bg tua Cito masalah RD saya dan dia cakap jom ride sama.Kalau saya lambat dia tunggu di depan...saya pun bersemangat semula untuk menghabiskan kayuhan.
Kayuhan beriringan bersama Cito diteruskan mencari check point ke 3. Pelan pelan kayuh akhirnya sampai di CP3. 100Plus, mineral dan epal disediakan sebagai penghilang lapa dan dahaga riders.Okla jugak...boleh isi water bladder dengan 100Plus pulak. Baru bukak botol 100Plus, saya nampak Cupin dengan Z melepak jugak bawah pokok sawit...Laaaa, ada lagi geng lambat....hahaha. Apalagas, meet up the group back.lepas abis hilangkan penat di CP3, kami kayuh berirama berempat pulak mencari CP4.
Sampai di satu kaki bukit yang boleh melemahkan mental apabila melihat rider sayup di atas, kami berhenti melepak sekejap meneduhkan diri dari pancaran matahari yang terlampau panas.Semua orang dah tak blh tahan dah.....berhenti dulu.
HAMPA......CP4 ditutup.Jam baru pukul 1.Kenapa awal sangat derang tutup CP.....AJK sume dah malas ke? Kecewa kami berempat.Kalau tau aku ikut Z naik BlackMaria.Tak payah kayuh 5km tarmac berbumbung matahari dengan panas terik terbakar......ces cces ces.
Pukul 1.50 camtu, kitorang sampai semula ke checkpoint 1. Kayuh tak abis pun dpt medal.jadila....pergi ke booth makanan, tapi HAMPA lagi.....makanan pun dah abis......kupon makan ada, tapi makanan nye takde.Adussd....dah la cabutan bertuah pun tak kena......angkat beskal balik la.Makan kat mamak. Cupin pulak geram punye pasal pegi beli KFC kat sebelah kedai mamak.So kami lunch KFC....thanks Cupin.
0 comments:
Post a Comment