"It's a quote that everyone try to understand..."

1 Keliwon Nite Ride

Thursday, March 4, 2010

----------------------------------------------------------------------------------------------

*pic courtesy from haitsanspmholder.blogspot.com

Penat nook kayuh Epic kat atas jalan....

Untuk sesi keliwon nite ride yang dikepalai oleh Abg Mat Merida semlm, aku berkayuh menggunakan Epic merah, satu satu nye basikal yang ready to go memandangkan frame Gergasi Putih belum siap di customkan...(duit tak cukup nak lengkapkan lagi basikal tu)...dengan keadaan basikal yang aku rasa dah agak sempurna, telah dibasuh selepas kayuhan di PCP pada Selasa lepas, minyak rantai semua cukup, tetapi malangnya angin tayar telah dikurangkan sedikit untuk kesesuaian melayan trail PCP yg liar.

Sangkaan aku keadaan basikal ini cukup sempurna untuk kayuh berkayuh santai meleset 100%. Permulaan kayuhan bermula dengan pendakian jalan Putrajaya menghala ke Kajang melalui laluan berbukit Kg Tengah Sg Merab dan Kg Sg Merab. Pendakian yang biasanya boleh dikayuh santai sebelum ini menjadi satu medan membunuh diri akibat keadaan tayar basikal yang dikatakan oleh rakan-rakan terlampau melekat di jalan. Bunyi deruman Kenda umpama Land Rover Angkatan Tentera Malaysia dipacu laju di lebuhraya....nasib baik rakan-rakan basikal berhenti di depan Coffee Village sementara menunggu rakan kayuhan dari Ulu Langat sampai untuk berkayuh bersama.

Laluan mendaki dan munurun bukit masih jauh terbentang di hadapan. Penulis sedikit demoralise dengan keadaan Epic ini. Mungkinkah frame gemetry Epic tidak sesuai untuk dibawa atas jalan tar? Aku tertanya-tanye....atau mungkinkah disebabkan penggunaan tayar yang tidak sesuai menyebabkan kayuhan aku spoiled......adussssss......

Sampai di laluan  Teras Jernang, rakan-rakan kayuhan Along, GT Nik dan Haitsan SPM Holder sudi menemani aku sehingga ke Shell di Seksyen 5 selepas melalui laluan lama Bangi ke UKM. Semua rakan kayuhan sudah jauh memacu gerek masing-masing di hadapan meninggalkan kami jauh di belakang. Keadaan basikal yang agak berat menyebabkan aku cuba berkayuh dengan lebih laju supaya dapat bersama kelompok dihadapan. Akibatnya, paha aku hampir kejang yang memaksa rakan kayuhan berehat seketika di depan stesyen bas Kajang buat sementara sehingga aku rasa paha aku sedikit lega. Kayuhan diteruskan sehingga ke Shell Seksyen 5 sebelum berkumpul dan bergambar beramai-ramai. Sorry nook's spoiled korang nye rythem......

Dari Shell ini, kayuhan diteruskan menghala ke UNITEN sebelum masuk ke Kg Datok Abu Bakar Baginda. Dr Shell ini, Haitsan yang kasihan melihat aku kayuh Epic mempelawa aku kayuh fixie nya.....mmg macam harem, rileks gila menunggang fixie.....lansung tak berpeluh. Sampai di depan UNITEN, ku lihat Haitsan telah bermandi peluh gila babi.....mencurah curah......aku yang sedikit alpa meninggalkan Haitsan di belakang membawa bersama air di basikalnya.....kesian Haitsan kayuh takde air......Di kawasan Pusat Latihan Public Bank Haitsan semakin tidak bermaya mengayuh Epic lalu bertukar kepada Along yang sememangnya power. Naik Fraser Hill boleh pakai full-sus....respect....sehingga la ke tempat RV, aku masih lagi santai dengan fixie Haitsan, Haitsan santai dengan Fuji Along dan Along 'santai' dengan Epic aku......

Akibat daripada over propel Epic ni, malam tadi aku makan sepinggan nasi goreng cendawan, setin Revive,secawan Nescafe tarik dan seset roti bakar.....kering terus tenaga aku....Next ride, aku kayuh offroad je sampai la ada modal nak setup balik Giant kepada rodie spec...



*pic courtesy from haitsanspmholder.blogspot.com

2 Specialized EPIC Comp 2009

Wednesday, March 3, 2010

Baru beli frame Specialized Epic Comp 2009 ni dari Hirman pada 25 Feb 2010 yang lepas kerana terasa ingin  menjinakkan trail trail liar dan downhill yang selalunya akan menyakitkan pinggang bila guna hard tail. Terima kasih kepada Hirman kerana sudi tolak frame ni kat saya dengan harga diskaun.Kalau tidak tak mampu nak pakai full sus ada BRAIN ni.

Ini spesifikasi frame yang dibeli.....original parts lain takde....owner lama dah bukak.


FRAME
Epic FSR M5 alloy, fully manipulated frame w/ ORE DT/TT, sealed cartridge bearings, 100mm travel, replaceable derailleur hanger
REAR SHOCK
Fox/SBC remote Mini-Brain, inertia valve, w/ Brain fade adjust
FORK
Fox F100 RL, 100mm travel, air spring, compression and rebound adj. w/ LO, alloy steerer
HEADSET
1-1/8" Threadless, 10mm insertion alloy cups, sealed cartridge bearing

  • M5 alloy frame redefines the Competitive XC category with 100mm of supple FSR suspension, delivering small bump performance and smooth terrain efficiency
  • Specialized and Fox blend their brains to develop the new FlowControl Mini Brain shock with Brain Fade inertia valve, air spring and adjustable rebound for trophy-stockpiling performance
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
In term of performance during climbing, no doubt. really perform and assisting me while conquering the hill.Climb trial been done 2 days after completing setup the whole bike. All parts excepts brake transfered to Epic. Brake been changed to Elixir 5 due to the old brake cable doesnt long enough to attach on the Epic body.I really enjoy using the previous Shimano Deore 2010 brakeset as it works good enough as long as 6 month served for me. 

However, the new Elixir 5 far beyond my expectation. It performed much smoother, reliable, wont lock the tire and I enjoy using it. On its group, Elixir 5 is the lowest ranking set.Price around RM680.00 with rotor provided (160mm rear, 180mm front) and I am not expecting so much.....but still good enough for the big hole pocket person like myself.



So, trial ride took place at Bukit Inas, Rembau, Negeri Sembilan. Took opportunity when going back to kampung bring along Epic.There was an ambition to climb the hill and the time arrive. Start pedalling sharp at 8.30am with lot of thinking whether I can climb or not. The first peak I reckoned about 1.5-1.8km from my house but the elevation is too stiff.....so high....
 
This is the view before start climbing


 This is the view after first climb and first stop

Alhamdulilah, still manage to cadence while climbing eventhough my lung and heart pump and inhale oxygen crazily....Took 5 minutes brake, release my leg muscles stress and continue to the second peak.


Second climb view


I cant smile anymore...just a snap for remembrance

Journey to continue...climb the third hill steadily. This last suffer hill quite relaxing. Engaged on the 6 and 7 rear gear and had a leisure cadence as the last slop is a bit flattened... Few people collecting mineral water that came out from the rock wall gave a sour looked to me...maybe they thought I am crazy suffered myself climbing the hill....whatever...I don't give any trouble to you. Few motorist gave a friendly honked at me....maybe they know how to respect a cyclist climbing the hill as their car revving heavily went up the same hill....hahaha. I returned back after I know I reached the first peak when I saw this rock:

The milestone......

I took about an hour climb up and descent back to the starting line. Its a wonderful experience climb this hill with Epic.Its doesn't bobbing, no energy waste, rigid frame design and easy go on any hill....alhamdulilah.

 

0 Seri Iskandar Mountain Bike Expedition


Nasi wonggey sebelah Balai Polis, Ipoh

Perjalanan ke Seri Iskandar pada 20-02-2010 bermula pada pukul 10.30 pagi. Bersarapan pagi bersama Zamri, Haitsan dan Payed di mamak Maulana Flat Bosnia seawal jam 930 pagi, semua rakan car pool menunggu di sana bersama gajet perang masing-masing. Zamri datang dengan anak dan isteri, Payed juga ditemani anak-anak dan isterinya, cuma isteri Haitsan menghantarnya melalui pandangan di balik cermin tingkap rumah....hahaha.

Perjalanan bermula melalui PLUS highway terus ke simpang keluar Ipoh town. Dalam perjalanan yang agak slow, Along dan Mus dapat catch-up kami yang sedang berlibur di dalam van. Van memuatkan 4 orang dan 4 basikal.....mmg macam saudagar basikal kenderaan kami pada hari tersebut. Haitsan selaku co-pilot menjalankan tugas dengan cemerlang. Begitu juga Payed dan Zamri, cemerlang sebab semua tak tido....masih mampu bersembang walaupun mata mengantuk disebalik sunglasses yang dipakai.
Lebih kurang jam 2 petang, kami sampai di pekan Ipoh dengan tujuan mencari nasi kandar@wonggey. Harapan yang tidak sia-sia apabila masih ada lagi peluang untuk kami menikmati hidangan tengahari di restoran wonggey....alhamdulilah....memang mantap. Semua makan dengan penuh berselera. Mus kata taste masih sama macam dulu....saya seperti biasa, kalau tak disebabkan wongget tu sedap, saya sendiri kelaparan....hahaha.Bekalan capati sekeping semasa breakfast tidak memadai dengan kadar metabolisme badan. Cepat je digestnya.....

Perjalanan diteruskan ke Seri Iskandar melalui Pasir Putih didahului oleh Along dan Mus  sebab saya tak berapa familiar dengan laluan ke sana menuju terus ke starting point untuk mengambil goodies. Terdapat sedikit kelemahan pengurusan apabila menyediakan 2 atau 3 orang sahaja bagi  menguruskan pengambilan goodies untuk 780 peserta. Berlaku sedikit kelewatan dan peserta terpaksa menunggu agak lama sebelum dapat  goodies mereka.




Bersama- sama Anje, my old classmate, minum dulu. Terimas belanje geng saya minum cikgu.




Atas cadangan Anje yang menyuruh kami berkayuh ke Taman Tasik UTP , kami dengan tanpa disiplin meredah masuk ke Tasik UTP kerana katanya ada banyak awek di sana. Lantas, tanpa buang masa walaupun hari dah nak gelap.......sambil ada suara berbunyi,'jauh lagi ke bro....nak gelap dah ni'.....'Rileks, depan tu je'...dan bila sampai tepi tasik, sebalik samar-samar cahaya kelam matahari tu la ada banyak keindahan nya....perghh...best jugak tasik ni.Teringat pulak kat tasik UTM dulu....siap naik sampan lagi...


 

Hari esoknya bermula pukul 6 pagi apabila Muz orang pertama masuk bilik air.Terpisat pisat saya bangun menahan sejuk dan air kencing yang dah dihujung tanduk untuk dikeluarkan.Kami 11 orang berkayuh dari homestay ke starting point yang berjarak lebih kurang 2km.Kayuh waktu pagi apadahal, sejuk je....lepas tu terpikir pulak waktu tengahati karang, kalau dibuatnya flat, cammane nak kayuh balik.



      

5km pertama selepas dilepaskan melalui tarmac menghala ke trail head yang menunggu. Kayuhan permulaan agak tenang apabila para riders still dalam mode warm up. Tapi ada juga yang terus pump sebab nak sampai awal ke trail head untuk elakkan kesesakan. Saya, Haitsan, Muz dan beberapa orang lagi bergerak bersama sehingga sampai di IKBN Seri Iskandar, saya kayuh agak laju bersama Muz. Haitsan masih maintain di belakang. At least saya tau ada orang di belakang apabila memerlukan.....ko jadi mangsa nook....hehehe

Masuk trail head dimulakan acara MTB (mari tolak basikal) mendaki bukit. Kayuh sedikit kemudian menolak semula sebab trail congest. Adat la tu bila berjamboree..orang terlampau ramai.Denai nan satu diperkosa.....kene tunggu turn la......adoiiii.....disajikan pula downhill yang best setelah penat menolak basikal. Di sini saya ternampak Assyri dari PujMac sedang dirawat. Dalam hati berkata, sikit je kot chif jatuh tu.Tapi rupenye dia tak dapat meneruskan kayuhan.....simpati kepada rakan saya,Assyri.Kalau tidak dia la hero downhill.Turun bukit tak pakai brek.

Dari start point ke check point 2 berjarak lebih kurang 22km...jauh tu.Biasa weekend offroad ride pun paling kurang 18-25km dengan rehat sebanyak 4-5 kali. Ini straight 22km takde rehat....perghhh.terkuzat urat keting saya.Last 3km sebelum sampai ke CP2, saya sedar saya menghadapi masalah dengan RD SRAM X9. Gear mula melompat tak tentu hala. Semakin saya pump cadence, lagi kuat gear skip....adussss.....tension.Semua bermula bila melalui lopak pasir halus yang  terdapat di trail yang disediakan. Kemungkinan pasir halus masuk ke dalam rantai dan RD membuatkan keadaan RD saya jadi tidak konsisten.....hasrat untuk kayuh mendaki bukit di CP2 tidak kesampaian apabila gear meletup letup....sialan....terpaksa MTB lagi. Dalam kepala dah ada idea untuk chicken loop sbb ada lagi baki 30km untuk dihabiskan. Dlm keadaan RD begini, mana mungkin dapat dihabiskan kayuhan......rakan rakan lain dah laju memotong ketika mendaki.Masing masing dengan gaya nafas kuda mendaki bukit bersahaja je......tunggu Haitsan pulak tak muncul-muncul.Air mineral disediakan di CP2, diambil, diisi ke dalam water bladder....dan downhill mencari laluan chicken loop....

Tengah pelan-pelan kayuh tiba tiba satu suara menyapa dari tepi,'bro, ko sorang je ke?',....skali apabila ditoleh rupenye Cito. Cito pun tertinggal dr clan nya kerana dia kata geng lain semua pakai jantung kuda.Laju nak mampos derang kat depan. So saya bg tua Cito masalah RD saya dan dia cakap jom ride sama.Kalau saya lambat dia tunggu di  depan...saya pun bersemangat semula untuk menghabiskan kayuhan. 

 

Kayuhan beriringan bersama Cito diteruskan mencari check point ke 3. Pelan pelan kayuh akhirnya sampai di CP3. 100Plus, mineral dan epal disediakan sebagai penghilang lapa dan dahaga riders.Okla jugak...boleh isi water bladder dengan 100Plus pulak. Baru bukak botol 100Plus, saya nampak Cupin dengan Z melepak jugak bawah pokok sawit...Laaaa, ada lagi geng lambat....hahaha. Apalagas, meet up the group back.lepas abis hilangkan penat di CP3, kami kayuh berirama berempat pulak mencari CP4.
   

Sampai di satu kaki bukit yang boleh melemahkan mental apabila melihat rider sayup di atas, kami berhenti melepak sekejap meneduhkan diri dari pancaran matahari yang terlampau panas.Semua orang dah tak blh tahan dah.....berhenti dulu.


Kat  sini pulak saya jumpa dengan Haitsan.Syabas bro, demam demam pun semangat kayuh kuat lagi.Nasib baik ada panadol Cito.Blh buat tahan sakit skit....berjumpa la semula kami berlima....hahaha.Lepak kat sini sampai cito blh tertido....bayangkan berapa lama kitorang took our sweet time kat bawah pokok ni. Sampai atuk yang berumur 74 tahun ni potong selamber je....'Atok tunggu korang kat depan pulak ye'.....perghhh dahsyat atuk ni. Mampu ke aku kayuh offroad bila umur dah cecah 70 nanti????....Kami mendaki bukit mental ni lagi sehingga la lagi 1km nak sampai CP4.....


HAMPA......CP4 ditutup.Jam baru pukul 1.Kenapa  awal sangat derang tutup CP.....AJK sume dah malas ke? Kecewa kami berempat.Kalau tau aku ikut Z naik BlackMaria.Tak payah kayuh 5km tarmac berbumbung matahari dengan panas terik terbakar......ces cces ces.

Pukul 1.50 camtu, kitorang sampai semula ke checkpoint 1. Kayuh tak abis pun dpt medal.jadila....pergi ke booth makanan, tapi HAMPA lagi.....makanan pun dah abis......kupon makan ada, tapi makanan nye takde.Adussd....dah la cabutan bertuah pun tak kena......angkat beskal balik la.Makan kat mamak. Cupin pulak geram punye pasal pegi beli KFC kat sebelah kedai mamak.So kami lunch KFC....thanks Cupin.
  
   


0 Sofea @ Aquaria KLCC



Disebabkan anak dara saya ni dah pandai tengok binatang dan mengenali nama-nama binatang, jadi sempena tahun baru cina yang lalu saya bawa dia ke Aquria pula untuk past time. Ingatkan takde la ramai umat manusia yang nak masuk tengok ikan pada hari-hari cuti begini.Tetapi sangkaan saya sama sekali meleset apabila que untuk membeli entrance ticket kena beratur under estimate time to counter dalam 45 minit. Saya takde banyak masa yang boleh dibazirkan sebegitu lama semata-mata nak tengok ikan saje. Bayaran masuk yang dikenakan juga agak mahal....sekitar 28 ringgit seorang dewasa.

Disebabkan ada counter Touch n Go tetapi kad yang saya tinggalkan di dalam kereta, saya lebih rela berpatah balik mengambilnya daripada saya berdiri tegak lebih kurang sejam sebelum dapat masuk tengok ikan. Patah balik ambil kad TnG pun makan masa dalam 13 minit sahaja.

Maka bermulalah pengembaraan keluarga ke alam dasar laut yang menarik. Satu persatu spesies ikan saya tunjukkan kepada Sofea.Mama Sofea pulak tidak melepaskan peluang mengambil post post menarik Sofea dan babanya. Tujuan utama bawa Sofea tengok ikan ni ialah supaya dia cepat mengenal spesies ikan yang ada. Jelawat, lampam jawa, kerapu, arapaima malahan jerung pun ada. Supayanya nanti senang dia pegi pasar ngan baba dan pilih ikan untuk dimasakkan....hehehe.


Disebabkan pusing sekali jer dalam underwater tank tu rasa tak puas nak tengok ikan-ikan yang ada, saya masuk skali lagi dalam tunnel. Pusing satu tunnel rasa sekejap sangat, tak berbaloi dengan harga tiket masuk ke dalam ni....ces ces....ini macam parent Sofea pulak yang enjoy tengok ikan...hehehe



Bila dah puas tengok ikan, perut rasa berkeroncong pulak. Kalau ikut hati nak je saya tangkap kerapu yg paling besar dalam kolam ni...ada la dalam 120kg.....buat kenduri pun tak abis ni...tapi jangan ajak Ayaq (my coursemate), gerenti tak cukup.....hahaha.

Kami bertiga berjalan la ke tingkat atas KLCC mencari cari restoran yang layak diterjah menurut citarasa tekak dan selera kami. Barang perlu diingat (tetapi terlewat) sebab esoknya ialah Gong xi fat choy....maka banyak restoran ditutup awal atau memang ditutup sepenuhnya.Madam Kwan, Little Penang Village antaranya yang ditutup. Ada satu restoran Arab, bila saya lalu sebelah pengunjung yang sedap makan mandi lamb, rasa teruja la pulak....dalam hati tertanya tanya jugak brape hengget kene ketuk kalau aku mentedarah kat restoran ni????....sedap nafsu dah tak blh tahan, saya pun masuk ke restoran arab tersebut.  Tanya pada waiter apa yg boleh saya order....dia kata ada lunch buffet...mandi rice...perghhhh...dalam hati dah terdetik,"Mantap....". Tiba tiba dia cakap lagi setengah jam nak tutup dah restorannya. Apa kejadah restoran arab ni ....dia bukan celebrate CNY pun.....bukan dia kene sediakan yee sang pun.....haram jaday punya restoran. Takkan aku nak makan punye laju....30 minit kene bayar dan blah.....tu nia seng.......saya blah!

Ajak mama Sofea pergi makan mandi lamb dekat restoran arab di Jalan Damai....lagi pueh hati. tempat yang selalu saya kunjungi bila tekak terasa nak mkn Arab cuisine....amik kau....dapat makan dalam private room lagi.....meja dining punya la besaq, kami makan bertiga je.....

3 minutes seater

Tapi sebelum kluar dari KLCC, baba sempat bawak  Sofea masuk butik Harley Davidson yang baru dibuka. Ada sorang awek sale yg keje dlm butik tu agah-agah Sofea lantas Sofea pun menunjukkan skill mesra dia...terus nak didukung oleh awek yang berambut ala ala penyapu jerami....hehehe...tapi baik budaknya. Bakal naik pelamin hujung tahun nanti....pandai Sofea bg peluang baba kenal awek tu....hihihi....my daughter!

Nampak ke minah ni????