"It's a quote that everyone try to understand..."

Oz Adventure

Friday, June 11, 2010


Penat,penat,penat....badan penat, kepala penat, kaki penat sepanjang bulan May 2010.Tapi penghujung bulan May 2010 pun penat jugak.Penat menunggu tarikh penerbangan ke Melbourne. Dalam kepala asyik fikir nak cuti-cuti-cuti je.Punya lah semangat kalau bercuti. Bila bab kerja punya la malas....apa boleh buat, lumrah orang Malaysia sekarang yang telah menjadi dilema.


Tiba masanya, 29 May 2010, kami sekeluarga meluaskan pandangan sambil menambahkan pengalaman dan kenangan menjejakkan kaki ke Melbourne, Australia bersama sepupu aku dan keluarganya. Berenam kami terbang bersama selama 8 jam dalam kapal Airasia X. Punya la penat.Nasib kapal long haul ni luas sikit seatnya dari kapal yang short haul.Kalau tidak memang sangat tidak selesa la. Sofea enjoy the flight.Main...lompat kat baba,lompat balik kat Mama, senyum dengan stewardess...cuma bila nak mendarat je dia start menangis.Mungkin sbb pressure dalam telinga sebabkan dia rasa tak selesa. Jam 1200 malam flight arrived di Melbourne International Airport. Masa tengah tunggu beg, aku perasan satu perempuan Oz ni kelam kabut ambil beg-beg satu group passanger ni. Aku pun pelik apsal lak ada orang putih jadi khadam kat melayu ni....Rupenye dia serve utk Tengku Naqiuddin anak Tengku Jaafar (the late Yam Dipertuan Besar NS). No wonder.......hihihi




Resort kami di Reservoir, urban housing area di selatan Melbourne.Tumpang rumah Kak Ina, kakak sepupu aku yang sedang melanjutkan pengajian PhD. di La Trobe Uni. Suaminya pulak bekerja di sini. Bila sampai rumah je, tengok ada nasi dengan ayam sambal...perghh...sedap ni.balun dulu 3-4 ketul ayam dengan nasik sebelum tido. Suhu masa kami sampai dalam 11 degree.Agak sejuk dan Sofea dah pun selsema.Peraturan keselamatan jalanraya menghendaki baby duduk di belakang dalam baby seat. dan peraturan ni buat aku semak kepala sebab Sofea mana nak duduk diam dalam seat ni.Dah la dia menangis dari airport ke rumah. Nasib baik tak jauh sangat perjalanannye.


30 May 2010 - Philips Island




Waktu di sini dua jam awal dari di Tanah Melayu. Tidur malam pertama di tempat orang kurang lena ditambah pula dengan keadaan suhu yang sejuk. Pakai blanket pun masih tak mampu memanaskan badan.Kesian Sofea tidurnya selalu terjaga sebab sejuk. Pukul 900 pagi baru terjaga. Kepenatan penerbangan jauh semalam masih terasa.Jetlag pun masih ada..tapi perancangan Abg Zizi hari ni nak membawa kami ke Philips Island diteruskan. Jam 11 pagi, setelah memasukkan segala barang makanan dan sikit junk food dalam kereta kami pun bergerak. Boy bawa kereta Kak Ina dengan aku. Aku macam malas nak jadi supir...so biarkan dia jadi supir...muahaha.




Dua jam perjalanan ke Philips Island. Jauh jugak.Yang terasa jauh bukan sebab apa, sebab tak boleh pecut lebih dari 100 km/h. Kalau terlebih laju, tiket dan sedia menanti.Aduihh...aku duduk belakang dah keras...mabuk pun ada.ni la bahana kalau tak jd pemandu.Sofea pulak asyik merengek kena ikat dalam seat dia. Masalahnya yang utama kat sini ialah public toilet.tak semua petrol pump ada toilet.Dah jenuh mencari toilet.Cuaca sejuk ni membuatkan otot bladder aku ni sentiasa mengecut...nak terkencing je kejenye. Minum kene banyak.Kalau tak bibir pecah, kulit kering. Sepanjang laluan ke San Remo menyajikan pemandangan ladang luas menghijau saujana mata memandang. Boleh dikatakan sepanjang perjalanan ini tidak nampak hutan tetapi padang ragut yang luas. Lembu, kambing dan lembu susu semuanya gemuk-gemuk.


Sampai di San Remo, kami berehat sekejap menikmati lunch yang dibawa dari rumah. Sofea enjoy mengejar seagull yang banyak berkumpul di tepi tempat kami makan.Jam dah pukul 3 ptg.Pukul 5 semua dah tutup. Kami proceed ke kangaroo zoo. Nak tengok kangaroo dengan wallabe sekali ada kaola jugak kat sini. Snap snap gambar, bagi makan kangaroo, tengok gagak Australia yang ada palit putih kat belakang badan dan besarnya 3 kali ganda dari gagak di Tanah Melayu.The best thing is at Penguin Parade tengok penguin naik dari laut ke sarangnya. Penguin tinggal di Kutub Selatan, beruang kutub tinggal di kutub utara. jadi penguin tidak menjadi mangsa kepada beruang kutub yang ganas.


1st June kami tidak bergerak kemana-mana memandangkan Abg Zizi kerja, anak-anak Kak Ina pun bersekolah. Nak berjalan pun kereta tiada. Perancangan hendak ke Queen Victoria Market di Melbourne City tidak menjadi kerana market tersebut tutup pada hari Isnin.Agenda ke City ditunda ke keesokan harinya. Hari ni aku biarkan Sofea tidur dengan lena di rumah sambil aku melayan Discovery Channel. Dah rugi satu hari...tapi nak buat macam mana, kene jugak berehat. Kalau tak semua orang akan tumbang. Petang nya Kak Ina hantar aku pegi ke Northland, lebih kurang macam pusat beli belah Tesco. Keluasan nya mmg luas...entah brape kali saiz Tesco Cheras tu. Dalam satu bangunan tu ada 3 kedai ala-ala jusco, parkson, mydin tp namanye K-Mart, Target dengan MYER. Pusing2 dalam tu cari lip balm sebab bibir semua dah mula koyak, window shopping then pusing2 je.Harga barang dalam ni pun agak mahal. Harga lebih kurang macam di Tanah Melayu tapi kene kali 3 la...baik aku beli kat sini jer...


  

Pukul 530pm, Abg Zizi datang amik kami dari Northland dan membawa ke tempat paberet aku,...kedai basikal di Preston. Punya la banyak basikal dalam kedai buruk ni..dah tu besar plak kedai dia...Tapi sayang kedai2 kat sini semua tutup pukul 5 petang. Pukul 530 pm hari dah pun gelap.Jadi nak buat apa2 semua kene sebelum pukul 5.Baik kedai makan, kedai runcit apa bala perniagaan la semua akan tutup pukul 5.Bila malam kene duduk rumah sebab takde tempat nak dituju.Kalau kaki mabuk boleh melepak kat pub and bar layan tonggang.


   




2 comments:

Siti Fatimah Says:
11/6/10 14:51

wah best2. ni part 1 kan. nnti buat part 2 3 4 5 6 7 eh. sbb ko pi sminggu so musti la ade 7 kn. kn kn kn?

Haitsan Says:
11/6/10 17:19

gold coast best... mlm happening.. hukhuk...

Post a Comment