"It's a quote that everyone try to understand..."

2 Oz Adventure

Friday, June 11, 2010


Penat,penat,penat....badan penat, kepala penat, kaki penat sepanjang bulan May 2010.Tapi penghujung bulan May 2010 pun penat jugak.Penat menunggu tarikh penerbangan ke Melbourne. Dalam kepala asyik fikir nak cuti-cuti-cuti je.Punya lah semangat kalau bercuti. Bila bab kerja punya la malas....apa boleh buat, lumrah orang Malaysia sekarang yang telah menjadi dilema.


Tiba masanya, 29 May 2010, kami sekeluarga meluaskan pandangan sambil menambahkan pengalaman dan kenangan menjejakkan kaki ke Melbourne, Australia bersama sepupu aku dan keluarganya. Berenam kami terbang bersama selama 8 jam dalam kapal Airasia X. Punya la penat.Nasib kapal long haul ni luas sikit seatnya dari kapal yang short haul.Kalau tidak memang sangat tidak selesa la. Sofea enjoy the flight.Main...lompat kat baba,lompat balik kat Mama, senyum dengan stewardess...cuma bila nak mendarat je dia start menangis.Mungkin sbb pressure dalam telinga sebabkan dia rasa tak selesa. Jam 1200 malam flight arrived di Melbourne International Airport. Masa tengah tunggu beg, aku perasan satu perempuan Oz ni kelam kabut ambil beg-beg satu group passanger ni. Aku pun pelik apsal lak ada orang putih jadi khadam kat melayu ni....Rupenye dia serve utk Tengku Naqiuddin anak Tengku Jaafar (the late Yam Dipertuan Besar NS). No wonder.......hihihi




Resort kami di Reservoir, urban housing area di selatan Melbourne.Tumpang rumah Kak Ina, kakak sepupu aku yang sedang melanjutkan pengajian PhD. di La Trobe Uni. Suaminya pulak bekerja di sini. Bila sampai rumah je, tengok ada nasi dengan ayam sambal...perghh...sedap ni.balun dulu 3-4 ketul ayam dengan nasik sebelum tido. Suhu masa kami sampai dalam 11 degree.Agak sejuk dan Sofea dah pun selsema.Peraturan keselamatan jalanraya menghendaki baby duduk di belakang dalam baby seat. dan peraturan ni buat aku semak kepala sebab Sofea mana nak duduk diam dalam seat ni.Dah la dia menangis dari airport ke rumah. Nasib baik tak jauh sangat perjalanannye.


30 May 2010 - Philips Island




Waktu di sini dua jam awal dari di Tanah Melayu. Tidur malam pertama di tempat orang kurang lena ditambah pula dengan keadaan suhu yang sejuk. Pakai blanket pun masih tak mampu memanaskan badan.Kesian Sofea tidurnya selalu terjaga sebab sejuk. Pukul 900 pagi baru terjaga. Kepenatan penerbangan jauh semalam masih terasa.Jetlag pun masih ada..tapi perancangan Abg Zizi hari ni nak membawa kami ke Philips Island diteruskan. Jam 11 pagi, setelah memasukkan segala barang makanan dan sikit junk food dalam kereta kami pun bergerak. Boy bawa kereta Kak Ina dengan aku. Aku macam malas nak jadi supir...so biarkan dia jadi supir...muahaha.




Dua jam perjalanan ke Philips Island. Jauh jugak.Yang terasa jauh bukan sebab apa, sebab tak boleh pecut lebih dari 100 km/h. Kalau terlebih laju, tiket dan sedia menanti.Aduihh...aku duduk belakang dah keras...mabuk pun ada.ni la bahana kalau tak jd pemandu.Sofea pulak asyik merengek kena ikat dalam seat dia. Masalahnya yang utama kat sini ialah public toilet.tak semua petrol pump ada toilet.Dah jenuh mencari toilet.Cuaca sejuk ni membuatkan otot bladder aku ni sentiasa mengecut...nak terkencing je kejenye. Minum kene banyak.Kalau tak bibir pecah, kulit kering. Sepanjang laluan ke San Remo menyajikan pemandangan ladang luas menghijau saujana mata memandang. Boleh dikatakan sepanjang perjalanan ini tidak nampak hutan tetapi padang ragut yang luas. Lembu, kambing dan lembu susu semuanya gemuk-gemuk.


Sampai di San Remo, kami berehat sekejap menikmati lunch yang dibawa dari rumah. Sofea enjoy mengejar seagull yang banyak berkumpul di tepi tempat kami makan.Jam dah pukul 3 ptg.Pukul 5 semua dah tutup. Kami proceed ke kangaroo zoo. Nak tengok kangaroo dengan wallabe sekali ada kaola jugak kat sini. Snap snap gambar, bagi makan kangaroo, tengok gagak Australia yang ada palit putih kat belakang badan dan besarnya 3 kali ganda dari gagak di Tanah Melayu.The best thing is at Penguin Parade tengok penguin naik dari laut ke sarangnya. Penguin tinggal di Kutub Selatan, beruang kutub tinggal di kutub utara. jadi penguin tidak menjadi mangsa kepada beruang kutub yang ganas.


1st June kami tidak bergerak kemana-mana memandangkan Abg Zizi kerja, anak-anak Kak Ina pun bersekolah. Nak berjalan pun kereta tiada. Perancangan hendak ke Queen Victoria Market di Melbourne City tidak menjadi kerana market tersebut tutup pada hari Isnin.Agenda ke City ditunda ke keesokan harinya. Hari ni aku biarkan Sofea tidur dengan lena di rumah sambil aku melayan Discovery Channel. Dah rugi satu hari...tapi nak buat macam mana, kene jugak berehat. Kalau tak semua orang akan tumbang. Petang nya Kak Ina hantar aku pegi ke Northland, lebih kurang macam pusat beli belah Tesco. Keluasan nya mmg luas...entah brape kali saiz Tesco Cheras tu. Dalam satu bangunan tu ada 3 kedai ala-ala jusco, parkson, mydin tp namanye K-Mart, Target dengan MYER. Pusing2 dalam tu cari lip balm sebab bibir semua dah mula koyak, window shopping then pusing2 je.Harga barang dalam ni pun agak mahal. Harga lebih kurang macam di Tanah Melayu tapi kene kali 3 la...baik aku beli kat sini jer...


  

Pukul 530pm, Abg Zizi datang amik kami dari Northland dan membawa ke tempat paberet aku,...kedai basikal di Preston. Punya la banyak basikal dalam kedai buruk ni..dah tu besar plak kedai dia...Tapi sayang kedai2 kat sini semua tutup pukul 5 petang. Pukul 530 pm hari dah pun gelap.Jadi nak buat apa2 semua kene sebelum pukul 5.Baik kedai makan, kedai runcit apa bala perniagaan la semua akan tutup pukul 5.Bila malam kene duduk rumah sebab takde tempat nak dituju.Kalau kaki mabuk boleh melepak kat pub and bar layan tonggang.


   




2 Polycyclic

Sunday, May 16, 2010
(pol·y·cy·clic) adj. Having two or more bicycles----------->this is the TERM!

All Keliwons and 1M1MTB riders, please pass on this message and let others acknowledge that you're damn serius in keeping the mothernature peace.



0 Bangun.....Selamat Pagi Cikgu..


                           
Hari ni, 1Malaysia menyambut hari guru peringkat kebangsaan. Selamat hari guru saya ucapkan kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya dari tadika, sekolah rendah, sekolah agama, ustaz Said yang mengajar saya mengaji Quran (datang rumah 3 kali seminggu), guru sekolah menengah saya, pensyarah-pensyarah sepanjang 5 tahun mengaji di UTM, guru-guru tuisyen yang memang tau saya mempunyai bakat bila besar nanti sebagai ....(apa ek), dan orang perseorangan yang pernah membekalkan saya ilmu yang berguna dan ilmu yang tak patut diguna. Tak lupa juga 'guru' yang sampai sekarang masih saya menuntut ilmu dari mereka, kedua mama dan babah saya. Dan kepada guru-guru kini, kekalkan tekad dan niat anda untuk menjadi pendidik yang inovatif dan kreatif untuk melahirkan lebih ramai cerdik pandai dari kalangan 1Malaysia. Selamat haru guru untuk golongan pendidik negara.


Flashback my first learning centre, Tadika Capitol di Jalan Gurney.Sempat belajar kat tadika ni selama seminggu jer sebab seminggu sebelum mula tadika, babah dah bawak kami sekeluarga pindah ke Bandar Tun Razak. Jadi sementara menunggu urusan pendaftaran tadika baru di BTR, aku kene bersekolah kejap di sini. Apa yang aku belajar kat sini.....nothing. Aku tak ingat satu benda pun, not even friends name, teachers name and how was the school environment. Tapi yang aku ingat depan tadika ni ada playing ground yang aku tak sempat nak lenjan. Mula hari pertama tadika menjadi hari spoiled sebab bapak ngan mak aku lambat amik aku menyebabkan aku jadi takut ditinggalkan sorang2 kat sekolah.

Bila urusan pindah dah selesai (it was in 1987) aku masuk tadika Al-Mustaqimah. Kelas tadika agama pulak. Tadika Capitol sebelum ni lebih ke arah aliran Inggeris..ecececece....Kat tadika baru ni yang aku ingat aku belajar doa makan...hehehe....sebab apa aku boleh ingat cepat doa makan? Sebab kelas tadika ni ada acara makan2 free...kadang2 makan biskut cicah milo, makan mee hun dengan air sirap dan macam2 lagi. Sebab aku suka bab makan tu pasal la aku ingat sangat doa mamam...bila balik rumah mkn malam dengan family, aku bacakan doa makan...bikin impress sama bapak aku...hohoho macam bagus kan

Masuk tahun 1988, aku bersekolah di SK Bandar Tun Razak. Sekolah sebelah rumah. Tahun 1 dalam kelas 1 Maju, 2 Maju, 3 Bistari ( dah mula bijak...kihkihkih),4 Bistari, 5 Bistari dan 6 Bistari. Masa ni sekolah ni ada 2 blok bangunan (kalau tak silap) bangunan 3 tingkat. Yang lain tu ada dalam 3-4 bangunan setingkat.So untuk mencapai impian nak masuk kelas yang paling tinggi skali, kene la tunggu sampai darjah 6 baru la duduk kelas atas sekali. Dari darjah 1 sampai darjah 5 aku duduk kelas bawah je. Masa darjah 4 mula masuk Pengakap, jadi quartermasters (masa ni guna kelebihan stor sukan dijadikan tempat melepak bila time rehat), attended pemilihan pasukan bola sekolah (tapi tak pernah terpilih)....masuk kelas tenis. Sekolah kebangsaan untuk SKBTR1 akan mula waktu pagi pada awal semester dan tukar ke petang pada semester kedua.

So timing kelas agama di Sekolah Al-Mustaqimah pulak vice versa dengan waktu sekolah kebangsaan.Nama-nama kelas masa sekolah agama ni aku tak ingat lansung sebab masa darjah 1-3 guna nama lain, bila darjah 4-6 pakai nama-nama khalifah pulak. Macam mana waktu persekolahan aku dulu? 7.00 pagi -1.00 petang belajar di sek. kebangsaan lepas tu balik rumah, makan dan mandi (kalau malas aku tak mandi pun) pukul 2.15 petang kayuh basikal pergi sekolah agama pulok. sekolah agama mula pukul 245 ptg sampai pukul 415 petang.sembahyang asar dulu kat surau, (waktu ni tak blh sembahyang laju2 sebab kene ikut imam.imam pulak selalunya ustaz atau pengasas sekolah agama tu..hahaha) kendian baru pecut balik rumah nak kejar main bola pulak...hehehe....aduiiiii.Lupa plak, dalam 2 kali seminggu tak blh main bola atau main basikal sebab kena mengaji. Ustaz yang datang rumah ajar mengaji tu namanya Ustaz Said. Bapak Zahirudin, kawan aku masa sekolah rendah. Berkat kesabaran ustaz Said ngajar ngaji kami adik beradik dari aku sampai la adik aku no 6, aku dpt khatam quran 3 kali. Sampai adik bongsu aku, dia dapat khatam sekali jer sebab ustaz dah sakit. Dia tak kuat nak berjalan tapi alhamdulilah sampai sekarang panjang lagi usianya. Berapa la umur ustaz tu skang ni agaknya...



Kalau tengok timing tu fully occupied kan. aku cuma ada sejam suku jer nak rehat waktu tengahari.Lepas tu dah kene ngaji pulak. Penat mmg sangat penat tp waktu tu masih budak2...metabolisma dan kadar tenaga budak2 tinggi....tapi tak sampai la ketegori hyperactive...bila dah tua ni baru la nak jadi hyperactive kot...Alhamdulilah, di sebalik kepenatan dan kelam kabut dengan masa yang suntuk, berkat keihklasan dan bekalan ilmu yang diberikan oleh cikgu2, ustazah2 dan ustaz menjadikan aku seorang manusia sekarang ini.Masih ada juga perintah dan larangan yang dilakukan tetapi masih rasional apabila kesalahan dan perkara sepatutnya tidak dibuat tidak melampau. Seperti jahilnya manusia dan kurangnya adab kesopanan masa kini, tidak pernah la aku buat sebegitu rupa. Kewarasan dan pertimbangan serta kepercayaan dan keimanan masih ada dalam diri dan aku harap biarlah ia kekal sampai aku mati.


Well, itu ceriter tempat menimba ilmu  peringkat rendah. Naik peringkat menengah aku belajar di SMBTR. Sekolah baru yang mana aku adalah batch pioneer nya. Kami masuk sekolah yang baru dibuka.Tiada tekanan dari segi seniority. We ruled the nations....haha.Kelas tingkatan 1 aku, 1K4. Semua skali ada 9 kelas untuk tingkatan 1...banyak gila.Kemudian naik kelas 2 Bistari dan 3 Bistari. Abih Form 3 aku keluar dari sini. Niat utama aku nak keluar sebab aku nak keluar dari KL...(kids darnnest things)...aku malas nak tgk KL nye trafik jam. Aku pilih sekolah teknik Ipoh. Nun jauh ke utara aku merantau...2 tahun abiskan masa kat Ipoh. Mak bapak nak datang jenguk jauh skali...sepanjang 2 tahun kat Ipoh ada la rasanya kurang dari 10 kali bapak aku datang...ye la jauh kan..lagipun aku senang pergi balik KL-Ipoh naik bas je...aku control time aku datang sekolah..bila sampai lambat, boleh masuk ikut pagar sebelah jirat cina belakan hostel..kalau ngan parent lambat kena masuk ikut depan gate..sudahnye nanti aku kene bar dari keluar outing.Tak pasal menyekat kebebasan aku .....Masa di Ipoh, cikgu kejuruteraan aku pernah bagitau, apabila aku masuk sekolah teknik, sebelah kaki aku dah ada dalam UTM...wow, ini sudah bagus. So dari kata-kata cikgu Ninja Turtle aku ni la (maaf Cikgu Rahim) aku tekad nak masuk UTM.Syukur, dapat jugak masuk (tapi tukar course ke komputer).

                                   
                                                                     Moto sekolah

Kemudian, masuk UTM dengan berbekalkan keputusan SPM pangkat 1 nyawa nyawa ikan....lagi 2-3 point nak terjun pangkat 2.Yang best nya keputusan aku takde yang gagal padahal tiap kali exam banyak gila dapat merah.Add math pun lulus.Ingat bila tukar course komputer dah tak main matematik....tapi tersilap.Lagi banyak matematik nye subjek dari course engineering...cet.Kalau aku tau aku buat civil blh jugak aku bikin rumah aku sendri skang ni. Sepanjang menjadi mahasiswa, aku tak penah repeat paper kecuali satu paper yg aku tak suka dari sekolah...math asas....mat saleh cakap fundamental math atau pun peringkat sekolah dikenali add math. aduiiiii.....add math lagi...first semester lak tu dah kene hadap subjek ni...gagal dan aku repeat hujung pengajian. tapi matematik yang lain, yg lagi penin sume dah lepas....cam hampeh.senang nye subjek tak lulus, susah nye subjek aku pulun....apa punya turrrr daaa....Masa kat UTM zaman berpeleseran....pergi kelas, makan, tgk tv,tido, copy esemen orang...pastu melahu....main gitar,pergi mandi kat air terjun gunung pulai (pastu tutup),chat....last semester aku hold tesis.buat final projek je 6 bulan dengan keputusan yang aku rasa okla....cukup la tu...aku dah penat dah duduk johor ....nak balik KL balik la......kalau nak ceriter pasal zaman mahawangsa ni, besok pun tak abis.Biarla jadi kenangan....


                                      


0 Undescribed

Tuesday, May 11, 2010
i got a lot of things to let u all read through but the time and condition does not allow me to spend too  long in front of my blog......hold and stand still.I'll be back....

2 Eksident....biasa la....

Sunday, April 18, 2010


Jika diikutkan perancangan kayuhan yang asal, minggu ini Bukit Broga akan dilawati. Disebabkan tiada di kalangan rider yang tau detail trail Broga, maka plan asal terpaksa ditukar. Kata sepakat memutuskan untuk kayuh santai dan mengusha trail FRIM dilakukan memandangkan kayuhan 25 tahun FRIM akan diadakan pada 6.6.2010 nanti. SMS dihantar dan berbalas. Ada yang tak dapat join sebab outstation, ada yang nak kayuh road, ada yang pergi hash di Rawang dan ada jugak yang kene banned dengan B1N1....ape ape je lah.Siapa yang nak join kayuh kita kayuh sama-sama. Sapa yang pancit tak akan ditinggalkan. Sapa kayuh laju dia kena tinggal.

Pukul 630 pagi aku dah terjaga sebab sakit perut. Menung kejap kat tandas,mandi manda, pakai kain sarung..oppsss bukan nak tido balik tapi nak mengadap Dia waktu subuh ni....cium baby Sofea then amik basikal.....aku shoot terus ke FRIM. Berapa rider yang join pagi ni tak tau lagi sebab takde yg reply mesej semlm. Mungkin yang pegi takkan reply kot sbb yg reply semuanya tak pegi..... Pukul 745 pagi aku dah check-in kat pondok entrance FRIM ni menghala terus ke parking air terjun mencari nasi lemak yang along kata 'power'. Order nasi lemak sepinggan ngan teh O secawan, Haitsan muncul dengan Dawg atas bumbung Saga hitam kesayangan dia...orait, minum pagi ada geng. Kemudian Firdaus DUKE pun sampai diikuti Muz dan kawan Firdaus (tak ingat nama tapi komando). Nampak pulak geng Langat Abg Omar, Abg Rosli, Syam dengan Abg Nizam ....eh ramai jugak yang ada pagi ni. Kemudian Hirman sampai dicucuk belakang Along,Z dan Fat....kire kire ada la 14 orang rider pagi ni. Okla tu, meriah jugak pagi Ahad yang mendung kat dalam hutan FRIM tu karang. Last but not least, Dom pun ada (member Z).Org baru yg bersemangat kental ikut kitorang kayuh.

Aku nyer nasik lemak ada telur mata, Haitsan pun sama. Muz siap ada kerang manakala Z paling melampau, ayam masak merah. Mamat ni karang ada ayam keluar ikut hidung masa daki Steroid ni kang....belasah makan tak ingat pulak pagi-pagi ni. Sebelum Along sampai, saje aku call Along mengusik dia...Aku cakap nasi lemak akak dah nak abis...."Ko biar betul, takkan dah nak abih pagi lagi ni...."kata Along panik takut tak dapat mencekik nasik lemak. Macam mana pun, aku rasa ok jugak la nasi lemak ni.Boleh tahan sedapnya...yang buat lagi sedap bila air dari pokok yang melindungi meja kitorang makan ni masuk dalam pinggan ngan cawan....pelaris semulajadi.

Jam Blackberry aku dah tunjuk 838am. Masuk toilet dulu kasi ringan kan badan sikit. Prepare basikal dan apa yang patut.Adjust skit stem sebab dah longgar skrunya, refill air dalam water bladder, kunci pintu kereta dan tunggu yang lain selesai.


Semua rider ready, pukul 9 lebih kurang pengembaraan bermula. Hala tuju pertama ke laluan biasa, Dream Trail di kepalai oleh Haitsan yang menunggang Dawg berbuai nya....hahaha.Semua rider tegar memecut ke trail head. Kelihatan Hirman yang telah 2 bulan  tidak kayuh basikal pancit dan kepenatan. Begitu juga dengan Haitsan yang sedikit lama jugak tidak kayuh sebab baru dapat baby 'pelomba' baru.



Penerokaan single trail hari ini agak mencabar dan merbahaya kerana keadaan trail yang basah dan lembap. Akar kayu yang tertonjol keluar dari tanah menambahkan kesengsaraan rider melepasi trail ini. Satu insiden/stunt telah berlaku di laluan berbatu di mana kebanyakkan rider perlu menolak basikal melepasi batu di kawasan yang agak mendaki. Abg Rosli yang telah menarik lever brek belakang tidak dapat kawal Jamisnya apabila Jamis yang telah berhenti wheelie dan menghumban Abg Rosli ke dlm gaung. Aku yang tengah ambik gambar dari atas bukit tidak mampu nak buat apa-apa melainkan terus memetik button kamera merakamkan moment yang jarang dapat disaksikan live ........nasib juga Abg Rosli tak injured.


Selepas memastikan keadaan rider dan basikalnya okey, kayuhan diteruskan menghala ke downhill yang dinantikan.Aku hampir hampir tersembam bila turun dari switchback pertama tayar depan Epic tidak dapat mengelak akar pokok di trail menyebabkan Epic hampir terbabas. Tindakan pantas menurunkan kaki kiri menyelamatkan keadaan daripada menjadi perkara yang tidak diingini.




Memasuki Rover Trail, semua rider memecut ke penghujung Rover sebelum memulakan kayuhan ke Steroid Hill.





Seterusnya pendaki yang memerlukan tenaga batin yang kuat sebelum dapat inzal yang sepenuhnya....Steroid Hill.


Kenikmatan kayuhan dirasai apabila mula descending dari Steroid Hill menuju terus ke kantin untuk mengisi semula tenaga dan air yang dah banyak digunakan. Lebih kurang pukul 12 lebih kayuhan FRIM pada minggu ini tamat.