"It's a quote that everyone try to understand..."

Malaysia Gold Jamboree 2011

Monday, March 28, 2011
Acara jambore mountain bike pertama yang disertai untuk tahun 2011 diadakan di Bukit Merah Lake Town Resort, Perak pada 27/3/2011. Dianggarkan seramai 2800 peserta menyertai jamboree kali ini. Penilaian terhadap penganjur jamboree berdasarkan kepada pencapai dan prestasi pengurusan pada tahun-tahun yang lepas dilakukan untuk memilih penganjur terbaik dan trail yang terbaik sahaja bila menyertai jambori pada tahun ini. Ini untuk mengelakkan penyertaan yang terlalu kerap kerana sejak kebelakangan ini pelbagai pihak samada kedai basikal, kelab dan persatuan yang ingin menganjurkan jamboree basikal lasak tetapi pada hakikat sebenar keuntungan yang dicari.


Kayuhan di Bukit Merah sejauh +-48km melalui laluan sawit yang redup yang sangat berlecah dan licin, meradah banjir di tengah kebun sawit sejauh 1.5km, laluan di sepanjang kawasan sawah di Kg Gunung Semanggol dan tarmac. Laluan berbukit di pintu masuk BMLR sebagai 'tanda mata' basikalis sebelum menamatkan kayuhan di hujung kaki bukit. Downhill, hanya dalam mimpi para basikalis.


Ada basikalis yang enjoy dengan kayuhan cross-country sebegini. Mungkin kerana laluan yang sangat landai dan tidak berbukit menjadikan masing-masing kayuh perlahan menikmati keindahan persekitaran. Tak kurang jugak ada yang tidak setuju dengan laluan ini kerana terlampau landai. Saya sendiri kurang bersetuju dengan pemilihan trail di sini kerana terlalu landai dan banyak sangat laluan berpasir. Laluan berpasir akan menggunakan tenaga yang lebih untuk mengayuh basikal kerana tayar mencengkam kuat di pasir basah. Bukan sahaja habis berlemuih dengan lumpur satu badan, basikal pun dapat menyelam dalam banjir sedalam paras paha. Risau RD dengan hub belakang rosak bila terlampau banyak air masuk. 


Ramai kawan-kawan saya yang dapat medal. Ini bermakna mereka mendapat ranking bawah 1000. Saya pun dapat medal.Kedudukan yang tak pasti ialah 899 disebabkan ada 3 orang gadis yang menghulurkan medal kepada basikal yang sampai. Mungkin ranking saya rendah lagi kot kalau pilih kat gadis yang paling kiri. Ramai juga basikalis yang cedera. Ada yang melanggar kereta, ada yang kekejangan dan tak kurang juga nak cover malu, buat buat cedera.


Yang pasti jamboree kali ini, KNR enjoy sebab dapat makan kue tiow Doli di Taiping dan mee udang/nasi udang/nasi goreng puyuh di Changkat Jering. Sedikit kekecewaan kerana tiada rezeki untuk menikmati nasi ganja kerana kedai Yong Suan di Ipoh tutup pada hari Sabtu. Kedatangan kami tidak dialu alukan agaknya. Kami mencuba di restoran nasi ganja baru di sebelah hospital, tapi hampeh!


Kalau ada penyertaan jamboree lagi lepas ni, kami nak buat bbq pulak di inapdesa yang bakal didiami.Malas nak keluar cari kedai makan dah.Masak dan makan sendiri di rumah lagi baguih.

2 comments:

zicco rider Says:
29/3/11 12:14

cuma yang agak terkilan sedikit pada sessi perlepasan ...ramai yang datang lambat main curi tulang....tak melalui start/finish line pun...kesian kepada yang datang awal untuk berada di line start sejak pukul 6..penganjur boleh baiki kesulitan itu.

Shahrul Kaylah Says:
29/3/11 13:35

ini common problem masa di starting line zicco.tapi rasanya bila diorang potong 'q' pun, tak dapat jugak podium.yang penting enjoy the ride.

Post a Comment