Apabila tibanya hari Isnin, maka timbul juga perasaan malas untuk memulakan kerja atau dikenali sebagai sindrom 'Monday Blues' yang telah dipopularkan oleh ideologi Barat untuk melemahkan daya juang dan menurunkan prestasi pekerja Muslim. Walhal pada hakikatnya hari Isnin merupakan hari yang baik untuk menjadikan kita semakin bersemangat melakukan apa jua perkara baik yang perlu kita lakukan kerana....
Jangan terpedaya dengan keseronokan bercuti pada hari Sabtu dan Ahad yang menyebabkan kita terleka dibuai kemesraan 'hari santai' yang sebenarnya melemahkan dan memalaskan diri kita semula untuk bekerja pada hari esok nya.
Hari Isnin
Peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari ini ialah :
1. naiknya nabi Idris ke langit..
2. nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan..
4. malaikat Jibril turun kepada rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia...nabi Muhamad s.a.w
7. Bukti keesaan Allah diturunkan..."Qul huwallahu ahad"
Hari Selasa
1. wafatnya jurjis
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3. Nabi zakaria wafat pada hari ini juga..
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa...
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
6. habil terbunuh hari selasa
Hari Rabu
1. Allah menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya
ke dalam perut bumi.
2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya
3. Allah menghancurkan raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum nabi Saleh a.s
5. Allah menghancurkan kaum nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat
Hari Khamis
1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya .. (ketika ini Nabi Yusof menjadi raja mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke Mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof..
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga untuk bertemu anakanda yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari Khamis untuk mengajak Firaun menyembah Allah.
6. Rasululllah s.a.w memasuki kota Mekah selepas perjanjian Hudaibiyah
Hari Jumaat
1. Pernikahan antara Adam dan hawa
2. Pernikahan antara yusof dan zulaikha
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti
Nabi syuaib a.s
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan khadijah
khuwailid.
5. Pernikahan antara nabi sulaiman a.s dengan Ratu
Balqis dari negeri Saba'
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti
Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan
Fatimah az-zahra
Hari Sabtu
Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya...sebab..
1.Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
2. Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada
mereka.
3. saudara-saudara Nabi Yusof mengkhianati nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam
perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa
5. Orang Yahudi mengkhianati dan mengejar nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah
mengangkat Nabi Isa ke langit.
6. Orang Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad di Darun Nadwah.
7. kaum Yahudi melanggar perintah Allah dengan menangkap ikan walaupun hari itu di larang
mereka berbuat demikian.
Hari Ahad
1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis
4. Allah menjadikan 7 anggota Adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang-bintang yang beredar.
7. Allah menjadikan lautan yang tujuh.
Diantara hari-hari yang tujuh itu..hari Jumaatlah yang paling mulia..dan digelar penghulu bagi segala hari..Banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat.
0 comments:
Post a Comment