Posted by
Shahrul KaylahThursday, September 20, 2012
Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna
Ulang *
Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Dalam masa seminggu lepas, lagu ini sering terngiang ngiang di benak minda saya. Yang pasti melodi lagu ini dan verse chorusnya menjadi siulan di bibir. Rupanya ini mungkin secara kebetulan petanda yang saya akan kehilangan seorang abang sepupu rapat. Saya tak pernah membaca bait-bait lirik lagu ini secara terperinci kerana saya cuma meminati melodinya sahaja tetapi hari ini bila dibaca liriknya, seperti lagu ini menceritakan pengakhiran riwayat seorang hamba yang akan kembali kepada Penciptanya semula. Mungkin tidak secara total lirik lagu ini terkesan kepada saya tetapi mungkin lagu ini lebih terkesan kepada isteri arwah yang baru 10 minggu dinikahinya. Semoga Imah tabah menghadapi dugaan ini dan didoakan agar arwah Layne ditempatkan dikalangan Muslimin dan orang2 yang beriman di sisi Allah swt.
Pada hari kejadian, arwah ke hospital utk melakukan normal check-up kerana masalah jantung yang dihadapinya dan ditemani Imah. Sempat juga arwah berseloroh supaya mengambil gambarnya dengan wayar penuh di dada berposing di atas katil di wad CCU dan menyuruh isterinya up di FB. Seperti biasa saya pun anggap arwah bergurau kerana sifat arwah secara semulajadi memang suka bergurau dan buat kelakar.
Jam 5 lebih petang, saya dapat call dari pihak hospital mencari nombor telepon isterinya kerana doktor cuba menghubunginya kerana status kesihatan arwah tiba2 kritikal. Kebetulan pula saya ada appoinment di Hospital Sg Buloh. Niat di hati mmg nak melawat dah alang-alang sampai di sini. Selesai kerja saya, saya terus menuju ke Hosp UiTM Sg Buloh, hospital baru milik UiTM di belakang hospital Sg Buloh untuk melawat arwah. Sebaik sampai pintu masuk CCU, terus doktor pakar memanggil saya masuk ke bilik dan memaklumkan yang arwah baru satu minit pergi. Sebak saya mendengar perkhabaran tersebut. Niat datang nak melawat rupanya dapat tengok tubuh kaku arwah je. Even isterinya pun tak tau lagi tentang pemergian arwah. Allah yang maha besar, jodoh,ajal, pertemuan dan perpisahan di tangan Dia yang maha kuasa.
0 comments:
Post a Comment