"It's a quote that everyone try to understand..."

Banda Aceh

Thursday, January 20, 2011
Penerbangan AK305 dari KL ke Banda Aceh mendarat di Lapangan Terbang Sultan .... jam 545pm waktu Aceh. Penerbangan memakan masa 1 jam 45 minit menghampakan kerana mee goreng AirAsia yang belum sempat dihadam dan belum sempat nak layan lagu-lagu dalam playlist sudah mendarat. Rupanya Aceh dengan KL tak la jauh mana. sedikit turbulance berlaku dalam ruang udara Sumatera menyebabkan mee goreng dalam tray sentiasa beralih alih. Kacau saja beta mau menyantap. Airport Aceh cantik dan menarik. Mungkin kerana bangunan terminal yang baru siap dibina dan kilatan jubin menyerlahkan kebersihan airport ini berbanding airport lain di Indonesia.

Perkara pertama yang dilakukan ialah sewa teksi dan mencari hotel budget yang bagus. Supir membawa kami ke Hotel Diana yang berjarak lebih kurang 17km dr airport. Hotelnya tidak begitu best tp memandangkan matahari sudah mahu melabuhkan sinarnya, maka kami menginap dulu di hotel ini. Malam pertama kami berjalan di sekitar hotel mencari menu makan malam. Objektif utama ialah mencari kedai nasi padang tapi tidak ketemuan. Mungkin telah ditentukan bila sampai ke Aceh kene lah merasa menu masakan Aceh. Lantas satu kedai tepi jalan depan rumah sakit apa ntah (rumah sakit=hospital) kami menikmati makan malam pertama menu Aceh. Yang pasti tak power dan tak ngam.  Penat berjalan mencari lena tido aku malam tu.

Hari kedua kami rancang untuk ke beberapa destinasi sejarah yang berlaku semasa kejadian tsunami pada 26122004 lalu. Destinasi pertama ialah Lam Pulo. Di sini berlakunya peristiwa di mana sebuah kapal nelayan telah dihanyutkan air laut kira-kira 3km dr pantai yang berhampiran. Kapal ini tersangkut di atas rumah penduduk Kg Lam Pulo dan di atas kapal ini terdapat 59 orang yg terdiri drpd lelaki,perempuan,kanak2,org muda dan tua. Alhamdulillah, kesemuanya yg berada dalam kapal ini terselamat. Sempat juga mendengar cerite dr pakcik sebelah rumah yg kapal ini tersangkut.Katanya, dia sempat selamatkan diri dan beberapa org anggota keluarganya naik ke atas bumbung rumah. Tsunami mula berlaku pada jam 1158am dan 3 jam selepas itu baru air surut. Org tua ini terkilan kerana gagal menyelamatkan seorang kanak-kanak 6 tahun drpd menjadi mangsa tsunami kerana kanak2 tersebrut terlepas dari gendongannya semasa beliau cuba membawa budak tersebut  ke tempat tinggi. Maha Suci Allah tuhan sekalian alam, peristiwa ini benar-benar membuktikan kekuasaanNya. dihadapan rumah tempat kapal ini tersangkut terdapat satu kawasan kuburan lama tetapi tidak sedikitpun tanah ku ur ataupun nisan kubur ini binasa. Kawasan sekelilingnya hancur musnah bak padang jarak padang tekukur. Total area cleansing occured here without hesitation. Setelah 5 tahun, cuma beberapa rumah penduduk sahaja yang telah dibina hasil sumbangan dari NGO2 seluruh dunia. Kini kawasan ini sedang diupgrade untuk dijadikan sebagai salah satu monumen sejarah.

Kami kemudian kembali ke arah bandar dan menuju ke Masjid Baiturahman, salah satu masjid yang 'dilindung' Allah semasa kejadian dahsyat tersebut berlaku. Diceritakan bahawa air laut naik setinggi paras kubah masjid di luar pagar masjid tetapi air di dalam masjid tenang sahaja separas lantai masjid. Dikatakan juga bahawa seorang mualaf melihat kebesaran Allah itu mengatakan masjid tersebut dilindungi sepenuhnya, air laut yang kuat terbelah ketika menyentuh kawasan masjid ini. Subhanaallah Allahuakbar. Hebatnya kejadian Allah apabila bisa memelihara rumahNya dan manusia2 yang berlindung di dalamnya. Di sekitar masjid ini terdampar mayat2 manusia, bangkai kapal, kenderaan2 dan sampah sarap yang tidak dapat dibayangkan dek akal. Saya yang melalui bekas kawasan bencana ini juga tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan sebenar semasa berlaku bencana ini. Cuma gambar2 sahaja mampu menceritakan keadaan sebenar.  Kalau dilihat dr gambar yg dirakam semasa kejadian, sungai Aceh dipenuhi dengan sampah dan bangkai manusia yg telah kembong, ada yg terputus kepalanya, ada yang hilang anggota tubuhnya, mayat2 telah hitam dan membusuk, terselit di celah serpihan kayu, bangunan, di atas bumbung, di dalam kenderaan dan ada juga mayat yang terpelihara, lengkap mayatnya bertelekung, bersih rupanya. Mayat kanak2 dan bayi sempurna kelihatannya, bersih dan lengkap. Mungkin kerana masih suci dan bersih dari dosa, Allah pelihara mayatnya. Kebanyakkan mayat yang hitam, kulitnya melekang, rupanya tersiksa ialah orang dewasa. Subhanallah! 

Kemudian kami meneruskan perjalanan menaiki beca roda tiga yang sempit tu ke PLTD Apung 1, nama kapal generator elektrik diesel membekalkan kuasa ke Banda Aceh seberat 2600 tan yang dihanyutkan 5km ke sebuah kawasan perkampungan disini. Penduduk kampung tidak pasti bagaimana dan bila kapal ini sampai ke kampung ini. Apabila keadaan panik, semua orang lari menyelamatkan diri ke arah bandar dan apabila air telah surut, baru mereka tahu sebuah kapal besar dihanyutkan ke kampung mereka. Apa yang blh dijadikan renungan, kapal ini menghempap dua buah rumah org kampung. Salah satu rumah tersebut ialah rumah orang paling kaya di kampung ini. Sekelip mata hancur dan hilang harta hamba Allah ini. Alhamdulillah, tiada sesiapa yang maut dihempap kapal ini. Sukar utk menceritakan kejadian yang berlaku. Jika ada kelapangan dan duit, datang dan saksikan bekas musibah yang diturunkan di sini.

Satu-satunya tempat yg paling ingin saya lawati ialah masjid yang kekal utuh di pinggir laut di mana kawasan sekitarnya hancur, rata ditolak air. Nama masjid ini ialah Masjid Baiturrahim, terletak di Ulee Lee, sekitar 200m sahaja dr pantai. Subhanallah, Allah tunjukkan lagi bukti kekuasaanNya. Sesiapa yg berlindung di dalam masjid ini insyaallah selamat daripada musibah tsunami yang melanda. Kini Msjid Baiturrahim telah dibaikpulih dan dibina satu menara baru setelah menerima bantuan dr negara luar. Dianggarkan cuma 30-40% shj pembangunan yg telah dilakukan manakala selebihnya masih mengharapkan asing. Kerajaan Indonesia sendiri tidak mampu dari sudut kewangan untuk membangunkan semula Aceh kerana kerosakan yang berlaku begitu teruk.

Kemudian kami melawat Muzium Aceh, melihat rumah asli orang Aceh yang dibina sepenuhnya tanpa sebatang paku.

Pengalaman menaiki beca setelah berpuluh tahun tidak menaikinya agak kelakar. Duduk di seat yang sempit berdua bersama Pak Tam, dibawah panas terik matahari kerana tauke beca ni bukan sunroof nya menyebabkan kami kepanasan disiram mentari Aceh. Penunggang beca di sini tak makan saman, lampu isyarat dilanggar sesuka hati menyebabkan kami sering risau apabila beca ini di persimpangan jalan. Bunyi hon dari motokar lain sering dibunyikan menyebabkan kami asyik terkejut dan risau dilanggar motokar lain. Dah la sempit, duduk lama sikit je kebas-kebas kaki aku sebab tak dapat nak lunjurkan kaki ke depan. Kadang-kadang aku duduk skit je atas kerusi sebab nak bagi Pak Tam duduk selesa disebelah, kekadang Pak Tam pulak yg kene duduk di hujung kerusi. Jadi sama-sama rasa terseksa lah! Bila langgar lubang di jalanan, sakit pinggang aku sebab tayar roda tiganya takde absorber! Satu hal lagi yg buat aku gusar, dah la naik motor tak pakai helmet, kene hentam dari belakang mau melambung ke depan ala-ala sumersault menjunam ke jalanraya....aduiiii, blh sakit jantung dibuat paniknya naik beca kat sini. Tp insyaallah, penunggang dan pemandu di disini tinggi sikap toleransi mereka di atas jalanraya.

Hari ketiga, kami tukar hotel. berpindah kami menaiki beca lagi ke Hotel medan pulak. Suasana di sekitar hotel ini lebih meriah, depan hotel ada byk gerai makanan. Di sebelah kirinya pula deretan toko-toko jualan menjual pelbagai barang. Arini sempat jugak membeli untuk anak dara aku 3 helai baju OshKosh. Murah punye pasal tu pasal boleh angkat tiga helai sekaligus. Kalau harga macam kat butik di MidValley, satupun aku tak beli. Mungkin mama SofeA je yang pilih, aku bayarkan je.

Jam 5pm kami naik beca lg (beca motorsikal merupakan kenderaan yang paling efektif di sini kerana ianya murah dan senang didapati selain penduduknya yang ramah dan mesra dengan pelancong luar) menuju ke Lampalaga berjalan jalan. Lepas tu kami mencuba kopi asli Aceh, dikenali sebagai Ulek Kareng( bermaksud perkampungan ikan . Rasa kopinya pekat tetapi warnanya cair. Pahit kopi ini dapat dirasai di tunas lidah dan lebih afdal dinikmati sambil menghisap rokok atau cigar. Memang mantap gabungan kafeine dua benda ni sambil-sambil makan roti paun disapu kaya.

0 comments:

Post a Comment