"It's a quote that everyone try to understand..."

Pemikiran positif

Friday, March 25, 2011
Apabila memulakan hari anda setiap pagi, akan wujud persoalan dalam diri tentang masalah yang perlu diselesaikan ataupun memikirkan tentang kerja apa yang perlu dilaksanakan pada hari tersebut. Saya ringkaskan kita hidup di dunia ini untuk membantu manusia dan diri sendiri menyelesaikan masalah. Jika manusia tidak lagi mahu berdepan dengan masalah, bermakna manusia tersebut sedang bersedia untuk mati.


Bagaimana kemampuan seseorang untuk mendapatkan kekuatan menyelesaikan masalah yang dihadapi?
Adakah dengan tidak ambil peduli, menangguhkan penyelesaiannya atau hand-over masalah dihadapi untuk orang lain menyelesaikan masalah yang timbul akan menyelesaikan masalah tersebut mengikut cara yang kita kehendaki? Bagi saya, setiap masalah perlu diselesaikan dan tidak boleh tidak dilupakan kerana satu masa nanti masalah tersebut akan dihadapi semula. Benar kata bidalan, hidup umpama roda, kekadang di atas kekadang di bawah. Oleh itu pusingan hidup tetap sama, cuma dibezakan keupayaan dan kebijaksanaan seseorang menangani masalah dihadapi.


Kekuatan pemikiran positif perlu ada dalam diri setiap orang. Terutamanya golongan muda, remaja dan belia yang dilihat semakin tidak menonjol. Kekuatan untuk menangani masalah yang dihadapi tidak menunjukkan sikap professional dalam menyelesaikan masalah. Terma 'jiwa kacau' memang sesuai sangat dilabelkan kepada golongan seperti ini kerana mereka cuba menunjukkan kepandaian menganalisa dan menyelesaikan persoalan dalam hati dan masalah dihadapi dengan cara memaki hamun, menzahirkan amarah dengan penulisan yang boleh dibaca dan dinilai oleh semua orang, tetapi terlupa sikap sedemikian cuma akan ditertawakan oleh orang lain yang menilai diri mereka. Mereka yang begini tidak wajar berfikiran dengan mengamalkan cara sedemikian untuk mengurangkan tekanan yang dihadapai kerana salah satu faktor untuk menyelesaikan permasalahan ialah bagaimana kaedah untuk selesaikan masalah tersebut.


Kekuatan minda agar sentiasa berfikiran positif akan menjadikan seseorang kuat, tabah dan bijak untuk menangani masalah yang dihadapi. Jangan terlampau difikirkan sangat dengan masalah tersebut sehingga mengganggu aktiviti kehidupan rutin kita. Jangan sampai tidur pun tak lena, malahan lebih teruk sehingga terbawa bawa di dalam mimpi. Lebih baik menzahir dan tunjukkan perasaan yang kita sedang bergembira dengan apa yang kita lakukan daripada menunjukkan mimik muka dan bibir muncung panjang, seolah kita mahu semua orang tahu kita bermasalah. Bersedia untuk berdebat mengenai apa jua perkara dan bersedia juga untuk menerima idea orang lain dan menolak ataupun memendamkan sahaja pendapat diri sendiri walaupun semata-mata untuk menggembirakan hati orang lain. Tidak ada ruginya jika pendapat kita ditolak kerana kita tidak perlu bayar pun untuk melihat orang lain gembira.


Orang Melayu sentiasa ada perasaan malu. Perasaan malu ini baik kerana ia menjamin tatasusila dan kesopanan seseorang yang bergelar Melayu. Melayu penuh dengan kelembutan dan saya bersyukur sebagai Malayu. Tetapi sikap malu ini jika diamalkan secara berlebihan membawa kemudaratan. Berikutan sikap malu, kita akan menjadi penyegan dan seterusnya menjadi malas kerana malu membuat apa sahaja. Malu dikomen dan dikritik kerana amalan malu yang diamalkan menjadikan seseorang itu tidak mampu untuk 'all-out' melaksanakan kerja yang diamanahkan. Biarlah malu bertempat, jangan dimalukan di bilik mesyuarat.


Sentiasa memandang ke bawah melihat dan merenung kesusahan yang dihadapi pihak lain agar kita sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan. Sesekali pandanglah ke atas sebagai motivasi dan idola memajukan diri. Janganlah berjalan sentiasa berhidung tinggi sebab bila hujan nanti penuh air dalam lubang hidung...


Ni semua sebab dah jadi malas nak menulis la ni...

2 comments:

Siti Fatimah Says:
25/3/11 11:31

apa yg ko merepek ni? this is sooo not u yg ku kenali.

Anonymous Says:
9/4/11 21:43

assalamualaikum,

one nice entry. i believe i benefit from your article here as i needed such encouragement at the moment.

Post a Comment