Showing posts with label Vacation. Show all posts

0 Seville, Spain
Today, the journey start at 9am from Granada to Seville. Its about 298km from the current state i overnite to the new destination. The whole strech of the highway to Cordoba and Seville is a new highway. Less rest area found along the way and luckily i had not feel uncomfortamble for the aseos(gents).
Mid of the journey we pay a visit to Cordoba, 13th largest city in Spain to visit Masketeer. An old history of Andalusia under the heist of Uthmaniah Chalife can be found here. And also the beautiful Mezquita, the great architecture of Rome, Muslim and Christian been interprated on the construction and engineering of the building. You shall read more about it @ . A sad story for Muslim world, after about few hundred years succesfully conquered Cordaba, at last this place fall back to Christian world. The whole area inside Mezquita really awesome and magnificent! This place was divided into two, an area for Muslim and Christian practising their religious. As the time pass by, now this place only being used for Khatolik pratising their pray or whatsoever. The cathederal architecture is not bad. A very beautiful hand crafted choir chairs on the main hall been made from Mahagony wood from local and took 10 years to complete the making.On the right hand side it tell the story about Lady Mary and on the left side its tell story about Jesus.
Only then we proceed our journey to the 4th largest city in sPain, Seville. I love this state! Its calm,peaceful, full of colour, the people made me feel like i am back to the 18th century. The ladies dress up nicely in colourful dress with their national attire while the men wearing suits and hat. Some of them still riding the horse. Lot of people loafing around the waterfront this evening. At last i knew why all this happen. Its because its a fiesta week in here. So all the Sevillian cheering up the week.And the girls are sexy too, undoubted!
Before check-in at hotel, we were served with an awful and great flamingo dance while having our dinner.

0 Banda Aceh
Penerbangan AK305 dari KL ke Banda Aceh mendarat di Lapangan Terbang Sultan .... jam 545pm waktu Aceh. Penerbangan memakan masa 1 jam 45 minit menghampakan kerana mee goreng AirAsia yang belum sempat dihadam dan belum sempat nak layan lagu-lagu dalam playlist sudah mendarat. Rupanya Aceh dengan KL tak la jauh mana. sedikit turbulance berlaku dalam ruang udara Sumatera menyebabkan mee goreng dalam tray sentiasa beralih alih. Kacau saja beta mau menyantap. Airport Aceh cantik dan menarik. Mungkin kerana bangunan terminal yang baru siap dibina dan kilatan jubin menyerlahkan kebersihan airport ini berbanding airport lain di Indonesia.
Perkara pertama yang dilakukan ialah sewa teksi dan mencari hotel budget yang bagus. Supir membawa kami ke Hotel Diana yang berjarak lebih kurang 17km dr airport. Hotelnya tidak begitu best tp memandangkan matahari sudah mahu melabuhkan sinarnya, maka kami menginap dulu di hotel ini. Malam pertama kami berjalan di sekitar hotel mencari menu makan malam. Objektif utama ialah mencari kedai nasi padang tapi tidak ketemuan. Mungkin telah ditentukan bila sampai ke Aceh kene lah merasa menu masakan Aceh. Lantas satu kedai tepi jalan depan rumah sakit apa ntah (rumah sakit=hospital) kami menikmati makan malam pertama menu Aceh. Yang pasti tak power dan tak ngam. Penat berjalan mencari lena tido aku malam tu.
Hari kedua kami rancang untuk ke beberapa destinasi sejarah yang berlaku semasa kejadian tsunami pada 26122004 lalu. Destinasi pertama ialah Lam Pulo. Di sini berlakunya peristiwa di mana sebuah kapal nelayan telah dihanyutkan air laut kira-kira 3km dr pantai yang berhampiran. Kapal ini tersangkut di atas rumah penduduk Kg Lam Pulo dan di atas kapal ini terdapat 59 orang yg terdiri drpd lelaki,perempuan,kanak2,org muda dan tua. Alhamdulillah, kesemuanya yg berada dalam kapal ini terselamat. Sempat juga mendengar cerite dr pakcik sebelah rumah yg kapal ini tersangkut.Katanya, dia sempat selamatkan diri dan beberapa org anggota keluarganya naik ke atas bumbung rumah. Tsunami mula berlaku pada jam 1158am dan 3 jam selepas itu baru air surut. Org tua ini terkilan kerana gagal menyelamatkan seorang kanak-kanak 6 tahun drpd menjadi mangsa tsunami kerana kanak2 tersebrut terlepas dari gendongannya semasa beliau cuba membawa budak tersebut ke tempat tinggi. Maha Suci Allah tuhan sekalian alam, peristiwa ini benar-benar membuktikan kekuasaanNya. dihadapan rumah tempat kapal ini tersangkut terdapat satu kawasan kuburan lama tetapi tidak sedikitpun tanah ku ur ataupun nisan kubur ini binasa. Kawasan sekelilingnya hancur musnah bak padang jarak padang tekukur. Total area cleansing occured here without hesitation. Setelah 5 tahun, cuma beberapa rumah penduduk sahaja yang telah dibina hasil sumbangan dari NGO2 seluruh dunia. Kini kawasan ini sedang diupgrade untuk dijadikan sebagai salah satu monumen sejarah.
Kami kemudian kembali ke arah bandar dan menuju ke Masjid Baiturahman, salah satu masjid yang 'dilindung' Allah semasa kejadian dahsyat tersebut berlaku. Diceritakan bahawa air laut naik setinggi paras kubah masjid di luar pagar masjid tetapi air di dalam masjid tenang sahaja separas lantai masjid. Dikatakan juga bahawa seorang mualaf melihat kebesaran Allah itu mengatakan masjid tersebut dilindungi sepenuhnya, air laut yang kuat terbelah ketika menyentuh kawasan masjid ini. Subhanaallah Allahuakbar. Hebatnya kejadian Allah apabila bisa memelihara rumahNya dan manusia2 yang berlindung di dalamnya. Di sekitar masjid ini terdampar mayat2 manusia, bangkai kapal, kenderaan2 dan sampah sarap yang tidak dapat dibayangkan dek akal. Saya yang melalui bekas kawasan bencana ini juga tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan sebenar semasa berlaku bencana ini. Cuma gambar2 sahaja mampu menceritakan keadaan sebenar. Kalau dilihat dr gambar yg dirakam semasa kejadian, sungai Aceh dipenuhi dengan sampah dan bangkai manusia yg telah kembong, ada yg terputus kepalanya, ada yang hilang anggota tubuhnya, mayat2 telah hitam dan membusuk, terselit di celah serpihan kayu, bangunan, di atas bumbung, di dalam kenderaan dan ada juga mayat yang terpelihara, lengkap mayatnya bertelekung, bersih rupanya. Mayat kanak2 dan bayi sempurna kelihatannya, bersih dan lengkap. Mungkin kerana masih suci dan bersih dari dosa, Allah pelihara mayatnya. Kebanyakkan mayat yang hitam, kulitnya melekang, rupanya tersiksa ialah orang dewasa. Subhanallah!
Kemudian kami meneruskan perjalanan menaiki beca roda tiga yang sempit tu ke PLTD Apung 1, nama kapal generator elektrik diesel membekalkan kuasa ke Banda Aceh seberat 2600 tan yang dihanyutkan 5km ke sebuah kawasan perkampungan disini. Penduduk kampung tidak pasti bagaimana dan bila kapal ini sampai ke kampung ini. Apabila keadaan panik, semua orang lari menyelamatkan diri ke arah bandar dan apabila air telah surut, baru mereka tahu sebuah kapal besar dihanyutkan ke kampung mereka. Apa yang blh dijadikan renungan, kapal ini menghempap dua buah rumah org kampung. Salah satu rumah tersebut ialah rumah orang paling kaya di kampung ini. Sekelip mata hancur dan hilang harta hamba Allah ini. Alhamdulillah, tiada sesiapa yang maut dihempap kapal ini. Sukar utk menceritakan kejadian yang berlaku. Jika ada kelapangan dan duit, datang dan saksikan bekas musibah yang diturunkan di sini.
Satu-satunya tempat yg paling ingin saya lawati ialah masjid yang kekal utuh di pinggir laut di mana kawasan sekitarnya hancur, rata ditolak air. Nama masjid ini ialah Masjid Baiturrahim, terletak di Ulee Lee, sekitar 200m sahaja dr pantai. Subhanallah, Allah tunjukkan lagi bukti kekuasaanNya. Sesiapa yg berlindung di dalam masjid ini insyaallah selamat daripada musibah tsunami yang melanda. Kini Msjid Baiturrahim telah dibaikpulih dan dibina satu menara baru setelah menerima bantuan dr negara luar. Dianggarkan cuma 30-40% shj pembangunan yg telah dilakukan manakala selebihnya masih mengharapkan asing. Kerajaan Indonesia sendiri tidak mampu dari sudut kewangan untuk membangunkan semula Aceh kerana kerosakan yang berlaku begitu teruk.
Kemudian kami melawat Muzium Aceh, melihat rumah asli orang Aceh yang dibina sepenuhnya tanpa sebatang paku.
Pengalaman menaiki beca setelah berpuluh tahun tidak menaikinya agak kelakar. Duduk di seat yang sempit berdua bersama Pak Tam, dibawah panas terik matahari kerana tauke beca ni bukan sunroof nya menyebabkan kami kepanasan disiram mentari Aceh. Penunggang beca di sini tak makan saman, lampu isyarat dilanggar sesuka hati menyebabkan kami sering risau apabila beca ini di persimpangan jalan. Bunyi hon dari motokar lain sering dibunyikan menyebabkan kami asyik terkejut dan risau dilanggar motokar lain. Dah la sempit, duduk lama sikit je kebas-kebas kaki aku sebab tak dapat nak lunjurkan kaki ke depan. Kadang-kadang aku duduk skit je atas kerusi sebab nak bagi Pak Tam duduk selesa disebelah, kekadang Pak Tam pulak yg kene duduk di hujung kerusi. Jadi sama-sama rasa terseksa lah! Bila langgar lubang di jalanan, sakit pinggang aku sebab tayar roda tiganya takde absorber! Satu hal lagi yg buat aku gusar, dah la naik motor tak pakai helmet, kene hentam dari belakang mau melambung ke depan ala-ala sumersault menjunam ke jalanraya....aduiiii, blh sakit jantung dibuat paniknya naik beca kat sini. Tp insyaallah, penunggang dan pemandu di disini tinggi sikap toleransi mereka di atas jalanraya.
Hari ketiga, kami tukar hotel. berpindah kami menaiki beca lagi ke Hotel medan pulak. Suasana di sekitar hotel ini lebih meriah, depan hotel ada byk gerai makanan. Di sebelah kirinya pula deretan toko-toko jualan menjual pelbagai barang. Arini sempat jugak membeli untuk anak dara aku 3 helai baju OshKosh. Murah punye pasal tu pasal boleh angkat tiga helai sekaligus. Kalau harga macam kat butik di MidValley, satupun aku tak beli. Mungkin mama SofeA je yang pilih, aku bayarkan je.
Jam 5pm kami naik beca lg (beca motorsikal merupakan kenderaan yang paling efektif di sini kerana ianya murah dan senang didapati selain penduduknya yang ramah dan mesra dengan pelancong luar) menuju ke Lampalaga berjalan jalan. Lepas tu kami mencuba kopi asli Aceh, dikenali sebagai Ulek Kareng( bermaksud perkampungan ikan . Rasa kopinya pekat tetapi warnanya cair. Pahit kopi ini dapat dirasai di tunas lidah dan lebih afdal dinikmati sambil menghisap rokok atau cigar. Memang mantap gabungan kafeine dua benda ni sambil-sambil makan roti paun disapu kaya.

0 Winter In Beijing 2010
Penutup tahun 2010, destinasi pilihan untuk dilawati kemungkinan negara China atau lebih spesifik, kami akan bercuti di Beijing, China. Di sini terletaknya Forbidden City, sebuah kota agung di zaman Dinasti Ming yang masih kukuh berdiri sehingga ke hari ini untuk dipertontonkan kepada generasi akhir zaman bagaimana hebatnya orang zaman dahulu mampu mengilhamkan dan merealisasikan sebuah binaan yang besar dan terancang kira kira 600 tahun dahulu. Satu lagi tujuan kami, sebenarnya aku nak ikut pergi ke China ni ialah kerana aku nak tengok salah satu keajaiban binaan manusia daripada jumlah keseluruhan 7 yang terdapat di dunia ini. Dan ini bermakna ada lagi 6 wonders of the world yang akan aku lawati sebelum umur aku mencecah 35...hehehe...(objektif+melancong).
Pakej yang kami ambil ni ialah pakej Muslim selama 6 malam 5 hari. Alhamdulilah, restoran yang dibawa kami untuk menikmati hidangan semuanya restoran Muslim tapi tak dikategorikan halal kalau di Malaysia sebab di restoran ini juga ada dijual beer. Tapi makanan yang dimasak semuanya halal lah pada perkiraan aku yang tak banyak sangat songeh bab makanan ni. Kalau di zaman pemerintahan Lady Dragon, salah seorang daripada 2 permaisuri yang pernah memerintah China di zaman dahulu, sebanyak 182 jenis hidangan akan disediakan oleh tukang masak istana kepada Baginda Permaisuri. Dan daripada sejumlah makanan yang disediakan, kemungkinan cuma 2-3 makanan sahaja yang akan dijamah oleh permaisuri pelahap tersebut mengikut taste dan rasa anak tekak baginda. Yang lain tu tidak dibenarkan di makan oleh tukang masak mahupun gundik-gundik kerana makanan tersebut merupakan makanan di raja yang hanya boleh di makan oleh raja yang memerintah sahaja.
Kembali ke meja makan kami, ada lebih kurang 10 jenis hidangan yang disajikan setiap kali kami menjamu selera.Satu mangkuk sup tawar besar,satu pinggan daging ikan fillet yang digoreng rangup-->sedap, kobis masak sos tiram, capsicum dengan daging, entah apa ke jenis sayur lagi lah yang dihidangan, tapi mostly banyak sayur atas meja makan. Dan setiap masakan tu ada yang tawar, masin, manis, masam......semua rasa ada secara unik pada setiap satu masakan. Ini lah yang membezakan masakan orang Cina dengan orang kita. Tiada masakan lemak, tiada masakan yang manis dan masin pada setiap pinggan hidangan. Pada aku mungkin ini yang dikatakan diet seimbang dalam menu makanan sehari harian. Dari hari kedua aku di sana, aku cuma meratah sayur dan lauk yang disediakan. Tidak lah terlampau tipikal sangat hendak menikmati nasi setiap kali sampai masa makan asalkan perut beralas sudah memadai untuk mengelakkan cuaca sejuk di sana. Ada seorang makcik dan anak lelakinya dari Alor Star yang mengikut sama rombongan kami ini yang agak fussy bila tiba waktu makan. Dari makanan yang dibekalkan di dalam kapal terbang sehinggalah ke hidangan menu harian yang disediakan di restoran, makcik ni langsung tidak akan menjamah makanan tersebut. Atas prinsip apa makanan ini tidak disantap tidak lah aku ketahui tapi mereka dua beranak cuma akan menjamah nasi yang disediakan sahaja bersama serunding daging yang dibawa dari rumah.
Kalau aku, agak menjengkelkan apabila melawat ke sesebuah negara tetapi tidak merasa masakan tempatan yang halal di tempat tersebut kerana salah satu pengalaman yang akan kita perolehi apabila melawat ke negara orang ialah citarasa masakan dan makanan rakyat tempatan tersebut. Tidak la balik balik dengan masak lomak cili api.......
Sekarang musim sejuk di Beijing. Suhu yang diberitakan adalah sekitar -2 - 12 darjah Celcius. Tiupan angin pada waktu siang agak kuat menambahkan lagi kesejukan yang dah sedia sejuk ke keadaan beku.Sofea dipakaikan dengan 3 helai baju dan 2 helai baju sejuk tapi itu pun masih menggigil sejuk. Kesian dia, sejuk sangat sampai terketar ketar gigi. Kalau dulu masa di Philips Island, Melbourne, aku masukkan Sofea dalam baju sejuk, tapi kali ni aku sendiri pun tak blh tahan sejuk walaupun dah pakai 3 helai baju. Suhu tak la sampai ke takat beku tapi dek kerana angin yang sentiasa bertiup membuatkan keadaan menjadi seronok. Puas nya hati bila dapat balik ke bilik hotel sebab suhu bilik dah disetkan ke 28 darjah celcius. Baru lah lega boleh bukak baju sejuk yang berlapis lapis tu dan Sofea baru la dapat bertenang dari angin sejuk.
Hari ketiga kami melawat The Great Wall Of China.......memang sangat hebat. Binaan yang telah terbina sejak beribu ribu tahun dahulu sebahagian nya masih kukuh berdiri menunjukkan kehebatan binaan masa silam. Binaan yang memakan masa selama seribu tahun ini dan menganjur dari Barat ke Timur China sebagai benteng pertahanan daripada serangan tentera Kubhlai Khan dari Mongolia dibina sejauh kira kira 50km dari Forbidden City. Tujuan utamanya ialah untuk mengelakkan serangan secara terus tentera Kubhlai Khan ke atas Maharaja China ketika itu yang bersinggahsana di Kota Larangan. Aku cuma mendaki anak-anak tangga menuju ke Tower 6 yang terletak paling atas tapi tak berdaya lah....Anak tangganya ada yang tinggi, ada yang rendah, ada yang mendatar, ritma langkah mendaki ke atas seringkali terpesong apabila ketinggian anak tangga tidak sekata. Sesekali melihat ke bawah setelah tinggi mendaki terasa agak sayup kerana tangga -tangga yang dibina sangat curam mengikut kontur bukit di situ. Sakit peha mendaki anak tangga The Great Wall masih terasa sehingga kembali semula ke Malaysia. Kayuh basikal naik bukit Steroid pun tak azab naik tangga nih.....cissss.
Masa perjalanan banyak terbuang di dalam traffic jam di bandar Beijing. Beijing sebuah bandar yang sedang pesat membangun.Rapid development. Nilai hartanah di sini sangat tinggi. Harga tanah bagi keluasan 1m persegi ada yang mencecah sehingga 40,000 Yuen atau RM20,000. Dan ada rumah apartment yang harganya mencecah 4 juta Yuen atau RM2 juta. Gila mahai.....pada aku harga ini memang mahal sebab kalau di Malaysia, 2 juta dah boleh dapat banglo dengan keluasan yang tak terhingga tapi di sini cuma dapat apartment yang kecik saja. Jalan-jalan jangan dibandingkan dengan Malaysia kerana tidak terdapat jalan 2 lorong atau 3 lorong di sana. Kesemua jalan di sana aku kategorikan hiway 4 lorong, besar dan luas dan yang paling best sepanjang perjalanan aku di sana, samada melalui bandar atau pun lorong kecil, tidak ada satu pun jalan yang berlubang. Tak percaya, sila lawati Beijing jika anda tak percaya. Kalau pakai motosikal dengan fork rigid pun tak jadi masalah sebab jalanraya di sana tidak ada lubang.Jalannya diturap dengan cantik dan kemasan hitam pada jalan pun tidak pudar. Aku tak menolak kemungkinan faktor taburan hujan yang tinggi di negara khatulistiwa sebagai salah satu punca kerosakan jalanraya, tapi kalau di KL, mana ada tepi jalan yang tiada saluran air ataupun longkang. Seolah menunjukkan pihak yang bertanggungjawab tidak tahu menjaga kualiti kerja yang dipertanggungjawabkan kepada mereka...cukup 3-4 tahun kene tukar absorber kereta sebab dah tak sedap.
Dalam hati terasa jugak nak main snowball dengan Sofea tapi tak dapek doh, salju turun bulan dopan. Kalau salji dah turun bermakna tak blh dah nak berjalan sakan macam sekarang ni.Sejuk lagi menggila.
15 November, return flight dari Tianjin, yang terletak lebih kurang 2 jam perjalanan dari Beijing kerana kami menaiki AirAsia yang cuma mampu membayar tax airport Tianjin Binhai International Airport.

0 Who's who Bali?
Bali
Saya ada 5 hari di sini. Hari pertama sampai sudah malam dan tidak dapat berjalan ke mana mana. Hari kedua dan ketiga penuh dengan aktiviti di conference. Dua hari yang tidak produktif kerana hanya duduk mendengar persembahan paper drpd beberapa orang pakar dan profesor. Hari keempat telah dirancang sebaik mungkin utk menjelajah pulau sehingga ke Gunung Ubud melihat kesan letusan gunung berapi. Sebelum smp ke Gunung Ubud, kami melewati beberapa kawasan industri Bali. Industri desa di sini agak unik kerana ianya berbeza mengikut kawasan dan kepakaran orang di kawasan tersebut. Contohnya di kawasan perkampungan kedua yang dilalui, di sepanjang jalan tersebut penuh dengan peniaga-peniaga ukiran kayu sahaja. Di sepanjang jalan terdpt kedai yang menjual hasil ukiran dari sekecil bangku untuk baby sehinggalah ke blok ukiran kayu setinggi 5 meter yang sarat dengan ukiran.
Apa yang menarik di Bali? Pada saya Bali hanya sebuah pulau yang hanya mempunyai pantai2 yang indah. Pantai di sini indah kerana dipelihara sebaiknya oleh orang2 Bali. Memang pantainya bersih dan cantik ditambah pula dengan suasana sunset yang indah di tepi pantai. Untuk jejaka yang romantik, mungkin saat sunset bersama pasangan akan menjadi saat yang tidak akan dilupakan sambil menabur janji janji manis. Ketika inilah lembut gigi dari lidahnya...mintak lah apa sahaja wahai perempuan, pasti berjanji akan ditunaikan. Tapi bila dah dapat, selamat tinggal lah janji janji manis di Bali. Untuk lelaki hardcore dan free n easy type like me, spa di sini dikatakan antara yang terbaik. Urutannya mungkin mampu menghilangkan penat badan setelah sehari berjalan ataupun membeli belah. Ceweknya biasa biasa sahaja, not up to my expectation. (this statement will cheer up my wife maybe....hehe)...
Di satu kawasan perkampingan yang lain pula, di kiri dan kanan jalannya penuh dengan hasil lukisan yang cantik cantik tetapi tidak begitu halus. Saya berjaya mendapatkan satu lukisan yang saya minati dengan harga Rp$800,000.00. Misi saya setiap kali ke tempat orang ialah membawa pulang satu lukisan sebagai tanda kenangan yang saya pernah sampai. Lagipun mudah untuk membawa lukisan ke dalam kapal terbang kerana ia boleh digulung. Apabila sampai di KL barulah lukisan yang dibeli dihantar ke kedai bingkai untuk dibingkaikan sebelum digantung di dinding. Bagi yang sukakan perabot jati dan gaya Bali, di sini terdapat banyak kedai perabot jati yang sedia menerima tempahan mengikut kehendak pelanggan dan sedia untuk dihantar menggukan kontena hingga ke depan pintu rumah. Insyalah kalau aea rezeki lebih saya pun nak tempah perabot dari Bali kerana hasil pertukangannya halus dan berseni.
Makan malam hari keempat kami di Jimbaram. Letaknya di tepi pantai bersebelahan dengan lapangan terbang Denpasar. Suasana makan di sini umpama sedang berpesta. Di sepanjang pantai penuh dengan restoran seafood dan pengunjung menikmati makan malam sambil melihat sunset di atas pasir pantai. Memang sangat cantik pemandangan disini. Jika berpeluang untuk ke mari lagi, saya pasti tidak akan melepaskan peluang untuk makan malam di sini lagi.
Saya juga sempat melawat temple di Tanah Lot. Di sini terdapat satu kuil Hindu yang dibina pada sebuah pulau. Kuil ini boleh di akses apabila air laut surut dan beting pasir kelihatan. Pemandangan di sini juga cantik dan kawasan ini dipenuhi dengan ribuan pelancong asing. Boleh dikatakan kedatangan pelancong ke pulau ini tidak pernah putus kerana setiap hari ada sahaja pelancong yang datang. Penerbangan di airport denpasar agak sibuk dengan kadar pendaratan dan pelepasan pada setiap 5-10 minit. Semalam dan hari ini ada upacara sembahyang khas untuk memperingati beratus orang yang mati dalam kejadian letupan bom di Kuta pada tahun 2002. Keadaan jalan sangat sesak bukan sahaja di Kuta malahan kawasan sekitar juga turut tersangkut. Journey schedule saya yang sepatutnya mahu menonton tarian kecak tidak kesampaian kerana tersangkut dalam jam. Dan perancangan mahu melihat sunset di Dreamland juga tidak kesampaian! Ini semua yang akan menjadi sebab saya terbang semula ke sini nanti.....
Hari ke 5, penerbangan balik pada pukul 235pm dan saya sempat ke kawasan membeli belah berhampiran hotel iaitu Bali Collection. di sini juga terdapat pelbagai kedai menjual barangan dan cenderamata... Even Sogo pun ada di sini. sempatlah saya membeli belah sedikit dan mencari ole ole untuk dibawa pulang ke KL.
Dan catatan ini dibuat semasa dalam penerbangan pulang ke KL dengan penerbangan AK363.
2 Oz Adventure
Penat,penat,penat....badan penat, kepala penat, kaki penat sepanjang bulan May 2010.Tapi penghujung bulan May 2010 pun penat jugak.Penat menunggu tarikh penerbangan ke Melbourne. Dalam kepala asyik fikir nak cuti-cuti-cuti je.Punya lah semangat kalau bercuti. Bila bab kerja punya la malas....apa boleh buat, lumrah orang Malaysia sekarang yang telah menjadi dilema.
Tiba masanya, 29 May 2010, kami sekeluarga meluaskan pandangan sambil menambahkan pengalaman dan kenangan menjejakkan kaki ke Melbourne, Australia bersama sepupu aku dan keluarganya. Berenam kami terbang bersama selama 8 jam dalam kapal Airasia X. Punya la penat.Nasib kapal long haul ni luas sikit seatnya dari kapal yang short haul.Kalau tidak memang sangat tidak selesa la. Sofea enjoy the flight.Main...lompat kat baba,lompat balik kat Mama, senyum dengan stewardess...cuma bila nak mendarat je dia start menangis.Mungkin sbb pressure dalam telinga sebabkan dia rasa tak selesa. Jam 1200 malam flight arrived di Melbourne International Airport. Masa tengah tunggu beg, aku perasan satu perempuan Oz ni kelam kabut ambil beg-beg satu group passanger ni. Aku pun pelik apsal lak ada orang putih jadi khadam kat melayu ni....Rupenye dia serve utk Tengku Naqiuddin anak Tengku Jaafar (the late Yam Dipertuan Besar NS). No wonder.......hihihi
Resort kami di Reservoir, urban housing area di selatan Melbourne.Tumpang rumah Kak Ina, kakak sepupu aku yang sedang melanjutkan pengajian PhD. di La Trobe Uni. Suaminya pulak bekerja di sini. Bila sampai rumah je, tengok ada nasi dengan ayam sambal...perghh...sedap ni.balun dulu 3-4 ketul ayam dengan nasik sebelum tido. Suhu masa kami sampai dalam 11 degree.Agak sejuk dan Sofea dah pun selsema.Peraturan keselamatan jalanraya menghendaki baby duduk di belakang dalam baby seat. dan peraturan ni buat aku semak kepala sebab Sofea mana nak duduk diam dalam seat ni.Dah la dia menangis dari airport ke rumah. Nasib baik tak jauh sangat perjalanannye.
30 May 2010 - Philips Island
Waktu di sini dua jam awal dari di Tanah Melayu. Tidur malam pertama di tempat orang kurang lena ditambah pula dengan keadaan suhu yang sejuk. Pakai blanket pun masih tak mampu memanaskan badan.Kesian Sofea tidurnya selalu terjaga sebab sejuk. Pukul 900 pagi baru terjaga. Kepenatan penerbangan jauh semalam masih terasa.Jetlag pun masih ada..tapi perancangan Abg Zizi hari ni nak membawa kami ke Philips Island diteruskan. Jam 11 pagi, setelah memasukkan segala barang makanan dan sikit junk food dalam kereta kami pun bergerak. Boy bawa kereta Kak Ina dengan aku. Aku macam malas nak jadi supir...so biarkan dia jadi supir...muahaha.
Dua jam perjalanan ke Philips Island. Jauh jugak.Yang terasa jauh bukan sebab apa, sebab tak boleh pecut lebih dari 100 km/h. Kalau terlebih laju, tiket dan sedia menanti.Aduihh...aku duduk belakang dah keras...mabuk pun ada.ni la bahana kalau tak jd pemandu.Sofea pulak asyik merengek kena ikat dalam seat dia. Masalahnya yang utama kat sini ialah public toilet.tak semua petrol pump ada toilet.Dah jenuh mencari toilet.Cuaca sejuk ni membuatkan otot bladder aku ni sentiasa mengecut...nak terkencing je kejenye. Minum kene banyak.Kalau tak bibir pecah, kulit kering. Sepanjang laluan ke San Remo menyajikan pemandangan ladang luas menghijau saujana mata memandang. Boleh dikatakan sepanjang perjalanan ini tidak nampak hutan tetapi padang ragut yang luas. Lembu, kambing dan lembu susu semuanya gemuk-gemuk.
1st June kami tidak bergerak kemana-mana memandangkan Abg Zizi kerja, anak-anak Kak Ina pun bersekolah. Nak berjalan pun kereta tiada. Perancangan hendak ke Queen Victoria Market di Melbourne City tidak menjadi kerana market tersebut tutup pada hari Isnin.Agenda ke City ditunda ke keesokan harinya. Hari ni aku biarkan Sofea tidur dengan lena di rumah sambil aku melayan Discovery Channel. Dah rugi satu hari...tapi nak buat macam mana, kene jugak berehat. Kalau tak semua orang akan tumbang. Petang nya Kak Ina hantar aku pegi ke Northland, lebih kurang macam pusat beli belah Tesco. Keluasan nya mmg luas...entah brape kali saiz Tesco Cheras tu. Dalam satu bangunan tu ada 3 kedai ala-ala jusco, parkson, mydin tp namanye K-Mart, Target dengan MYER. Pusing2 dalam tu cari lip balm sebab bibir semua dah mula koyak, window shopping then pusing2 je.Harga barang dalam ni pun agak mahal. Harga lebih kurang macam di Tanah Melayu tapi kene kali 3 la...baik aku beli kat sini jer...
Pukul 530pm, Abg Zizi datang amik kami dari Northland dan membawa ke tempat paberet aku,...kedai basikal di Preston. Punya la banyak basikal dalam kedai buruk ni..dah tu besar plak kedai dia...Tapi sayang kedai2 kat sini semua tutup pukul 5 petang. Pukul 530 pm hari dah pun gelap.Jadi nak buat apa2 semua kene sebelum pukul 5.Baik kedai makan, kedai runcit apa bala perniagaan la semua akan tutup pukul 5.Bila malam kene duduk rumah sebab takde tempat nak dituju.Kalau kaki mabuk boleh melepak kat pub and bar layan tonggang.
0 Makkah Al Mukarramah & Madinah al Munawwarah
Alhamdulilah 23 July 2009 yang lepas tepat jam 330am kapalterbang mula berangkat menuju ke Doha,Qatar untuk transit sebelum meneruskan penerbangan ke Jeddah,Makkah.
Dugaan pertama ketika transit selama 7 jam di Lapangan Terbang Doha.7 jam duduk dalam airport tak boleh nak ke mana-mana buat aku terpikir macam mana la boringnya bila stranded berhari-hari kat airport.Sempat jugak la aku tidur kat atas kerusi.Janji hilang ngantuk.
Tiada hiruk pikuk bunyi kenderaan yang dipandu laju dan ganas, malahan tiada orang pun yang bercakap dengan suara yang tinggi di sini.Diceritakan kepada saya, semasa hayat Rasullah s.a.w, baginda tidak pernah meninggikan suara ketika bercakap dan ketawa Baginda adalah senyumannya. Disebabkan penduduk Madinah juga terdiri daripada kalangan orang-orang yang lemah-lembut, maka sebab itulah Rasullah s.a.w telah disuruh untuk berhijrah dari Kota Makkah yang amat disayangi oleh Baginda ke Madinah di mana beliau telah diterima dan ajaran Islam yang dibawanya juga diterima di Madinah.Oleh yang demikian, saya berpendapat masyarakat Arab Madinah ini merupakan suku kaum (lupa nama kaum ni) yang agak lembut sedikit dari kaum Arab yang ada di Kota Makkah.
TBC.....
2 Bahrain,Syria,Labenon,Jordan Travelling Journey
Penutup tahun 2008 diakhiri dengan percutian bersama keluarga ke Syria, bumi para Anbi'a yang memakan masa selama 8 hari 10 malam. Perjalanan bermula dari KLIA menuju ke Bahrain menggunakan perkhidmatan udara Gulf Air yang mengambil masa selama 7 jam 30 minit. Dalam flight yang panjang sempat jugak tengok movie 'Wanted' yang disediakan dalam pesawat.Nasib baik ada movie, kalau tak keras+boring duduk dalam kapal terbang.Dalam kapal terbang asyik tengok movie, tertidur kejap, makan nasi beriyani, pergi toilet (sejuk kat dalam kapal buat pundi kencing mengecut.tu pasal asyik nak buang air kecil je) kemudian tertidor lagi sampai la arrival.....hehehe...senang kalau hidup kat darat camni.....
Berbalik ke perancangan asal, travel itinerary yang diberikan oleh pihak penganjur ringkas. Kami terpaksa bermalam satu malam di Bahrain kerana transit flight untuk ke Syria dibatalkan. Oleh itu, kitorang mengambil keputusan untuk charter satu City Tour dengan hotel untuk bawak kitorang pegi jalan-jalan di bandar Bahrain. Bahrain merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun setelah 70 tahun mengumpulkan hasil 'emas hitam' yang terdapat kebanyakkan di sekitar pesisir pantainya. Ibu negara Bahrain ialah Manama yang pada masa dilawati sedang rancak dibangunkan dengan bangunan-bangunan pencakar langit rekaan moden dan canggih. Sempat la melawat ke bandar baru Bahrain dan kota lama Belanda atau dikenali sebagai Bahrain Fort hasil peninggalan penjajah suatu masa dulu.
Manama City Bahrain Fort@Portugese Port Bahrain National Museum
Manama City Transit Hotel
So, on the next day, 21st Dec 08, kami bertolak ke Syria pada pukul 130pm. (Bahrain is +2 GMT, lewat 6 jam dr waktu Malaysia) dan sampai di Syria pukul 330pm.(Syria is +3 GMT,lewat 5 jam dr waktu Malaysia).So internal clock pelancong-pelancong dr Malaysia ni pun berubah. Bila sampai Syria ada yang dah lapar (sebab dah pukul 930mlm,patut dah dinner, ada yang dah mengantuk). Tapi disebabkan semua semangat nak tengok bumi para anbi'a ni, tahan je la kan.
Nama tourist guide kami ialah Mr Fadi, muslim from Damascus dan ini trip ke lima dari Malaysia yang dia uruskan. Mamat ni tak penah datang Malaysia tapi dia cakap orang-orang di sana cukup mengenali Dr. Mahathir Mohammad.....and we were very proud.....Kami di bawa ke hotel penginapan yang tak pasti berapa jauh dr airport tapi mengambil masa lebih kurang 45 minit. Keadaan di Syria amat berbeza dr Bahrain. First impression on Syria, nampak sedikit tidak teratur, keadaan bangunan-bangunan kediaman yang agak kurang menarik, sistem pengurusan sampah tidak terurus dan orang-orang di sana sedikit rigid...orang arab memang kasar sikit kan.tetapi bukan semua nya negatif.bila sampai di kawasan bandar yang didiami oleh lebih kurang 2 juta penduduknya, semua nya berubah. Keadaan lebih baik dari persekitaran awal di sekeliling airport Damascus. Pada masa ini, Damascus Int'l Airport sedang dinaik taraf agar kelihatann lebih baik dan projek ini dilaksanakan oleh sebuah syarikat dari Malaysia iaitu Muhibah Eng. Sdn Bhd. Byk la mamat2 Malaysia aku jumpa kat airport tu.dah rasa mcm ada kat airport Kuching, Sarawak je pulak.
Bila dah unload semua luggage dalam bilik hotel, kami dibawa ke Al-Kamal Restaurant yang terletak 5 minit perjalanan dr hotel penginapan kami. Sajian yang dihidangkan, macam biasa la, makanan Arab, sayur sayuran, sup perasa kambing, nasi beriyani lauk ayam ngan desert buah.Sebab perut dah terlampau lapar, balun jugak la sampai licin..ni kat bawah ni gambar lauk dan pauk nya...
Nampak sedap kan....
22 Dec 2008
Kami dibawa ke kawasan Pergunungan Qalamun, 45km ke utara Damsyik menuju ke Makam Habil iaitu anak Nabi Adam yang telah dibunuh oleh saudaranya Qabil kerana rasa iri hati. Qabil iri hati dengan Habil kerana Habil dikahwinkan dengan kembar perempuannya yang cantik manakala Qabil dikahwinkan dengan kembar perempuan Habil yang kurang cun. Jadi Habil telah dibunuh dan pembunuhan ini merupakan pembunuhan yang pertama berlaku dalam dunia.
Kemudian kami dibawa ke Gunung Qasiyun untuk menikmati pemandangan bandar Damasus@Damsyik dari puncak gunung.Gunung ni pun blh nampak dari tingkap bilik hotel penginapan aku.....cantik! Point of view ini merupakan bahagian tertinggi Damsyik mengadap kawasan bandar baru Damsyik. Dikatakan juga di sinilah Nabi Mohamad s.a.w berdiri dan melihat keindahan Damsyik.
Kemudian kami ke Takiyeh Sulaimaniah, komplek yang dibina oleh Sultan Sulaiman "The Magnificient" semasa kerajaan Usmaniah yang terdiri daripada Masjid Sultan Abd Hamid,muzium perang,pusat kraftangan dan pusat seni Syria pada zaman dahulu.Sedikit maklumat sejarah mengenai Takiyeh Sulaimaniah:
- Dibina selama 6 tahun bermula pada tahun 1554 berasaskan rekabentuk senibina kerajaan Usmaniah oleh arkitek terkenal pada masa tersebut, Sinan.
- Bangunan yang dibina mirip kepada masjis Istanbul,menggabungkan ciri-ciri Syria (susunan batu berwarna hitam selang seli denga batu warna putih yang terdapat semasa pemerintahan era Mamluk dan rekaan seperti batuan honeycomb di pintu masuk utama) dan Turkey (puncak kubah yang tinggi dan menara seperti pensil).
- Terdapat 2 bahagian: masjid di selatan dan arked di bahagian tengah
- Semasa pemerintahan waris Sulamaniah, Selim II, bahagian compound Tekiyeh telah dibesarkan untuk dijadikan sebuah madrasah atau tempat mengaji dan terdapat juga air pancut di bahagian tengah Tekiyah.
- Pada masa kini, bahagian madrasah dijadikan Pusat Seni dan tempat tinggal pelajar pada zaman dahulu kini dijadikan sebagai Pusat Kraftangan.
Water Fountain Courtyard Main Entrance
Kemudian kami ke Bab As-Saghir di mana kami menziarahi makam-makam isteri Rasullullah a.s: Ummu Habibah, Ummu Salamah dan Ummu Hafshah. Kami juga menziarahi makam Bilal bin Rabah iaitu juruazan Rasullulah, Mu'awiyyah r.a jurutulis wahyu dan para syuhada Perang Qarbala.
Dan untuk hari ini, tempat lawatan terakhir kami ialah makam Salahuddin al-Ayubi, pejuang yang telah membebaskan Baitulmuqadis dari tentera Salib.Fakta sejarah mengenai Salahuddin al-Ayubi:
- Pejuang Islam semasa Perang Salib ini telah meninggal dunia pada tahun 1193 di Damascus. Sebuah makam baru yang dibina dari batu marmar telah dihadiahkan oleh Kaiser Wilhelm II of Germany pada tahun 1898 kerana mengagumi keberanian dan semangat juang Salahudin yang diletakkan bersebalahan dengan makan asalnya yang dibina daripada kayu yang masih lagi kukuh sehingga sekarang.
At the back is Temple Of Jupiter Site
Makam Salahudin al-Ayubi