"It's a quote that everyone try to understand..."

2 Bahrain,Syria,Labenon,Jordan Travelling Journey

Sunday, January 4, 2009


Penutup tahun 2008 diakhiri dengan percutian bersama keluarga ke Syria, bumi para Anbi'a yang memakan masa selama 8 hari 10 malam. Perjalanan bermula dari KLIA menuju ke Bahrain menggunakan perkhidmatan udara Gulf Air yang mengambil masa selama 7 jam 30 minit. Dalam flight yang panjang sempat jugak tengok movie 'Wanted' yang disediakan dalam pesawat.Nasib baik ada movie, kalau tak keras+boring duduk dalam kapal terbang.Dalam kapal terbang asyik tengok movie, tertidur kejap, makan nasi beriyani, pergi toilet (sejuk kat dalam kapal buat pundi kencing mengecut.tu pasal asyik nak buang air kecil je) kemudian tertidor lagi sampai la arrival.....hehehe...senang kalau hidup kat darat camni.....
















Berbalik ke perancangan asal, travel itinerary yang diberikan oleh pihak penganjur ringkas. Kami terpaksa bermalam satu malam di Bahrain kerana transit flight untuk ke Syria dibatalkan. Oleh itu, kitorang mengambil keputusan untuk charter satu City Tour dengan hotel untuk bawak kitorang pegi jalan-jalan di bandar Bahrain. Bahrain merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun setelah 70 tahun mengumpulkan hasil 'emas hitam' yang terdapat kebanyakkan di sekitar pesisir pantainya. Ibu negara Bahrain ialah Manama yang pada masa dilawati sedang rancak dibangunkan dengan bangunan-bangunan pencakar langit rekaan moden dan canggih. Sempat la melawat ke bandar baru Bahrain dan kota lama Belanda atau dikenali sebagai Bahrain Fort hasil peninggalan penjajah suatu masa dulu.











Manama City Bahrain Fort@Portugese Port Bahrain National Museum





Manama City Transit Hotel


So, on the next day, 21st Dec 08, kami bertolak ke Syria pada pukul 130pm. (Bahrain is +2 GMT, lewat 6 jam dr waktu Malaysia) dan sampai di Syria pukul 330pm.(Syria is +3 GMT,lewat 5 jam dr waktu Malaysia).So internal clock pelancong-pelancong dr Malaysia ni pun berubah. Bila sampai Syria ada yang dah lapar (sebab dah pukul 930mlm,patut dah dinner, ada yang dah mengantuk). Tapi disebabkan semua semangat nak tengok bumi para anbi'a ni, tahan je la kan.
Nama tourist guide kami ialah Mr Fadi, muslim from Damascus dan ini trip ke lima dari Malaysia yang dia uruskan. Mamat ni tak penah datang Malaysia tapi dia cakap orang-orang di sana cukup mengenali Dr. Mahathir Mohammad.....and we were very proud.....Kami di bawa ke hotel penginapan yang tak pasti berapa jauh dr airport tapi mengambil masa lebih kurang 45 minit. Keadaan di Syria amat berbeza dr Bahrain. First impression on Syria, nampak sedikit tidak teratur, keadaan bangunan-bangunan kediaman yang agak kurang menarik, sistem pengurusan sampah tidak terurus dan orang-orang di sana sedikit rigid...orang arab memang kasar sikit kan.tetapi bukan semua nya negatif.bila sampai di kawasan bandar yang didiami oleh lebih kurang 2 juta penduduknya, semua nya berubah. Keadaan lebih baik dari persekitaran awal di sekeliling airport Damascus. Pada masa ini, Damascus Int'l Airport sedang dinaik taraf agar kelihatann lebih baik dan projek ini dilaksanakan oleh sebuah syarikat dari Malaysia iaitu Muhibah Eng. Sdn Bhd. Byk la mamat2 Malaysia aku jumpa kat airport tu.dah rasa mcm ada kat airport Kuching, Sarawak je pulak.


Bila dah unload semua luggage dalam bilik hotel, kami dibawa ke Al-Kamal Restaurant yang terletak 5 minit perjalanan dr hotel penginapan kami. Sajian yang dihidangkan, macam biasa la, makanan Arab, sayur sayuran, sup perasa kambing, nasi beriyani lauk ayam ngan desert buah.Sebab perut dah terlampau lapar, balun jugak la sampai licin..ni kat bawah ni gambar lauk dan pauk nya...


Nampak sedap kan....

22 Dec 2008

Kami dibawa ke kawasan Pergunungan Qalamun, 45km ke utara Damsyik menuju ke Makam Habil iaitu anak Nabi Adam yang telah dibunuh oleh saudaranya Qabil kerana rasa iri hati. Qabil iri hati dengan Habil kerana Habil dikahwinkan dengan kembar perempuannya yang cantik manakala Qabil dikahwinkan dengan kembar perempuan Habil yang kurang cun. Jadi Habil telah dibunuh dan pembunuhan ini merupakan pembunuhan yang pertama berlaku dalam dunia.




Kemudian kami dibawa ke Gunung Qasiyun untuk menikmati pemandangan bandar Damasus@Damsyik dari puncak gunung.Gunung ni pun blh nampak dari tingkap bilik hotel penginapan aku.....cantik! Point of view ini merupakan bahagian tertinggi Damsyik mengadap kawasan bandar baru Damsyik. Dikatakan juga di sinilah Nabi Mohamad s.a.w berdiri dan melihat keindahan Damsyik.



Kemudian kami ke Takiyeh Sulaimaniah, komplek yang dibina oleh Sultan Sulaiman "The Magnificient" semasa kerajaan Usmaniah yang terdiri daripada Masjid Sultan Abd Hamid,muzium perang,pusat kraftangan dan pusat seni Syria pada zaman dahulu.Sedikit maklumat sejarah mengenai Takiyeh Sulaimaniah:
  • Dibina selama 6 tahun bermula pada tahun 1554 berasaskan rekabentuk senibina kerajaan Usmaniah oleh arkitek terkenal pada masa tersebut, Sinan.

  • Bangunan yang dibina mirip kepada masjis Istanbul,menggabungkan ciri-ciri Syria (susunan batu berwarna hitam selang seli denga batu warna putih yang terdapat semasa pemerintahan era Mamluk dan rekaan seperti batuan honeycomb di pintu masuk utama) dan Turkey (puncak kubah yang tinggi dan menara seperti pensil).

  • Terdapat 2 bahagian: masjid di selatan dan arked di bahagian tengah

  • Semasa pemerintahan waris Sulamaniah, Selim II, bahagian compound Tekiyeh telah dibesarkan untuk dijadikan sebuah madrasah atau tempat mengaji dan terdapat juga air pancut di bahagian tengah Tekiyah.

  • Pada masa kini, bahagian madrasah dijadikan Pusat Seni dan tempat tinggal pelajar pada zaman dahulu kini dijadikan sebagai Pusat Kraftangan.



Water Fountain Courtyard Main Entrance

Kemudian kami ke Bab As-Saghir di mana kami menziarahi makam-makam isteri Rasullullah a.s: Ummu Habibah, Ummu Salamah dan Ummu Hafshah. Kami juga menziarahi makam Bilal bin Rabah iaitu juruazan Rasullulah, Mu'awiyyah r.a jurutulis wahyu dan para syuhada Perang Qarbala.

Dan untuk hari ini, tempat lawatan terakhir kami ialah makam Salahuddin al-Ayubi, pejuang yang telah membebaskan Baitulmuqadis dari tentera Salib.Fakta sejarah mengenai Salahuddin al-Ayubi:
  • Pejuang Islam semasa Perang Salib ini telah meninggal dunia pada tahun 1193 di Damascus. Sebuah makam baru yang dibina dari batu marmar telah dihadiahkan oleh Kaiser Wilhelm II of Germany pada tahun 1898 kerana mengagumi keberanian dan semangat juang Salahudin yang diletakkan bersebalahan dengan makan asalnya yang dibina daripada kayu yang masih lagi kukuh sehingga sekarang.


At the back is Temple Of Jupiter Site




Makam Salahudin al-Ayubi













0 Ramadhan 1428H, Oct 5,2007

Friday, October 5, 2007
Lama betul tak menulis blog. Bila baca blog kawan kawan, terpikir balik pandai betul diorang ni mengarang..kadang-kadang boleh dikatakan diorang pandai buat komunikasi satu hala.Menulis dalam blog ni macam sembang sorang-sorang pasal apa yang berlaku dalam diri diorang tu.kenapa ada yang lebih suka meluahkan apa yang terpendam melalui tulisan daripada bercerita sesama insan? apa pun, itu terpulang pada tuan punya diri la kan.
apa kita nak pedulik.lebih baik kita buat apa cara yang kita senang daripada menyenangkan apa yang kita nak senangkan...hahaha, apa la ayat ni.merapu bila dah terlebih kenyang.
Hari ni satu hari yang penuh memenatkan. dari pagi sejak masuk pejabat sampai abis waktu pejabat, mata dengan kepala ni tak lekang dari menghadap skrin monitor ni.kalau la aku ni salah seorang ahli X-Men,mesti dah tembus monitor laptop ni aku tenungkan.tapi hari ni hari yang penuh dengan kepuasan. kerja-kerja paper work semua dah selesai dan menunggu hari esok untuk di hantar.harap-harap boleh dapat return back secepat mungkin.sebab aku dah buat yang terbaik dan aku mengharapkan pulangan yang baik jugak atas usaha aku yang extravaganze hari ni.......sekurang-kurangnya hari ni je aku dah clearkan 20 invoice utk dituntut.kerja gila jugak la kan.sebab bila nak anta invoice kena siap kan skali ngan report. kalau takde report tak bernilai la claim aku tu. so dari pagi, sampai ke petang, syukur la siap jugak 20 claims tu.cuma tinggal 2 claim je lagi nak disiapkan esok.pada aku sekarang ni, masa semakin mencemburui kita.kalau dibekalkan lagi tambahan 4 jam dalam sehari, aku panjat kan lagi rasa syukur aku kepadaNya kerana memberi peluang kepada ku untuk menambahkan lagi sedikit kederat......tapi mustahil.mana mungkin 24 jam sehari boleh menjadi 28 jam sehari.tak tau la kalau kalau dah di hujung zaman boleh berlaku perkara macam tu. kalau berlaku perkara macam tu, aku rasa semua manusia di muka bumi ini akan menambah amalan kepada yang Maha Esa sebab dah tau 'D-day' is coming....takutnye.

Kadang-kadang terpikir jugak macam mana nak uruskan masa yang diperuntukkan dengan lebih efisien.nak tak nak kena set priority. tapi bila dah set priority, mana yang lebih utama tu tetap tak dapat dilaksanakan jugak sebab tiba-tiba je ada perkara lain yang lebih tinggi priority nya daripada apa yang telah kita set kan permulaan tadi....jadi apa yang patut dilakukan. Karang bila dah nak dekat pukul 4 petang tapi kerja masih tak siap jugak, mula la tukar buat kerja lain pulak sebab bila dah nak sampai masa nak tutup pejabat ni, semua orang macam dah malas nak layan permintaan kita.jadi terpaksa la tunggu hari esok untuk menyambung business semula.apa boleh buat, masa sentiasa mencemburui kejayaan kita. ini apa yang berlaku pada aku la skrang ni.tak mungkin sama dengan apa yang berlaku pada orang lain di luar sana.

sekurang-kurangnya aku berjaya jugak siapkan kerja hampir 95% daripada apa yang aku rancangkan.dan aku gembira......hehehehe.biasanya hujung bulan bawak ke awal bulan la keadaa ni berlaku.tp kali ni istimewa sikit sebab ni dah nak dekat hujung bulan Ramadhan dan menghampiri bulan Syawal. Kene kerja kuat sikit nak cari duit raya.kang beraya takde duit kang parah pulak.Skarang dalam situasi ada keje ada makan.takde keje pun blh makan tapi makan angin je la.sebu satu badan tak pasal je bila terlebih angin kang.....hahhaaha.

Hari ni walaupun sibuk sempat jugak buat arrangement berbuka puasa dengan kawan-kawan ex-TIME dulu. Kitorang berbuka di Cerana Restaurant. Lama betul tak jumpa Amin dengan Ram.Ada je cerita cerita sensasi yang dibawa oleh Amin....mulut becok dia tak penah sepi dari seribu satu gossip dan strategi.....strategi menangani masalah lelaki yang menghadapi masalah putus cinta. Sebab nya dia ni blh dikatakan sebulan sekali akan putus cinta....wakakaka. kesian kawan sorang ni.umur dah lanjut tapi tak settle down lagi. Gilo apo sebulan skali putus cinta....kalau jadi player pun takkan ada rasa putus cinta kot sebab memang tuan punya badan yang tak serius....hahaha..minmin minmin, cepat cepat la ko kawin.air dah naik kepala sangat dah tu.....Si Ram pulak bukak cerita pasal kucing dia terjun dari tingkat 4 umah dia mlm tadi....tapi jangan risau, kucing tu hanya cedera ringan je. Ada luka sikit je kat hidung dia, mungkin salah landing kot.Tersalah setting kene batu jalan kat hidung dia.....hehehe.Panjang lagi umur kucing kawan aku tu. Ram nampak makin macho, tapi kasut Adidas berkarat tu jugak dia pakai dari zaman TIME sampai ke zaman SAPURA dia skang ni.Sayang betul kasut tu....Patut dah gantung kat pokok mangga kasut tu dah tapi masih melekat kat kaki dia.....kedekut betul member sorang ni....tapi kalau bab makan memang Ram tak kemut...ajak je gi makan kat mana, mesti dia ikut punye.Siap offer naik kereta dia lagi sebab nanti dia blh tunjuk skil ala-ala drift kampung kat aku.......uwekkkkk...

Alamak, dah sampai waktu tido la plak.Sambung nanti ahh....

1 Tawaran hebat.....

Friday, May 5, 2006
well, hari selasa lepas, makcik aku call aku masa kat office.
"Rul, what job are u doing now?".So aku jawab la aku more to customer and service support oriented job.

"I got a good job for you to consider and I really hope u will take this offer",kata makcik aku. Wahhhh....bersungguh nampak nyer makcik aku ni. So dalam kepala dah pikir macam-macam perkara dah. Sebelum dia sempat cerita apa keje yang dia nak offer, sepantas kilat aku fikirkan renumeration and how big bucks i will earn later on...hahaha.Rakus!
Makcik aku sambung lagi,"I want to offer u to work in Jeddah. Contract work for 2 years for 200 million dollar project. Accomodation, car, fuel,meals will be provided. I really want you to work there. Its a good exposure to work with foreigners".

Perghhh....masyuk gila dia punyer offer. Kire nyer cuci kaki dan tangan je la sebaik aku turun dari MAS di Jeddah nanti...hahaha. So hari Selasa nye tu mood keje aku pun terus la berubah. Half-hearted kata orang. Ye la, dah dapat offer best kan. This job is confirmed for me! They are waiting for my decision either yes or no....see....rezeki kan. Genap setahun keje kat Time, offer terus datang. Dapat pegi keje kat oversea lak tu...main contractor is Bin Laden company, bapak kaya kompeni tu.

malam tu aku pun pegi la jumpa ngan makcik aku tu. Ye la, takkan nak terus setuju jer ngan offer dia. Giler apa, ngan gaji tak tau lagi berapa banyak dia bagi, apa skop kerje yang aku kene handle, bila nak pegi ke sana, so all need to be considered first before i say "yes". After a short briefing, few puff of my cigarette, a sipped of thick tea, i knew how my job scope, what's the renumeration, how's the working condition....but for sure, no enjoy for two years!...hahahaha.God....I can live that way....instead the wages is not worthit with what u give.I cant make much for the two burning years...and i still can make that amount while i'm in here though....no compromise....i can live wherever i've been thrown.thats the facts!
jadi, dari hari ke sehari, offer tu masih bermain dalam fikiran. Patut ke tak aku lepas kan peluang ni...tanyer orang sana, tanye orang sini....kesimpulan nyer, sume orang tak bagi aku pegi. Pertama, tak berbaloi dengan apa yang akan aku dapat.Kedua, job scope aku lari dari bidang yang aku ceburi selama ni..[actually i still can manage people]..hehe.Ketiga, mungkin aku tak terbuka hati utk terima kerje ni....Dengan hati yang tenang, aku pun menolak la tawaran ke jeddah tu. Kalau aku accept, bermakna, 15 May ni aku akan fly ke sana dan memulakan usaha aku sebagai mandur yang berjaya di Tanah Suci Mekah...hahaha.Takpe, sabar je sikit. Mungkin tak lama lagi akan datang rezeki lain pulak......CHEERS!

0 'bout my little Koi

Monday, May 1, 2006
uhuk uhuk.....
Now I'am telling you, I really sad when I saw the koi pond blogged..
Past few months, I had a lot of health, fat and tame kois, but now its all memories.
No more fish feeding on evening, no more beautiful colored creatures inside my pond, no need go to Jalan Pasar to buy the fish pallete and no more water filter cleaning on weekend. Its all gone dude....in a while, just a short while, all my kois gone...all dead...uhuuk uhuk....

Because one man showed to be genius, he killed my koi. I can accept his fault, violently and without humanity spirits, kill my pets in pain.....what THE f**king guy he is...

No more stories about koi....I'll pet other cheap fish later on and if I have a feeling to do so......CHEERS!

0 Restless weekender


Halluuuu.....lama nyer tak menulis dalam blog ni...terasa seperti telah dilupakan la plak. Tak kesah.....dan jangan risau, aku masih ada lagi.

Tengok la tajuk blog ni.Mcm hampeh kan. dah dekat dua bulan hidup camni. Hujung minggu je tak de live yg nak dihidupkan....ke sana ke sini, antar barang, kutip hutang yg tak sampai berjuta juta lagi....tunjuk barang kat orang sana, promo pulak kat orang sini. Tapi Aiman tak kesahhhh.....sebab pada usia muda ni la kena bergerak aktif. At least got something to gain and can be banked-in on the next day. Yes, sure you understand what i mean.I'm talking about how pain you should be to gain big. I remember one Hitler's quote, "better try to fail rather than you fail to try". I am trying to do whatever I can to improve my 'bank statement printing' rather than I keep thinking 'bout the idea but I wont do anything. The idea is still an idea until I do something to realise it.

Now, I'm doing it the way around. I will do what I want to do and keep thingking how to improve the tasks all the way while realising the idea...can understand ahh? hehe...I'm the doers, please dont think how I did it but for sure, I did realised what Im doing and I was satisfied with the result. Orang cakap sikit2 lama2 jadi bukit. Consistence works, plus a bit strenghs and mixed it with enough passions will do make it better though....

Huhuhu.....as of today, I close my business at the end of April, 2006.Really mad though doing this, but trust me, if u really enjoy what u do, then the rezeki will go in. I close my ledger for April '06 with distinstion....hehe..I'm the person who always padded my own shoulder, the best track record sale for this 3 months. Myself couldn't believe it, but the statistic show it....hahahaha.

Well, now I'm thingking the other source of money I can earn...trumphh tam tam pham...tram taam tam pram....lalalal alala.CHEERS!