Leka rebut kuasa hingga lupa tingkat ekonomi bangsa akibatnya agihan kekayaan tak sekata.
KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008 membuktikan dengan jelas perbezaan sistem nilai antara bangsa Melayu dengan kaum lain. Walaupun kedua-dua bangsa mendominasi kedua-dua pihak Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat ia menterjemahkan sistem nilai yang berbeza.
Bangsa Melayu sinonim dengan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan tradisi muafakat sejak berkurun. Bangsa Cina pula sentiasa berusaha dan tekun untuk membangunkan ekonomi dan menggunakan kuasa politik untuk kepentingan perusahaan.
Melayu dalam UMNO, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diyakini masih tebal dengan jiwa tradisional walaupun terpaksa bertindak untuk melegakan perasaan rakan mereka dalam gabungan siasah. Jika adapun Melayu yang sanggup menuturkan sembah derhaka, tindakan mereka sekadar melunaskan kemarahan peribadi apabila hajat siasah tergendala.
Ada juga Melayu yang memegang kuasa sanggup meleburkan bahasa dan adat resam sendiri kerana memikirkan rakan gabungan yang sentiasa mengharapkan sikap terbuka sebelah pihak, sedangkan pihak lain begitu rakus memainkan isu perkauman. Keterbukaan Melayu ada masanya merugikan bangsa sendiri.
Kelemahan ketara bangsa Melayu adalah terlalu ghairah mengumpul pengikut, sedangkan pihak lain bertindak mengambil kesempatan siasah untuk mencipta peluang perniagaan dan perdagangan. Keghairahan mengumpul pengikut juga menjadi dorongan seseorang Melayu untuk kekal berkuasa, mencari pengaruh dan mengumpul penyokong yang kian bertambah.
Pada masa sama mereka lupa untuk membantu pengikutnya mempunyai nilai ekonomi, menyebabkan agihan kekayaan bangsa Melayu tidak merata. Hanya segelintir Melayu berjaya dan yang terbanyak adalah Melayu yang masih mengharapkan subsidi dan naungan pemerintah untuk berjaya dalam sesuatu bidang. Kesannya, lahirlah Melayu yang berfikiran jumud, taklid dan pengikut pendapat lain tanpa sebarang pertimbangan akal.
Kesibukan mengumpul pengikut juga mendorong Melayu bergeser sesama sendiri kerana menggunakan formula siasah untuk berkuasa atau mengekalkan kekuasaan. Pergeseran sesama Melayu mendorong pihak lain mengambil kesempatan seperti berlaku pada pilihan raya umum lalu.
Sejak Parameswara membangunkan kesultanan Melayu Melaka pada 1403, tradisi mencipta pengikut dan pengaruh begitu tebal dalam sejarah Melayu. Pihak istana mendapat laba daripada kesetiaan rakyat. Raja dibantu Bendahara dan Temenggong menguruskan pentadbiran. Rakyat yang setia sentiasa tidak mampu berfikir dan mendapat peluang ekonomi. Kesannya, segelintir mencapai kejayaan dan terbanyak menerima kegagalan hidup.
Berbeza kaum Cina tidak kira MCA, GERAKAN, DAP sistem naungan ekonomi berpaksi sejak abad ke-19 ketika penjajah British membawa mereka ke kawasan perlombongan di Tanah Melayu. Pendatang dari selatan China diarah bekerja di kawasan lombong dan bijak mempelajari nilai tempatan menyebabkan mereka selesa untuk terus tinggal di negara ini walaupun penjajah kembali ke British menjelang 1957. Keturunan mereka bijak memanfaatkan kesempatan daripada golongan pekerja kepada pencipta pekerjaan.
Kejayaan mempelajari dan menerima nilai tempatan serta diadunkan dengan cara hidup positif, membantu bangsa Cina membina sistem kongsi yang mengutamakan kepentingan kecinaan sehingga kini.
Mereka mungkin bergaduh dan bergasak mengenai ideologi politik, namun mustahil untuk mereka meninggalkan perusahaan dan mencipta peluang ekonomi untuk kaum sendiri. Isu pendidikan dan peluang ekonomi sentiasa mendominasi pemikiran kaum Cina kerana mereka sedar kedua-duanya mempunyai paksi untuk menaungi siasah pada masa panjang.
Kita jarang menemui kaum Cina yang kandas perniagaan kerana sukar menyediakan modal. Sistem kongsi memberi peluang sesiapa saja mencipta kekayaan asalkan rajin berusaha dan tidak segan menerima strategi pengurusan perniagaan yang berjaya.
Berbeza dengan Melayu, isu politik sering menjadi kerenah yang merenggangkan, subsidi baja padi menjadi duri dalam daging di kawasan pertanian. Bantuan mangsa banjir dinafikan kerana perbezaan fahaman. Pentadbir negeri berbeza dengan Pusat menimbulkan kekalutan sesama sendiri. Isu pengaruh dan kekuasaan peribadi sentiasa menjadi belenggu yang melelahkan. Melayu bergaduh sesama sendiri, hatta di dalam sesebuah pertubuhan pun mereka tidak sekata dan melompat parti.
Perseteruan demi perseteruan sesama Melayu menjadi opera lunak yang dipertontonkan pihak lain. Melayu bergelut mencari pengaruh dan pengikut, Pihak lain lenang mengaut laba ekonomi kerana kebersamaan berfikir dan bertindak.
Imlan Adabi
imlanadabi@nstp.com.my
0 Winter In Beijing 2010
Penutup tahun 2010, destinasi pilihan untuk dilawati kemungkinan negara China atau lebih spesifik, kami akan bercuti di Beijing, China. Di sini terletaknya Forbidden City, sebuah kota agung di zaman Dinasti Ming yang masih kukuh berdiri sehingga ke hari ini untuk dipertontonkan kepada generasi akhir zaman bagaimana hebatnya orang zaman dahulu mampu mengilhamkan dan merealisasikan sebuah binaan yang besar dan terancang kira kira 600 tahun dahulu. Satu lagi tujuan kami, sebenarnya aku nak ikut pergi ke China ni ialah kerana aku nak tengok salah satu keajaiban binaan manusia daripada jumlah keseluruhan 7 yang terdapat di dunia ini. Dan ini bermakna ada lagi 6 wonders of the world yang akan aku lawati sebelum umur aku mencecah 35...hehehe...(objektif+melancong).
Pakej yang kami ambil ni ialah pakej Muslim selama 6 malam 5 hari. Alhamdulilah, restoran yang dibawa kami untuk menikmati hidangan semuanya restoran Muslim tapi tak dikategorikan halal kalau di Malaysia sebab di restoran ini juga ada dijual beer. Tapi makanan yang dimasak semuanya halal lah pada perkiraan aku yang tak banyak sangat songeh bab makanan ni. Kalau di zaman pemerintahan Lady Dragon, salah seorang daripada 2 permaisuri yang pernah memerintah China di zaman dahulu, sebanyak 182 jenis hidangan akan disediakan oleh tukang masak istana kepada Baginda Permaisuri. Dan daripada sejumlah makanan yang disediakan, kemungkinan cuma 2-3 makanan sahaja yang akan dijamah oleh permaisuri pelahap tersebut mengikut taste dan rasa anak tekak baginda. Yang lain tu tidak dibenarkan di makan oleh tukang masak mahupun gundik-gundik kerana makanan tersebut merupakan makanan di raja yang hanya boleh di makan oleh raja yang memerintah sahaja.
Kembali ke meja makan kami, ada lebih kurang 10 jenis hidangan yang disajikan setiap kali kami menjamu selera.Satu mangkuk sup tawar besar,satu pinggan daging ikan fillet yang digoreng rangup-->sedap, kobis masak sos tiram, capsicum dengan daging, entah apa ke jenis sayur lagi lah yang dihidangan, tapi mostly banyak sayur atas meja makan. Dan setiap masakan tu ada yang tawar, masin, manis, masam......semua rasa ada secara unik pada setiap satu masakan. Ini lah yang membezakan masakan orang Cina dengan orang kita. Tiada masakan lemak, tiada masakan yang manis dan masin pada setiap pinggan hidangan. Pada aku mungkin ini yang dikatakan diet seimbang dalam menu makanan sehari harian. Dari hari kedua aku di sana, aku cuma meratah sayur dan lauk yang disediakan. Tidak lah terlampau tipikal sangat hendak menikmati nasi setiap kali sampai masa makan asalkan perut beralas sudah memadai untuk mengelakkan cuaca sejuk di sana. Ada seorang makcik dan anak lelakinya dari Alor Star yang mengikut sama rombongan kami ini yang agak fussy bila tiba waktu makan. Dari makanan yang dibekalkan di dalam kapal terbang sehinggalah ke hidangan menu harian yang disediakan di restoran, makcik ni langsung tidak akan menjamah makanan tersebut. Atas prinsip apa makanan ini tidak disantap tidak lah aku ketahui tapi mereka dua beranak cuma akan menjamah nasi yang disediakan sahaja bersama serunding daging yang dibawa dari rumah.
Kalau aku, agak menjengkelkan apabila melawat ke sesebuah negara tetapi tidak merasa masakan tempatan yang halal di tempat tersebut kerana salah satu pengalaman yang akan kita perolehi apabila melawat ke negara orang ialah citarasa masakan dan makanan rakyat tempatan tersebut. Tidak la balik balik dengan masak lomak cili api.......
Sekarang musim sejuk di Beijing. Suhu yang diberitakan adalah sekitar -2 - 12 darjah Celcius. Tiupan angin pada waktu siang agak kuat menambahkan lagi kesejukan yang dah sedia sejuk ke keadaan beku.Sofea dipakaikan dengan 3 helai baju dan 2 helai baju sejuk tapi itu pun masih menggigil sejuk. Kesian dia, sejuk sangat sampai terketar ketar gigi. Kalau dulu masa di Philips Island, Melbourne, aku masukkan Sofea dalam baju sejuk, tapi kali ni aku sendiri pun tak blh tahan sejuk walaupun dah pakai 3 helai baju. Suhu tak la sampai ke takat beku tapi dek kerana angin yang sentiasa bertiup membuatkan keadaan menjadi seronok. Puas nya hati bila dapat balik ke bilik hotel sebab suhu bilik dah disetkan ke 28 darjah celcius. Baru lah lega boleh bukak baju sejuk yang berlapis lapis tu dan Sofea baru la dapat bertenang dari angin sejuk.
Hari ketiga kami melawat The Great Wall Of China.......memang sangat hebat. Binaan yang telah terbina sejak beribu ribu tahun dahulu sebahagian nya masih kukuh berdiri menunjukkan kehebatan binaan masa silam. Binaan yang memakan masa selama seribu tahun ini dan menganjur dari Barat ke Timur China sebagai benteng pertahanan daripada serangan tentera Kubhlai Khan dari Mongolia dibina sejauh kira kira 50km dari Forbidden City. Tujuan utamanya ialah untuk mengelakkan serangan secara terus tentera Kubhlai Khan ke atas Maharaja China ketika itu yang bersinggahsana di Kota Larangan. Aku cuma mendaki anak-anak tangga menuju ke Tower 6 yang terletak paling atas tapi tak berdaya lah....Anak tangganya ada yang tinggi, ada yang rendah, ada yang mendatar, ritma langkah mendaki ke atas seringkali terpesong apabila ketinggian anak tangga tidak sekata. Sesekali melihat ke bawah setelah tinggi mendaki terasa agak sayup kerana tangga -tangga yang dibina sangat curam mengikut kontur bukit di situ. Sakit peha mendaki anak tangga The Great Wall masih terasa sehingga kembali semula ke Malaysia. Kayuh basikal naik bukit Steroid pun tak azab naik tangga nih.....cissss.
Masa perjalanan banyak terbuang di dalam traffic jam di bandar Beijing. Beijing sebuah bandar yang sedang pesat membangun.Rapid development. Nilai hartanah di sini sangat tinggi. Harga tanah bagi keluasan 1m persegi ada yang mencecah sehingga 40,000 Yuen atau RM20,000. Dan ada rumah apartment yang harganya mencecah 4 juta Yuen atau RM2 juta. Gila mahai.....pada aku harga ini memang mahal sebab kalau di Malaysia, 2 juta dah boleh dapat banglo dengan keluasan yang tak terhingga tapi di sini cuma dapat apartment yang kecik saja. Jalan-jalan jangan dibandingkan dengan Malaysia kerana tidak terdapat jalan 2 lorong atau 3 lorong di sana. Kesemua jalan di sana aku kategorikan hiway 4 lorong, besar dan luas dan yang paling best sepanjang perjalanan aku di sana, samada melalui bandar atau pun lorong kecil, tidak ada satu pun jalan yang berlubang. Tak percaya, sila lawati Beijing jika anda tak percaya. Kalau pakai motosikal dengan fork rigid pun tak jadi masalah sebab jalanraya di sana tidak ada lubang.Jalannya diturap dengan cantik dan kemasan hitam pada jalan pun tidak pudar. Aku tak menolak kemungkinan faktor taburan hujan yang tinggi di negara khatulistiwa sebagai salah satu punca kerosakan jalanraya, tapi kalau di KL, mana ada tepi jalan yang tiada saluran air ataupun longkang. Seolah menunjukkan pihak yang bertanggungjawab tidak tahu menjaga kualiti kerja yang dipertanggungjawabkan kepada mereka...cukup 3-4 tahun kene tukar absorber kereta sebab dah tak sedap.
Dalam hati terasa jugak nak main snowball dengan Sofea tapi tak dapek doh, salju turun bulan dopan. Kalau salji dah turun bermakna tak blh dah nak berjalan sakan macam sekarang ni.Sejuk lagi menggila.
15 November, return flight dari Tianjin, yang terletak lebih kurang 2 jam perjalanan dari Beijing kerana kami menaiki AirAsia yang cuma mampu membayar tax airport Tianjin Binhai International Airport.

0 ECC 2010
ECC Melaka 2010
Kami kelihatan bersih dan kemas sebelum jamboree bermula |
Lagi beberapa hari jamboree ECC akan bermula di Dataran Ayer Keroh, Melaka. Persediaan dan logistik masih belum lengkap. Training pun buat seminggu lalu sahaja. Kelengkapan untuk ride malam lansung tak disediakan. Lampu suluh tambahan, lampu headlamp dan apa jua barang tidak disediakan lagi. Mungkin sibuk dengan urusan kerja membuatkan aku kurang ambil pedulik keperluan untuk jamboree kali ini. Jauh dalam hati aku, aku cuma berharap perjalanan dan matlamat untuk mengutip semua sticker di semua checkpoint berjaya harapnya. Jamboree ECC pada tahun lalu tidak dapat disertai sebab bertindih dengan tarikh pertunangan adik aku. Adik aku pun satu, last minit baru bg tau nak bertunang....bertepek pulak kat tarikh aku nak pegi jamboree...adik punya pasal aku kutip no plat je lah.....
Sabtu pagi, 30102010 lebih kurang pukul 10 pagi, aku bertolak ke rumah Z di Bangi. Memang kami dah pakat nak pegi bersama ke Melaka. Along pergi dengan Muz, Abg Lan dengan Abg Zam (geng orang tuaz), Dom, Sivan, Cupin dan saudara Zul masing-masing dengan kenderaan sendri termasuklah Haizan yang datang memeriahkan jamboree bersama keluarga mentuanya.
Nombor keramat 0054... |
Lepas ambil goodies di Dataran Ayer Keroh, kami check-in di homestay yg telah ditempah oleh Z di Taman Bukit Katil Jaya. Nasib baik aku dah makan nasik di RnR Seremban td, kalau tak kebuluran menunggu Abg Lan bersiap nak pegi ke Dataran Ayer Keroh. Semua peserta dikehendaki sign-in pada pukul 6 sebelum kayuhan dilepaskan pada pukul 830 malam. Nasib baik jugak Z ada lampu headlamp extra utk aku pakai. Rupanya lampu suluh aku tetinggal di KL. Aku cuma ada satu lampu yg tinggal, kalau tak menolak la aku sepenuhnya dalam hutan tuh.... Pasal tak ready dr awal la yg sebabkan semua barang tertinggal mcm ni. Muz pulak sblm kayuh dah jadi hal.. Kunci bike rack dia tertinggal kat umah...dah smp starting point baru sedar kunci tertinggal.... Ambik ko, tak sampai 30 minit dah muncul balik kat dataran sambil tersenyum sampai ke telinga...
Tepat jam 830 mlm, semua peserta dilepaskan. Kayuhan tarmac sejauh 7 km bermula menuju ke trailhead yg terletak di dalam kawasan UTeM. Belom cukup panas dan berpeluh, tiba- tiba ambulan st john sampai di trailhead. Seorang rider wanita dah cedera, patah tangan sebab terjatuh masa menolak basikal. Trailhead conjested, semua rider terpaksa menolak basikal menuruni bukit yang sebenarnya boleh ride..... Aku pun mula terpisah dengan geng lain.... Yang penting kayuh je la.... Tak jauh kayuh, trail dah jadi lembik. 5 petang td hujan lebat mencurah di tanah Ayer Keroh. Abis trail tanah merah jadi lembik. Tayar macam donut dow.... tambah gula dan masuk minyak panas, topping dengan coklat then dah boleh duduk dlm showcase BigApple.
Punya la teruk dan penat nak mengayuh. Aku rasa tenaga aku 3 kali ganda digunakan untuk mengayuh dalam tanah lembik ni.....gampang betul. Penat tok sah ceriter lah, sebab dah kayuh dalam hutan sorang diri sapa nak tunggu kan... kayuh je la. Target smp check point 1 baru berenti amik angin. Ok CP 1 clear, sambung ke CP 2 yang terletak 6 km di depan. OK clear CP 2. Proceed to CP 3 letaknya di atas bukit....lg 1km nak smp CP 4, masalah sudah dikesan!
Aku tak blh nak kayuh....sudahhhh,ada kemungkinan sebab casette body dalam hub pecah. Condition di mana casette berpusing tp tayar tak pusing sama..... Aaahhhh tidak, nampaknya aku tak dpt smp CP 5 lah mcm ni.... Jadi dengan rasa kecewa, aku bg tau Haitsan yang berkayuh dengan aku supaya jalan dulu lah. Aku kene balik naik lori jugak sebab dah tak blh kayuh. Aku menolak basikal 200m dr CP4 menuju ke tepi jalan besar dan menunggu lari sampai.
Pengajaran dari kayuhan kali ni, rim dan hub mahal tak menjanjikan kayuhan hingga ke garis penamat! Semangat dan kecekalan yg jitu mampu menerangi kegelapan!
Berlemuih... |
Esok aku tukar rim lah.... Banned CB rim.