"It's a quote that everyone try to understand..."

0 Nasib koi....

Tuesday, January 25, 2005
Tengah sedap aku tido pagi-pagi buta lagi bapak aku dah kejut kan....bangun,kolam koi bocor..
dengan sepantas kilat sederas air laut tsunami aku melompat bangun pegi kat kolam koi aku.Memang betul pun, air kolam aku dah separas buku lali je....panik sampai tak leh pikir kejap apa nak kena buat demi nak menyelamatkan ikan-ikan koi kesayangan aku.
Bayangkan dalam masa 6 jam, air kolam aku yang ada dalam lebih kurang 400 gallon tu leh kering.Punya la sakit hati bila aku bangun pagi ni tgk hotspot aku dah porak peranda.Bukan apa, yang paling aku kesiankan ikan-ikan koi tu.Dah elok membesar bagai johan tetiba lak blh nak mati kan...so aku sadis gila la pagi tadi mengenangkan nasib ikan-ikan aku...Macam mana aku tak sedih, tiap kali bangun pagi, aku pegi tgk ikan tu dl,bagi makan, layan-layan ikan tu berenang jap pastu baru aku lak siap. Petang kang lepas balik je aku tak masuk umah lagi tapi terus pegi tepi kolam tu entertain koi-koi tu dulu, bagi makan...bersihkan penapis air tu ala kadar, baru aku masuk umah...dah nak jadi habit dah aku buat mende tu. Tapi nasib baik la Allah tu sayangkan aku ngan ikan-ikan koi tu....panjang umur ikan koi aku, boleh aku bagi ikan-ikan aku lagi tetiap pagi ngan petang....
Anyway,its not my pond fault.No leaking and breaking at all.Semuanya salah gua sendiri la jugak...hehe.Sebab masa aku basuh filter semalam, aku sudah campak kan satu filter kat lubang outlet.So water flow jadi perlahan then air keluar la dari filter tu.Muaahahaha....tobat lenkali aku tak campak lagi filter dalam outlet pipe tu...nateng sungguh.Ngeri lak rasanyer.
Walaubagaimana pun, scenery japanese garden dengan koi pond aku dah siap sepenuhnya.Tunggu masa untuk pokok-pokok berkembang nak penuhkan laman je skang ni.Dan aku puas ati la atas apa yang aku usahakan dalam masa 2 minggu ni.Ulang alik ke Sg Buloh cari pokok, beli rumput, amik ikan-ikan aku...and now payoff time.Masa untuk aku menikmati keindahan seperti ala-ala ada kat Jepun lak rasanye.Walhal hakiki masih di Malaysia di tengah-tengah hiruk pikuk kotaraya..

0 Japanese Garden

Sunday, January 16, 2005

taman
Posted by Hello

Orang cakap, kalau nak release tension dan release penat elok tengok pokok-pokok, ikan bunga. Sebab fikiran manusia ni tension disebabkan oleh perkara-perkara yang diwujudkan oleh manusia jugak.Oleh kerana manusia jugak yang banyak bagi masalah kepada manusia lain, lebih baik la akau tak berjumpa dengan manusia, mungkin ikan dalam kolam, bunga di taman dengan angin sepoi-sepoi dapat hilangkan masalah yang ada. Disebabkan aku ni pun suka pada keindahan alam semulajadi, so aku ngan bapak aku create la satu taman dengan tema jepun utk melengkap kan hiasan seni taman aku.

So meh sini aku berkongsi pengetahuan aku tentang taman jepun.mana la tau korang pun ada minat yang sama.Basicly, taman jepun kena ada 4 benda utama utk menampakkan ianya sebagai taman jepun.

i.batu (tak kesah samada besar atau kecil.tapi jgn batu kerikil)
ii.pokok bonsai
iii.air (samada dari kolam atau water fountain)
iv.rumput yang bagus

Dengan adanye 4 mende ni, blh la create taman jepun kesukaan anda tanpa memerlukan kos yang tinggi.Mungkin kos banyak kena keluar utk buat kolam.

Karangan pertama


ewahhh...terasa macam nak menaip kerangan masa sekolah-sekolah dulu pulak. tinggal lagi kali ni menaip pakai komputer. dl menulis pakai pen sampai kering-kering pen aku..lenguh tangan tok sah nak cakap la, dah tak rasa dah lengan aku ni kalau menulis surat...tapi aku suka tulis surat, tapi aku malas menaip....muahaha...

aku tengok macam seronok la pulak kawan-kawan aku dah ramai yang ada blog. jadi dengan tak semena-mena aku pun nak buat blog jugak la. tapi kawan-kawan banyak meluahkan perasaan la, cerita pasal A,B dan C dalam blog, cerita pasal kucing, dan kesimpulan nye diari hidup memasing. tapi mungkin aku nak tukar la style blog. kalau aku tulis diari aktiviti aku dalam blog ni, nescaya tak terlarat orang nak baca dan orang pun tak kan percaya apa aktiviti aku tetiap hari.kang ada yang cop aku biggest demon ever in the earth. so aku rasa aku nak up pasal hobby aku la......tunggu la aku up kan...