0 Bukit Jalil-KLCC nite ride
Planning to tour Kuala Lumpur City Centre by nite executed on last Wednesday 11 Nov. A group of 7 riders; Nik, Yeti, Chief, David, Rostan, Shahrin and myself were the participant for this week. Pedalling commenced from Bukit Jalil junction into MEX Highway proceed to Jalan Tun Razak exit with road elevation between 20-45meter. Its quite exciting and boosting tour because MEX Hiway elevation made my heart pumping crazily due to the tyre that I am using. Currently I am using the Kenda 2.1 offroad tyre while cycling on the road. But due to this reason, I can say I'm satisfied with my performance as this tyre helped to improve my cadence.
From Jln Tun Razak, we enter Jalan Bukit Bintang straight to The Pavillion. Chief tyre puntured somewhere in Jalan Tun Razak and made the changes here while being watched by the road users cought in traffic jam. Its fascinating when you can ride in the middle of Golden Triangle by bicycle and do cilok between cars cought in traffic jam.....walllaaa adios amigos braders......
After that, we proceed to Jalan Sultan Ismail heading to steambot hawker in front of Zouk. We had a break. Some of us having the steambot while 2 of us skodeng gals going in and coming out from the club...nice view!
From Zouk, we proceed our journey back to Bukit Jalil via Dataran Merdeka, head up to Jalan Bangsar toward Jalan Klang Lama and reached Bukit Jalil back. Total distance we got that nite was 33.37km. Our ride complete at 1230am.
0 Fallin' Day at FRIM
Apalah nasib, orang pakai klip masa kayuh basikal, aku pun nak pakai jugak.Bila orang kayuh laju pakai klip, aku pun blh cucuk belakang derang jugak.Maknanye bagus la pakai klip.Boleh bantu kuatkan momentum kayuhan. Tapi yang kontra nye bila pakai klip ni, kalau terlupa yang kaki tu melekat kat pedal, punah dan haru biru jadinya. Boleh jatuh gaya baby baru belajar bertatih.....eeeeekkkkkk boommmm.Dah terbaring kat tanah sambil kene himpap ngan basikal......adui la haiiiii...klip klip.....Semalam masa kayuh kat FRIM, belum masuk trail lagi aku dah jatuh dengan penuh hormat...nasib baik bukan kat area public...kalau tak buat tebal muka. Lepas tu masa dah naik Steroid Hill, nak masuk corner belah kanan, jatuh lagi skali. Tapi jatuhan kedua tu dah agak berhati hati sebab klip kaki kiri dah released.Budget kalau nak berenti nanti turun kaki kiri dulu....skali dia nak jatuh belah kanan daaa......berdarah lagi lutut aku ni.
Overall kayuhan di FRIM:
1] Trek offroad yang mantap....agar sukar tapi masih boleh dikayuh lagi. Memerlukan stamina yang so-so.....sesuai untuk beginner practise.
2]Laluan awal kayuhan lebih kepada santai dengan keadaan single track di tepi gaung. Perlu berhati-hati kerana akar pokok timbul berselirat di atas track.
3] Di mana ada kemahuan,, di situ ada jalan.....jalan dah tutup camni, angkat la basikal masing-masing. Laluan rover dengan keadaan jalan gravel menambah lagi seri track FRIM ni. Kalau kederat ada, boleh kayuh laju-laju....
Overall kayuhan di FRIM:
1] Trek offroad yang mantap....agar sukar tapi masih boleh dikayuh lagi. Memerlukan stamina yang so-so.....sesuai untuk beginner practise.
2]Laluan awal kayuhan lebih kepada santai dengan keadaan single track di tepi gaung. Perlu berhati-hati kerana akar pokok timbul berselirat di atas track.
3] Di mana ada kemahuan,, di situ ada jalan.....jalan dah tutup camni, angkat la basikal masing-masing. Laluan rover dengan keadaan jalan gravel menambah lagi seri track FRIM ni. Kalau kederat ada, boleh kayuh laju-laju....
4] Mula masuki laluan trail seterusnya menuju ke kedai kopi dekat Hospital Kusta Sg Buloh untuk pekena teh misai kucing yang sangat diminati Khairul Yeti. Laluan gravel telah bertukar menjadi laluan tanah merah. Kepastian yang pasti ialah basikal anda akan bertukar warna.
5] Sebelum meneruskan perjalanan ke kedai kopi, singgah dulu di Steroid Hill. Pendakian yang tak seberapa tinggi tetapi laluan yang menjulur panjang memeritkan paru-paru mengepam oksigen ke otak. Mental kene kuat baru lepas kayuh. Aku menolak 1/4 bukit ni tapi berupaya juga kayuh sampai ke hill top untuk meneruskan agenda downhill yang dinanti nantikan oleh setiap rider.MANTAP........ Cotodor Sharin sempat membuat aksi superman depan aku ketika hampir sampai ke
penamat......nasib baik ko tak injured Bro!
6] Selesai enjoy di Steroid Hill, proceed to Sg Buloh. Layan downhill lagi tapi kali ni keadaan track basah. Terdapat laluan air di tengan trail yang memerlukan rider lebih berwaspada tambahan pula daun kering berlonggok di tengah trail melembapkan lagi keadaan jalan. Apakan daya, walaupun telah 99% berwaspada, Khairul Yeti telah menjadi mangsa lubang ajaib laluan air. Masalah nya hari ni rider yang jatuh teruk semuanya jatuh depan aku.......WTF man.......nasib baik Deore 2010 aku memberikan respons unggul dengan cengkaman ala-ala ABS.Kalau tak dengan aku skali bikin rim 8.
7] So kayuhan ke kedai teh misai kucing dibatalkan. Perjalanan ke kedai mamak di FRIM diteruskan untuk mengisi perut yang sedang kebuluruan. Perjalanan balik melalui trail apa aku tak hingat, pun layan. Sehingga sampai ke tarmac seterusnya, kami layan downhill lagi. Kelajuan yang direkodkan mencecah 47km/h. Laju siot.....XCR aku memainkan peranannya di sini.....
8] Destinasi penamat-----------------------------> waterfall.......body massage.Ride tamat lebih kurang pukul 1 petang.
0 1 2 4 TriAL
I am trying to fuck around with this new template but its kind a stubborn things to follow my order. do excuse me a while until I get the solution. I thought I already lost my programming skills using my 10 magic fingers but that is not true.....I still understood the parameter. But this XML really make me tired....I got to leave it as it is now because this fuckong sentences make me feel like I am doing my final semester tesis.....I hate it!
0 Memancing Di Kelong Paradise,BNO
When the sun set, the stars shower start.
Setiap minggu jantung aku ni bekerja keras pam darah seluruh badan bila kayuh basikal. Kekadang terasa penat pulak nak berkayuh, tapi tak dinafikan gian kayuh akan muncul bila dah lama tak kayuh. Kali ni gian mancing pulak datang. Minggu ni aku dengan sepupu aku pergi melepaskan gian di Kelong Paradise, Sabak Bernam. Perancangan dah diatur rapi sebulan yang lalu dengan geng-geng sekolah sepupu aku ni.
Actually geng sekolah sepupu aku ni pun geng sekolah aku jugak. Semua old boys teknik Ipoh tahun 87-88. Aku pulak old boys tahun 97-98. Gap umur aku dengan sepupu aku ni 10 tahun. So kirenye aku pergi mancing kali ni dengan super duper senior aku la.Gambar sebelah ni la Old Boys SMT Persiaran Brash, Ipoh. Yang baju biru Kamal, sepupu aku, baju putih aku tak ingat namanye...officer di MBSA,baju hijo Yusli, kontraktor, baju hitam tu pun aku tak ingat namanye, last but not least, yang pakai topi koboi dok tengah laut, Aku...panaih gila tu pasai suka pakai topi koboi bila pi mancing.
Hehehe......wak misai dah naik.Tangkapan pertama naik dengan berat dalam 900gram. Takde hal, sembilang pun sembilang la.Buat kari pun sodap......
Kamal, bersyukur la dengan rezeki yang ko dpt kali ni. Ni kalau kene goreng ni dah tinggal besar kuku je ni....hahahaha.Takpe, masuk kan je dalam ice chest...bawak balik tunjuk kat anak.
Ingat bila mlm ada la jenahak sambar mata kail aku, rupanye wak misai jugak yg nak makan...takpe,aku masukkan jugak dalam ice chest.Biar Sofea tengok ikan yang bapak dia tangkap.
Penat ah tunggu ikan tak nak mkn, aku pun pegi makan...pastu tido. Sedap betul tido tengah laut ni.Sejuk sampai ke tulang sum-sum. Kene pulak angin sepoi-sepoi tiup ke muka....adusssss....pastu mimpi antu air kacau.....awakaka padan muka aku. Pastu aku masuk dlm tido kat depan tv sebab ari ujan.
Masa tengah tunggu bot nak balik, baru la air cantik sampai. Time ni la pulak ikan bawal pisang ni main kat depan kitorang.Kamal pun tak blh tahan. Joran yang dah dibungkus rapi dibuka semula semata-mata nak tackle bawal ni. Alhamdulillah dapat jugak sekor. Aku tumpang bergambor je.....Credit to Kamal.Sebelum balik ice chest ada banyak air 100Plus daripada ikan.Sampi rumah ice chest penuh dengan sotong, ketam dan udang......hehehe.....terror tak aku gi mancing.
0 Seruan Haji
Seruan Haji
“Panggilan haji,
Telahpun bermula,
Menunaikan ibadah,
Ke Baitullah”.
Itulah di antara bait-bait lagu seruan haji yang didendangkan oleh kumpulan Rabbani ( tak silap saya). Pada masa ini, musim haji untuk tahun 1430 sudah hampir untuk bermula. Terasa keseronokan, ketenangan dan kedamaian ketika berada di Tanah Haram yang lalu menjelma semula. Ketika melaungkan talbiah mengikut siaran televisyen, hati terasa sangat sedih. Tiba-tiba perasaan sebak mula meruntum dalam dada. Mungkin keberkatan dan kebesaran Ilahi membuatkan hamba-Nya dahagakan ketenangan yang hanya boleh diperolehi di rumah-Nya, Masjidil Haram. Ya Allah, jemputlah aku lagi ke Masjidil Haram Mu.Amin.
Ahad lalu, 8 Nov 09, lebih kurang jam 11 malam , kedua ibu dan bapa yang tersayang telah diiring ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya untuk menunggu penerbangan ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan rukun Islan yang kelima. Alhamdulillah, antara doa yang dipanjatkan di depan Multazam semasa mengerjakan umrah dahulu didengar dan dimakbulkan Allah s.w.t. Walaupun surat pengesahan daripada Tabung Haji sampai 3 hari sebelum penerbangan,, Alhamdulillah persiapan awal kedua ibu bapaku mengurangkan tekanan untuk berangkat ke Tanah Suci. Itulah antara dugaan awal yang perlu dihadapi oleh hamba-Nya sebelum berangkat ke Tanah Suci. Jika dari awal umat-Nya gagal menghayati dan menghadapi dengan sabar dugaan yang diturunkan, apalah agaknya yang akan terjadi kepada diri mereka apabila tiba di Tanah Haram kelak. Seribu satu dugaan yang kekadang tidak dapat diatasi oleh logic akal boleh berlaku dengan kehendak-Nya. Oleh itu, sentiasa bersabar, bertaubat dan berzikir untuk membersihkan jiwa yang penuh dengan dosa ini.
Alhamdulillah, kedua ibu bapaku selamat mendarat di Jeddah pada Isnin, jam 8++ malam ( waktu Malaysia ). Mereka juga telah selesai mengerjakan umrah dan sedang menanti bermula nya musim haji yang akan datang dalam masa lebih kurang 2 minggu sahaja lagi. Didoakan semoga ibadah haji yang bakal mereka laksanakan akan berjalan lancar, kedua mereka diberikan kesihatan yang bagus, diduga dengan minimum dan memperoleh haji yang mabrur.....insyallah.
Laibai kallah humma labbaik, laibbaikala sharikalakala baik, innal hamda, wannikmata,
lakawal mulk, la syarikala'............