"It's a quote that everyone try to understand..."

0 Sofea @ Aquaria KLCC

Wednesday, March 3, 2010


Disebabkan anak dara saya ni dah pandai tengok binatang dan mengenali nama-nama binatang, jadi sempena tahun baru cina yang lalu saya bawa dia ke Aquria pula untuk past time. Ingatkan takde la ramai umat manusia yang nak masuk tengok ikan pada hari-hari cuti begini.Tetapi sangkaan saya sama sekali meleset apabila que untuk membeli entrance ticket kena beratur under estimate time to counter dalam 45 minit. Saya takde banyak masa yang boleh dibazirkan sebegitu lama semata-mata nak tengok ikan saje. Bayaran masuk yang dikenakan juga agak mahal....sekitar 28 ringgit seorang dewasa.

Disebabkan ada counter Touch n Go tetapi kad yang saya tinggalkan di dalam kereta, saya lebih rela berpatah balik mengambilnya daripada saya berdiri tegak lebih kurang sejam sebelum dapat masuk tengok ikan. Patah balik ambil kad TnG pun makan masa dalam 13 minit sahaja.

Maka bermulalah pengembaraan keluarga ke alam dasar laut yang menarik. Satu persatu spesies ikan saya tunjukkan kepada Sofea.Mama Sofea pulak tidak melepaskan peluang mengambil post post menarik Sofea dan babanya. Tujuan utama bawa Sofea tengok ikan ni ialah supaya dia cepat mengenal spesies ikan yang ada. Jelawat, lampam jawa, kerapu, arapaima malahan jerung pun ada. Supayanya nanti senang dia pegi pasar ngan baba dan pilih ikan untuk dimasakkan....hehehe.


Disebabkan pusing sekali jer dalam underwater tank tu rasa tak puas nak tengok ikan-ikan yang ada, saya masuk skali lagi dalam tunnel. Pusing satu tunnel rasa sekejap sangat, tak berbaloi dengan harga tiket masuk ke dalam ni....ces ces....ini macam parent Sofea pulak yang enjoy tengok ikan...hehehe



Bila dah puas tengok ikan, perut rasa berkeroncong pulak. Kalau ikut hati nak je saya tangkap kerapu yg paling besar dalam kolam ni...ada la dalam 120kg.....buat kenduri pun tak abis ni...tapi jangan ajak Ayaq (my coursemate), gerenti tak cukup.....hahaha.

Kami bertiga berjalan la ke tingkat atas KLCC mencari cari restoran yang layak diterjah menurut citarasa tekak dan selera kami. Barang perlu diingat (tetapi terlewat) sebab esoknya ialah Gong xi fat choy....maka banyak restoran ditutup awal atau memang ditutup sepenuhnya.Madam Kwan, Little Penang Village antaranya yang ditutup. Ada satu restoran Arab, bila saya lalu sebelah pengunjung yang sedap makan mandi lamb, rasa teruja la pulak....dalam hati tertanya tanya jugak brape hengget kene ketuk kalau aku mentedarah kat restoran ni????....sedap nafsu dah tak blh tahan, saya pun masuk ke restoran arab tersebut.  Tanya pada waiter apa yg boleh saya order....dia kata ada lunch buffet...mandi rice...perghhhh...dalam hati dah terdetik,"Mantap....". Tiba tiba dia cakap lagi setengah jam nak tutup dah restorannya. Apa kejadah restoran arab ni ....dia bukan celebrate CNY pun.....bukan dia kene sediakan yee sang pun.....haram jaday punya restoran. Takkan aku nak makan punye laju....30 minit kene bayar dan blah.....tu nia seng.......saya blah!

Ajak mama Sofea pergi makan mandi lamb dekat restoran arab di Jalan Damai....lagi pueh hati. tempat yang selalu saya kunjungi bila tekak terasa nak mkn Arab cuisine....amik kau....dapat makan dalam private room lagi.....meja dining punya la besaq, kami makan bertiga je.....

3 minutes seater

Tapi sebelum kluar dari KLCC, baba sempat bawak  Sofea masuk butik Harley Davidson yang baru dibuka. Ada sorang awek sale yg keje dlm butik tu agah-agah Sofea lantas Sofea pun menunjukkan skill mesra dia...terus nak didukung oleh awek yang berambut ala ala penyapu jerami....hehehe...tapi baik budaknya. Bakal naik pelamin hujung tahun nanti....pandai Sofea bg peluang baba kenal awek tu....hihihi....my daughter!

Nampak ke minah ni????

2 Kasih Ayah

Wednesday, February 24, 2010
2 minggu yang lepas saya keluar ke Alamanda bersama isteri dan anak. Hajatnya ialah untuk makan malam di luar dan berjalan-jalan sementelahan ada sedikit masa yang berharga. Jika tidak saya akan lebih ke arah berbasikal sahaja. Jadi untuk mengambil hati 'peneman hidup' dan anak manja seorang ni, dirajin rajin kan jugak la keluar pada malam tersebut.

Rasanya seperti dah setahun tidak berkunjung ke Alamanda.Sedikit sebanyak ada la jugak perubahan dalam Alamanda. Ada kedai baru, ada restoran baru...restoran yang diminati dah tutup.Terdapat sebuah restoran nasi padang di sebelah restoran Penang Village, tapi kini shop lot tersebut dah kosong.Kami sekeluarga meluangkan masa di sebuah restoran masakan Thai. Saya memesan tom yam meehun bersama air jus buah manakala isteri saya memesan nasi putih berserta tomyam campur...(kata nak diet tapi balun nasi plak)....ada sepinggan kangkung belacan, telur dadar and so on yang dah tak ingat.

Sebelum tu sempat saya membawa anak dara saya ni masuk ke kedai video mencari movie Ice Age. Masa preview filem ni dalam kedai Seng Heng bukan main suka dia tengok mammoth dlm cerite tu. Jadi saya pun belikan anak saya Ice Age. Tak cukup satu movie, dia capai filem Dunbo dengan K-Force....takde pulak yg VCD.Semua nya DVD saje....kopak duit papa....takkan anak je nak tgk movie, saya pun nak tgk movie jugak. Jadi saya pun ambil la cerite Papadom dan 2012.

Nak dijadikan cerite blog kali ni, tajuk blog saya ni lebih kurang macam sinopsis cerite Papadom.
Sebuah kisah komedi ringan sekeluarga di mana Saadom seorang usahawan restoran nasi kandar berjaya terpaksa menjaga dan mendidik anak gadis tunggalnya untuk memenuhi wasiat isteri yang telah meninggal dunia.

Yang membuatkan saya agak terharu dalam cerite ini ialah babak-babak akhir dimana Saadom sanggup meninggalkan kehidupan mewah dan menjadi tukang kebun di kolej tempat anaknya belajar semata-mata mahu memastikan anaknya selamat dan tidak dianiaya. Kemudian Saadom telah dianggap sebagai perogol lalu dipukul....kesian Saadom.

Lepas abis cerite Papadom saya pun tido....

0 Keliwon Nite Ride

Friday, February 5, 2010

0 1M1MTB

Wednesday, February 3, 2010

0 Kelebihan Hari

Tuesday, February 2, 2010


Apabila tibanya hari Isnin, maka timbul juga perasaan malas untuk memulakan kerja atau dikenali sebagai sindrom 'Monday Blues' yang telah dipopularkan oleh ideologi Barat untuk melemahkan daya juang dan menurunkan prestasi pekerja Muslim. Walhal pada hakikatnya hari Isnin merupakan hari yang baik untuk menjadikan kita semakin bersemangat melakukan apa  jua perkara baik yang perlu kita lakukan kerana....


Jangan terpedaya dengan keseronokan bercuti pada hari Sabtu dan Ahad yang menyebabkan kita terleka dibuai kemesraan 'hari santai' yang sebenarnya melemahkan dan memalaskan diri kita semula untuk bekerja pada hari esok nya.


Hari Isnin
Peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari ini ialah :
1. naiknya nabi Idris ke langit..
2. nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan..
4. malaikat Jibril turun kepada rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia...nabi Muhamad s.a.w
7. Bukti keesaan Allah diturunkan..."Qul huwallahu ahad"



Hari Selasa
1. wafatnya jurjis
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3. Nabi zakaria wafat pada hari ini juga..
4. Tukang sihir Firaun tewas  dengan mukjizat Nabi Musa...
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
6. habil terbunuh hari selasa



Hari Rabu
1. Allah menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya 
    ke dalam perut bumi.
2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya
3. Allah menghancurkan raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.

4. Allah menghancurkan kaum nabi Saleh a.s
5. Allah menghancurkan kaum nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat



Hari Khamis
1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya .. (ketika ini Nabi Yusof menjadi raja mesir yang terkenal).

3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke Mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof..
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga untuk bertemu anakanda yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari Khamis untuk mengajak Firaun menyembah Allah.

6. Rasululllah s.a.w memasuki kota Mekah selepas perjanjian Hudaibiyah








                                                                               Hari Jumaat
1. Pernikahan antara Adam dan hawa
2. Pernikahan antara yusof dan zulaikha
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti 

    Nabi syuaib a.s
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan khadijah 

    khuwailid.
5. Pernikahan antara nabi sulaiman a.s dengan Ratu 

    Balqis dari negeri Saba'
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w  dengan Siti 

    Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan  

    Fatimah az-zahra




Hari Sabtu
Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya...sebab..

1.Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
2. Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada 

    mereka.
3. saudara-saudara Nabi Yusof mengkhianati nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam 

    perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa
5. Orang Yahudi mengkhianati dan mengejar nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah 

    mengangkat Nabi Isa ke langit.
6. Orang Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad di Darun Nadwah.
7. kaum Yahudi melanggar perintah Allah dengan menangkap ikan walaupun hari itu di larang  

    mereka berbuat demikian.






Hari Ahad
1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis
4. Allah menjadikan 7 anggota Adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang-bintang yang beredar.
7. Allah menjadikan lautan yang tujuh.



Diantara hari-hari yang tujuh itu..hari Jumaatlah yang paling mulia..dan digelar penghulu bagi segala hari..Banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat.