"It's a quote that everyone try to understand..."

Bahrain,Syria,Labenon,Jordan Travelling Journey

Sunday, January 4, 2009


Penutup tahun 2008 diakhiri dengan percutian bersama keluarga ke Syria, bumi para Anbi'a yang memakan masa selama 8 hari 10 malam. Perjalanan bermula dari KLIA menuju ke Bahrain menggunakan perkhidmatan udara Gulf Air yang mengambil masa selama 7 jam 30 minit. Dalam flight yang panjang sempat jugak tengok movie 'Wanted' yang disediakan dalam pesawat.Nasib baik ada movie, kalau tak keras+boring duduk dalam kapal terbang.Dalam kapal terbang asyik tengok movie, tertidur kejap, makan nasi beriyani, pergi toilet (sejuk kat dalam kapal buat pundi kencing mengecut.tu pasal asyik nak buang air kecil je) kemudian tertidor lagi sampai la arrival.....hehehe...senang kalau hidup kat darat camni.....
















Berbalik ke perancangan asal, travel itinerary yang diberikan oleh pihak penganjur ringkas. Kami terpaksa bermalam satu malam di Bahrain kerana transit flight untuk ke Syria dibatalkan. Oleh itu, kitorang mengambil keputusan untuk charter satu City Tour dengan hotel untuk bawak kitorang pegi jalan-jalan di bandar Bahrain. Bahrain merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun setelah 70 tahun mengumpulkan hasil 'emas hitam' yang terdapat kebanyakkan di sekitar pesisir pantainya. Ibu negara Bahrain ialah Manama yang pada masa dilawati sedang rancak dibangunkan dengan bangunan-bangunan pencakar langit rekaan moden dan canggih. Sempat la melawat ke bandar baru Bahrain dan kota lama Belanda atau dikenali sebagai Bahrain Fort hasil peninggalan penjajah suatu masa dulu.











Manama City Bahrain Fort@Portugese Port Bahrain National Museum





Manama City Transit Hotel


So, on the next day, 21st Dec 08, kami bertolak ke Syria pada pukul 130pm. (Bahrain is +2 GMT, lewat 6 jam dr waktu Malaysia) dan sampai di Syria pukul 330pm.(Syria is +3 GMT,lewat 5 jam dr waktu Malaysia).So internal clock pelancong-pelancong dr Malaysia ni pun berubah. Bila sampai Syria ada yang dah lapar (sebab dah pukul 930mlm,patut dah dinner, ada yang dah mengantuk). Tapi disebabkan semua semangat nak tengok bumi para anbi'a ni, tahan je la kan.
Nama tourist guide kami ialah Mr Fadi, muslim from Damascus dan ini trip ke lima dari Malaysia yang dia uruskan. Mamat ni tak penah datang Malaysia tapi dia cakap orang-orang di sana cukup mengenali Dr. Mahathir Mohammad.....and we were very proud.....Kami di bawa ke hotel penginapan yang tak pasti berapa jauh dr airport tapi mengambil masa lebih kurang 45 minit. Keadaan di Syria amat berbeza dr Bahrain. First impression on Syria, nampak sedikit tidak teratur, keadaan bangunan-bangunan kediaman yang agak kurang menarik, sistem pengurusan sampah tidak terurus dan orang-orang di sana sedikit rigid...orang arab memang kasar sikit kan.tetapi bukan semua nya negatif.bila sampai di kawasan bandar yang didiami oleh lebih kurang 2 juta penduduknya, semua nya berubah. Keadaan lebih baik dari persekitaran awal di sekeliling airport Damascus. Pada masa ini, Damascus Int'l Airport sedang dinaik taraf agar kelihatann lebih baik dan projek ini dilaksanakan oleh sebuah syarikat dari Malaysia iaitu Muhibah Eng. Sdn Bhd. Byk la mamat2 Malaysia aku jumpa kat airport tu.dah rasa mcm ada kat airport Kuching, Sarawak je pulak.


Bila dah unload semua luggage dalam bilik hotel, kami dibawa ke Al-Kamal Restaurant yang terletak 5 minit perjalanan dr hotel penginapan kami. Sajian yang dihidangkan, macam biasa la, makanan Arab, sayur sayuran, sup perasa kambing, nasi beriyani lauk ayam ngan desert buah.Sebab perut dah terlampau lapar, balun jugak la sampai licin..ni kat bawah ni gambar lauk dan pauk nya...


Nampak sedap kan....

22 Dec 2008

Kami dibawa ke kawasan Pergunungan Qalamun, 45km ke utara Damsyik menuju ke Makam Habil iaitu anak Nabi Adam yang telah dibunuh oleh saudaranya Qabil kerana rasa iri hati. Qabil iri hati dengan Habil kerana Habil dikahwinkan dengan kembar perempuannya yang cantik manakala Qabil dikahwinkan dengan kembar perempuan Habil yang kurang cun. Jadi Habil telah dibunuh dan pembunuhan ini merupakan pembunuhan yang pertama berlaku dalam dunia.




Kemudian kami dibawa ke Gunung Qasiyun untuk menikmati pemandangan bandar Damasus@Damsyik dari puncak gunung.Gunung ni pun blh nampak dari tingkap bilik hotel penginapan aku.....cantik! Point of view ini merupakan bahagian tertinggi Damsyik mengadap kawasan bandar baru Damsyik. Dikatakan juga di sinilah Nabi Mohamad s.a.w berdiri dan melihat keindahan Damsyik.



Kemudian kami ke Takiyeh Sulaimaniah, komplek yang dibina oleh Sultan Sulaiman "The Magnificient" semasa kerajaan Usmaniah yang terdiri daripada Masjid Sultan Abd Hamid,muzium perang,pusat kraftangan dan pusat seni Syria pada zaman dahulu.Sedikit maklumat sejarah mengenai Takiyeh Sulaimaniah:
  • Dibina selama 6 tahun bermula pada tahun 1554 berasaskan rekabentuk senibina kerajaan Usmaniah oleh arkitek terkenal pada masa tersebut, Sinan.

  • Bangunan yang dibina mirip kepada masjis Istanbul,menggabungkan ciri-ciri Syria (susunan batu berwarna hitam selang seli denga batu warna putih yang terdapat semasa pemerintahan era Mamluk dan rekaan seperti batuan honeycomb di pintu masuk utama) dan Turkey (puncak kubah yang tinggi dan menara seperti pensil).

  • Terdapat 2 bahagian: masjid di selatan dan arked di bahagian tengah

  • Semasa pemerintahan waris Sulamaniah, Selim II, bahagian compound Tekiyeh telah dibesarkan untuk dijadikan sebuah madrasah atau tempat mengaji dan terdapat juga air pancut di bahagian tengah Tekiyah.

  • Pada masa kini, bahagian madrasah dijadikan Pusat Seni dan tempat tinggal pelajar pada zaman dahulu kini dijadikan sebagai Pusat Kraftangan.



Water Fountain Courtyard Main Entrance

Kemudian kami ke Bab As-Saghir di mana kami menziarahi makam-makam isteri Rasullullah a.s: Ummu Habibah, Ummu Salamah dan Ummu Hafshah. Kami juga menziarahi makam Bilal bin Rabah iaitu juruazan Rasullulah, Mu'awiyyah r.a jurutulis wahyu dan para syuhada Perang Qarbala.

Dan untuk hari ini, tempat lawatan terakhir kami ialah makam Salahuddin al-Ayubi, pejuang yang telah membebaskan Baitulmuqadis dari tentera Salib.Fakta sejarah mengenai Salahuddin al-Ayubi:
  • Pejuang Islam semasa Perang Salib ini telah meninggal dunia pada tahun 1193 di Damascus. Sebuah makam baru yang dibina dari batu marmar telah dihadiahkan oleh Kaiser Wilhelm II of Germany pada tahun 1898 kerana mengagumi keberanian dan semangat juang Salahudin yang diletakkan bersebalahan dengan makan asalnya yang dibina daripada kayu yang masih lagi kukuh sehingga sekarang.


At the back is Temple Of Jupiter Site




Makam Salahudin al-Ayubi













2 comments:

Siti Fatimah Says:
6/1/09 11:42

laa ko ni stahun skali je update upenye..ekekekeke

Shahrul Says:
10/1/09 23:36

okla tu tut....setahun sekali.mcm ari raya...sebenarnye byk mende rasa nak tulis tapi kurang kesempatan la.

Post a Comment