"It's a quote that everyone try to understand..."

1 Seksaan Nuang

Tuesday, April 13, 2010


Tidak puas menyeksakan diri setiap hujung minggu di trail FRIM, Kemensah,PCP ataupun trail-trail yang biasa ditakluki, kayuhan offroad pada Ahad lalu memilih trail Gunung Nuang sebagai sasaran untuk melempiaskan nafsu dan ketagihan offroad yang telah dipendam sejak seminggu yang lalu. Pemilihan laluan kali ini telah di setkan sejak dua minggu yang lalu oleh Along tetapi disebabkan ingin menikmati kehijauan Kemensah pada minggu lalu, trail ke Nuang ditangguh ke minggu hadapannya.


6 orang pengayuh 'pancit' yang selalu kayuh bersama sama ada dalam suka atau duka..ayat novel seperti iaitu Along, Muz, Payed, Ken, Abg Zam dan aku mula berkumpul di restoran Buloh (banyak gila lebah kat restoran ni) yang terletak dalam 200m selepas pekan Batu 18, Hulu Langat menikmati sarapan pagi ringan sebelum memulakan kayuhan yang akan memuntahkan semula apa yang dimakan melalui hidung. Aku dah makan roti masa dalam perjalanan ke sini jd aku tak makan apa pun. Cuma sebelum berangkat ke parking Gunung Nuang, aku tapau sebungkus mee hoon goreng berlapik daun pisang berharga seringgit sebagai bekalan bila sampai di tempat berkubang nanti. Rakan-rakan yang lain pun ada yang tapau, masalodeh, kuih gulung warna hijau yang aku pun lupa namanya, mee hoon goreng, macam aku jugak, Payed la tu.... sebagai alas perut sebelum memulakan downhill turun nanti. Maklumla, tenaga dah banyak pakai masa mendaki trail, lepas tu nak berendam lagi.Bila sejuk mula la perut pun lapar....dah tu bila turun downhill kalau takde tenaga takut nanti takleh tarik brake lever....jadi, untuk mengurangkan risiko takleh tarik brake lever masa turun bukit nanti, kita makan dulu....memang best ahhh.....



Aku suka trip macam ni! Ini yang aku buat sejak dari tingkatan 2. Sentiasa ingin menikmati 'hijau yang asli'....sentiasa dekat dengan sungai, dengar bunyi unggas, tenang dan damai....sehingga last skali aku tracking dalam hutan, kalau tak silap masa tahun 3 di UTM berkelah di Air Terjun Berkelah, Pahang..lepas tu, commitment untuk berkhemah dan melayan tracking hutan semakin pudar dan hilang apabila komitment kerja dan kerja dan keluarga mengambil alih masa dan ruang tracking. Ditambah pula dengan kesibukan dan tiada lagi rakan2 tracking yang berminat untuk meneruskan aktiviti ini sehingga aku ditemukan dengan MTB. MTB membawa diri aku balik kepada nature yang sentiasa mendamaikan.........bengang aku kalau masuk trail ada sungai dan tak mandi kat sungai tu....dah la skali skala je jumpa sungai yg masih dara, takkan nak lepaskan peluang yang jarang dapat, dah tu takde orang plak kat tempat tu....adoiiii ruginye...!

Kayuhan naik ke Nuang mula pukul 930 pagi. Mendaftar nama kat ranger yang menunggu di pondok ranger dan bayar seringgit, kami dibenarkan kayuh ke atas. Mengikut firasat sesat Along, trail Nuang yang boleh dikayuh ada dalam 6km+-. Permulaan kayuhan sehingga ke 5 kilometer terakhir semuanya disajikan dengan pendakian yang agak curam dan seram ditambah penyedap perisa mendaki di kawasan rock garden.Peluh mencurah memang dahsyat...air dalam water bladder cuma 1.5 liter saje.Berjimat cermat la minum air Revive ni kalau tak sampai atas kang dehydrated.Buat masalah jer kat kawan-kawan.Muz, Ab Zam, Payed dan Along dah laju ke depan merogol bukit bukit yang seksi..aku tak larat nak jadi perogol macam derang sebab aku tgk bukit bukit sangat seksa...korang kayuh la dulu....pelan pelan aku ngan Ken kayuh kejar derang ikut pace aku sendiri.

                                             First CP                                       Second CP         

1st checkpoint, 2nd checkpoint, 3rd check point, 4th checkpoint sumer dah lemau...last 1 km disajikan dengan downhill sedikit sebelum climb bukit pacak...tewas! berhenti ambik angin kat bawah pokok buluh...zasss zasss zasss....siot betul, satu group rider tengah layan turun downhill...bapak laju giler...mungkin diorang lupa kat bawah tu ada rock garden yg agak bahaya...salah lipat memang terjungkang....aku yang telah climbing ni beriya ria kayuh dalam gear paling ringan berbulu je tgk derang dah turun..takpe, kejap lagi turn aku pulak..kejap lagi tau la aku camne rasa pukulan downhill ni....nampak teruja sebab aku nak climb ni pun separuh giler mental aku......nasib baik dari bawah sampai ler ke checkpoint ke 5 semua kanopi. Redup je berkayuh. So rintangan panas mentari dah dikurangkan.Menghadapi rintangan berbukit ni jer yang perlu diselesaikan.....

                                                                   Cantik dan redup

Alhamdulilah...selepas sejam setengah berkayuh, 4 checkpoint dan yang kelima klimaksnya, sampai juga di kawasan sungai. Tak buang masa, tak banyak cakap, buka baju, buka seluar, buka kasut....kecebussssss...masuk dalam air dulu...buat kuak lentang 2 round, terjun tiruk 1 kali then buka mee hoon goreng....marvelloussssssssss.....satu quote pernah aku dengar dulu, "dalam hutan takde benda yang tak sedap, bagi la apa makanan pun akan jadi sedap".  Aku sokong quote ni sbb aku dah masuk hutan byk kali dan terbukti kalau makan nasik jelatah dengar bawang goreng letak kicap pun SODAPPP....no doubt!

Tepat jam 1215tghari, pakai baju,seluar ngan kasut balik. Ready untuk layan downhill pulak...memasing dah tak sabar je nak turun.....Payed kene hati-hati sebab dia tertinggal helmetnya. Mungkin takut terlewat dan kalut mencari barang MTB sampai terlupa helmetnya....janji ko pandai pandai dah la bro. Tu dia, turun downhill masing2 berdesup laju. Yang pakai fulsus semua pakai fulsus kecuali Muz tak hengat dunia turun macam torpedo lajunye...adussss layan nyeeeee.....aku terbayang jap...........sampai pondok, kami berhenti tunggu yang lain.Brek Payed pulak buat hal.Brek belakang lansung tak lekat...sudah! Depan ni ada lagi downhill yang seksi yang terpaksa dirogol lagi..tak blh tak, mesti 'rogol' jugak...hehehe.Takpe aku ride belakang Payed, dia kata dia ride slow ja, tu pasal aku pun ingat nak ride slow sebab sloop  kat bawah tu agak curam, laluan berpasir kendian ada switchback lagi....bahaya tu..Skali cucuk punya cucuk Payed, laju cam harem mamat ni turun.Siot je. Nasib selamat sampai bawah tanpa ada kecelakaan.....


Kesimpulannya, trail Nuang mmg bagus untuk senaman jantung. Downhill nye pun agak ekstrem.Keseluruhan kayuhan redup dan boleh dikayuh kecuali di satu atau dua tempat yang tak blh dikayuh sebab terlalu banyak batu yang longgar. Suasana damai air terjun yang pasti memberikan kepuasan kepada rider yang kepenatan selepas melakukan pendakian.

So, take the opportunity, bring your bike and cadence here. Dont forget some snack before you take off from 7 Eleven.Enjoy the climb and so do the downhill.Short trail, about 14km returned.


0 'Gergasi' XTC 2009

Saturday, April 10, 2010




Setup Mr Giant kali cukup memuaskan hati apabila memberikan persembahan yang terbaik sejak memilikinya pada bulan Ogos 2009 yang lalu.Malam 9hb Apr 2010 merupakan malam acara kayuhan Keliwon Nite Ride yang diadakan di Presint Diplomatik Putrajaya untuk mengumpul peminat tegar basikal dalam acara kayuhan beramai-ramai. Laluan pilihan kali ini ialah Presint Diplomatik menghala ke Kg Limau Manis seterusnya menuju ke arah UKM melalui jalan Bangi Lama. Dari pintu masuk UKM menghala ke arah Seksyen 1 B.B.Bangi dan berhenti rehat sambil mengisi bekalan air di Shell Seksyen 1. Dari sini kayuhan bersambung ke arah Putrajaya mengikuti laluan Kg Datuk Abu Bakar Baginda, Bangi dan sampai di Presint Diplomatik semula.

Apa yang ingin dikongsi bersama pembaca blog ini (ada pembaca ke blog ni) ialah kadar kayuhan prestasi yang semakin memberansangkan samada dari sudut penunggang basikal dan juga spesifikasi basikal yang digunakan. Aku masih teruja dengan setup Giant ini kerana pada peringkat permulaan kayuh selepas disetup semula, aku merasakan basikal Giant ini sudah tidak mampu menepati piawaian standard aku untuk mengayuhnya. Jika sebelum ini perlu dirasakan untuk menukar saddle dan seatpost beserta stem, hajat aku tu terkandas. Terkandas kerana sebelum kayuhan Keliwon bermula, aku telah membetulkan kedudukan saddle dan tahap ketinggian seatpost agar bersesuaian dengan fizikal diri sendiri. 
Jika sebelum ni Giant dirasakan seperti banyak benda yang perlu ditambahbaik, tetapi terbukti pada malam ini sangkaan dan bisikan syaitan yang direjam itu meleset. Kayuhan masih dapat diteruskan dengan kedudukan punggong terasa selesa dengan saddle yang di 'swap' dari basikal Epic. Begitu juga handlebar dan grip baru telah diganti untuk menambahkan lagi keselesaan penulis 'enjoy' sukan MTB ini.Begitu juga dengan tayar, daripada KENDA---whatsoever called---dengan tayar berat yang selalu mendatangkan masalah kepada penulis telah ditukarganti dengan Kenda Kozmik Lite II seberat 309g sahaja.


Lain-lain part yang telah ditukar ialah seperti crank menggunakan XT,RD menggunakan XT, casette XT,rantai XT dan shifter XT. Brek, fork dan frame masih menggunakan set yang lama pada basikal ini yang telah dipasang sebelumnya.
Kayuhan pada malam ini secara peribadi dirasakan satu kayuhan yang enjoy. Ini kerana penulis berjaya mengemudi dan mengendalikan Giant dengan berkesan walaupun telah meninggalkan arena roadie untuk jangkamasa 2 bulan jika tak silap. Dalam masa 2 bulan tu aku cuma kayuh offroad hujung minggu saja.Laluan berbukit yang satu ketika dulu menjadi penghalang kepada rentak kayuhan sebelum ini dalam keadaan malang apabila aku berjaya memperkosanya sambil berdiri...(kene ada skill dan pendedahan baru tak penat daki bukit tu).Penulis sangka cuma satu atau dua bukit di permulaan kayuhan sahaja yang dapat diperkosa dengan rakus (awal kayuhan angin banyak lagi) tapi boleh dikatakan semua bukit dikayuh dengan gembira......



[Semua ini bersebab dan sebab utamanya ialah semangat, keazaman mental yang kukuh danperasaan 'mahu' membuat menjadikan penulis semakin berani menentang cabaran yang telah tersedia] - ayat ni aku tulis dalam keadaan separuh sedar sebab jam pada waktu ni pukul 4.03 pagi. Ayat skema orang mengantuk tapi tersalah tarik komputer, patut tarik bantal.------

Antara setting yang aku telah buat ialah:



1-Seatpost level diadjust ke paras yang bersesuai.
2-Jarak antara saddle dan handlebar diadjust ke kedudukan yang selesa dengan fizikal     
   dan geometri rider
3-Lock fork.
4-Gear usage yang bersesuaian
5-Basikal yang semakin ringan-----bonus!
6-Terserah kepada kudrat rider masing-masing.

Jadi, kesimpulannya ada kemajuan dalam kayuhan dan skil kayuhan hasil dari membaca buku mountain bike.



0 Kemensah Dam Trail

Monday, April 5, 2010
Semuanya bermula pada Jumaat 2 April 2010 my birth date seawal jam 8 pagi apabila SMS telefon aku berbunyi....mesej dari Along Daud mengatakan kayuhan hujung minggu ini ialah di trail Nuang, Hulu Langat.Aku takde masalah....sebab dalam kepala dah terbayang jugak trail Kemensah Dam yang kalau mengikut kata himat Ken trailnya boleh dikayuh meleset. Tengaharinya Along Daud call pulak, katanye Nuang trail ditunda ke satu tarikh yang sesuai memandangkan dia telah diracun dengan racun Roundup supaya join ke Kemensah Dam.

Trail Kemensah menjadi trail perasmian Cobalt untuk memuaskan pemilik barunya. Pukul 3 pagi aku dah terjaga dari tidur sebab anak aku merengek ditambah pulak dengan suhu yang agak panas menyebabkan aku tak boleh lena semula. Dalam kepala dah terbayang trail Sofea Jane yang pernah aku masuk lapan bulan dulu, banyak pendakian di laluan yang berbatu dan terdapat lopak laluan air yang menyebabkan trailnya agak sukar untuk didaki tapi tiada masalah takut untuk dituruni.....


Disebabkan aku terlena pukul 530 pagi, nyaris aku terlepas perkosa trail Kemensah ni sebab terjaga pukul 710 pagi. Pukul 8 semua rider dah takung di Shell Station di MRR2. Tepat jam 846pagi tayar mula bergolek. Along Daud, Mus, Bro Lok dan Bro Wan Ganu menunggu rombongan Cik Kiah ni di chalet Jinbara. Rider yang berkumpul di Shell ada dalam 22 orang. Ada yang aku kenal, ada yang  baru kenal dan ada yang tak kenal.Kemeriahan kayuhan pagi Ahad ni agak ketara kerana pelbagai kumpulan dan kelab akan berkayuh bersama memperkosa trail Kemensah Dam...

 

Permulaan trail sudah menjanjikan penat apabila offroad dimulakan dengan pendakian yang mencabar. Disebabkan aku baru menukar tayar ke spesis TT Larsen 2.0 untuk tujuan trail kering dan sedikit basah, kayuhan mendaki di laluan bukit berpasir menyebabkan tayar aku over-spinned. Mungkin juga tenaga berlebihan digunakan semasa mengayuh atau kayuhan aku makin mantap,yang menyebabkan akhirnya aku menolak jugak di bukit permulaan ini....Bro Lok pulak awal2 lagi sudah wheelie di bukit pertama pendakian ini disebabkan Specialized S-Works XTR nya yang terlalu ringan menyebabkan Bro Lok tak mampu mengawal jentera ringannya itu lantas wheelie ala-ala nangka busuk...hehhehe....gurau je Latok Lok...


CP1 dinobatkan di kawasan kolam ikan yang menyajikan suasana tenang dan damai selepas penat mendaki.Semua rider kelihatan duduk bersembang sambil bergurau manja dengan lawak-lawak hutan ketika aksi pra-pemanasan (warm up) sebelum menerjah bukit yang lebih tinggi dan tidak larat hendak didaki.








Kayuhan diteruskan ke puncak bukit pertama di mana sepanjang perjalanan, kayuhan dengan basikal hanya sepertiga daripada keseluruhan perjalanan. Ini kerana trail yg disajikan telah rosak akibat menjadi laluan air yg menyebabkan terdapat banyak lubang manakala sebelah trail pula gaung yang tidak dapat dipastikan kedalamannya kerana semak samun yang tebal. Aku bernasib baik kerana tidak terjatuh ke dalam gaung apabila kayuhan yang dibuat tiba-tiba over-spinned lagi sekali menyebabkan kaki kanan terpaksa menjadi tongkat sementara. Lagi sikit nak sampai puncak bukit, Bro Lok di belakang aku mengatakan tayarnya agak keras lalu mengambil keputusan untuk membuang sedikit angin tayarnya. Tetapi apa yg berlaku dia bukan buang angin tapi dengan kepala tiub prestar tayarnya sekali dibuangnya. Dah jenuh semua rider kena beliakkan mata besar-besar mencari kepala tiub dalam semak....haram nak jumpa....hahahaha....Bro Lok ni kelakar orangnya. Sebab selalu menghiburkan orang lain, jadi apabila dia ditimpa masalah ramai orang nak tolong. Tayar tubeless yang digunakan kenelah dimasukkan semula tiubnya.Kalau tak menolak balik la Bro Lok ni......sampai di puncak bukit pertama, semua rider berehat sebentar sebelum memulakan acara klimaks 1 iaitu downhill yang ganas.......

Ramai rider yang tewas di laluan downhill ini kerana keadaan trail yang sedikit lembab dan berlecah ditambah pulak dengan halangan semulajadi dari akar pokok yang tersembul keluar dari tanah melengkapkan lagi pengalaman teknikal rider rider pagi ini. Ada yang terjatuh cara terhormat dan ada juga yang jatuh himpap dahan pokok....patah dahan pokok tu katanya.....

Selepas puas menurun bukit dan mendaki melalui celahan pohon bambu yang merimbun (yang sebabkan tepi hidung aku pedih mungkin akibat terluka terkena daun bulun) dengan suasana kayuhan redup dan menyejukkan menybabkan aku semakin teruja dengan keseksian trail ini. Laluan diteruskan menuju ke anak sungai yang berhampiran untuk berhenti rehat sementara menghilangkan penat mendaki dan menurun bukit tadi. Satu lagi tragedi berlaku di depan aku apabila seorang brother berbadan besar telah tergolek ketika sedang turun downhill yang menyebabkan aku seriau takut-takut bahu atau kakinya terseliuh...jenuh nak angkat bro ni ke tempat mula kayuh  td sebab badannya busat wooo.....satu team hari ni pun blom tentu blh tolong papahkan mamat ni naik downhill tadi.....Achik cakap besar dengan aku masa ni....terus terbabas depan aku...yg aku hangin tu terbabas langgar Cobalt aku lak tu...nasib tak terluka....kalau tak aku mintak Spinnergy ko Chik.....hahaha.



Sampai hujung trail ni, aku pun melepak lagi menghilangkan penat downhill celah akar pokok getah. Penat mengelak  akar pokok yg tertonjol keluar dari tanah. Dalam kepala aku, melepak tepi sungai ni boleh la keluarkan biskut cokelat aku sambil minum Revive dalam water bladder aku ni. Baru tengah gelak-gelak bercerite dengan Along Daud aku tengok sorang sorang dah mula mendaki tebing sebelah tempat melepak ni..Eh apahal ni, takkan laju sangat macam nak kejar cut-off time je...rileks la, bukan leisure trip ke ni....atau mmg yang lain sumer power giler, dan aku yang dibelakang just a trip spoiler.....so tak jadi la nak menikmati kesejukan air sungai ni.mungkin minggu depan kene turun Nuang jugak sebab dah gian nak main air sungai...adoooaaiiii....jang oh jang...apo kono eh jang.



 Aku taknak kayuh menyeksa badan. Jadi kayuhan aku mengikut rentak aku tersendiri.Yang kuat akan di depan dan yang maintain slow tetap di belakang.Still sweating jugak...abis kayuh,mendaki pulak, tak larat mendaki aku tolak.Nak tolak pun tak larat aku berhenti ambil angin kendian sambung kayuh....hahaha.Kayuh kayuh kayuh sampai la satu bukit yang keliling banyak lalang, ada sebatang pokok rendang, dibawahnya kelihatan seorang pengayuh pancit memakai baju merah sambil memegang kamera. Satu persatu rider yang melintas akan di snap gambar. Banyak jasa pengayuh panncit ini. Bersempena itu, check point keramat ini diberi nama CP Pancit...(wakakaka)....dari aku yg mula2 lepak ngan Achik sampai la last rider, sume kitorang psycho supaya joint kitorang lepak skali....sambil-sambil tu ada yg keluarkan 'power stick' memasing, ada yg offer air, ada yang nak bagi 'teh o panas'...(you're jerk)....dan aku membuka biskut cokelat aku....perghhh....heaven rasanya melepak kat sini....rasa nak tido pun ada....

Tak jauh dari CP Pancit ni,dengan pendakian yang santai, sampai jugak aku di last CP. Second peak, port yang ada kerusi panjang bersalut kulit dan bendera negara terchenta. Ramai sudah yang menunggu di sini.Apa nak buat geng, ada yang dah terlampau penat.Kena temankan jugak. Salah satu sebab aku tunggu jugak member yang  kepenatan ni ialah kerana pengalaman masa lampau yang mengajar aku semangat setiakawan. Apabila member dah kepenatan, rider lain sume dah jauh ke depan, ride sorang-sorang akan menyebabkan member yang penat ni hilang semua semangat yang ada. Teringat aku masa mula-mula kayuh dulu, nasib baik ada Ken yang sentiasa menemani aku walaupun aku tau dia tension sbb kene tunggu. Tapi skang Ken dah tak blh tunggu sebab  dia makin laju dan aku tetap slow....hehehe...sebab aku malas nak kayuh selalu.... tapi aku tak nak la member ni ingat dia jadi spoiler  pada hari tersebut, tetapi aku nak dia tau kitorang takkan tinggalkan mana2 rider yg tak larat sorang2 dalam hutan ni....member ni managed to finish, tahniah bro.walaupun dia selalu main roadie jer, tapi penangan offroad lagi menggila......keep work out and practise, lu mesti success!






Mula dr peak CP ni sampai la ke gerai Jinbara, semuanya downhill yg super stim.Mmg layan gile sambil turun laju-laju sambil mengelak lubang air dan batu sungai....penat tangan memegang handlebar berbaloi apabila semua rider mengatakan masing-masing puas dengan downhill yang disajikan walaupun ada antara rider yang endo dan tayar membengkak....(along la tu).......sampai gerai, pekena teh ais dua gelas, char sepinggan....kemudian balik basuh basikal sampai rim berkilat.....hehehe